{"id":7509,"date":"2011-11-18T02:01:23","date_gmt":"2011-11-17T18:01:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/rakyat-kuwait-tuntut-pm-letak-jawatan-2\/"},"modified":"2011-11-18T02:01:23","modified_gmt":"2011-11-17T18:01:23","slug":"rakyat-kuwait-tuntut-pm-letak-jawatan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rakyat-kuwait-tuntut-pm-letak-jawatan-2\/","title":{"rendered":"Rakyat Kuwait tuntut PM letak jawatan"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-11-17\/BH_IMAGES_SHKUWAIT.jpg\" border=\"0\" width=\"375\" height=\"250\" style=\"float: right;\" \/>KUWAIT<\/strong>: Beribu rakyat Kuwait menyerbu  bangunan Parlimen negara itu lewat kelmarin selepas pasukan polis  memukul para penunjuk perasaan yang berarak ke kediaman Perdana Menteri,  Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Sabah, bagi mendesaknya meletak jawatan. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut saksi, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera dalam kejadian tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di bangunan Parlimen, para penunjuk  perasaan, yang turut terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen (AP)  pembangkang, menggesa agar Parlimen segera dibubarkan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Rakyat mahu menggulingkan ketua (kerajaan),&#8217; laung penunjuk perasaan ketika memasuki bangunan Parlimen.<\/p>\n<p><em><strong>[BANTAHAN RAKYAT:<\/strong> Para penunjuk perasaan kelmarin menyerbu  bangunan Parlimen Kuwait dan mendesak Perdana Menteri negara itu meletak  jawatan. &#8212;  Foto AFP]<\/em><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Walaupun majoriti penunjuk perasaan  beredar selang beberapa minit kemudian, beberapa aktivis berkata mereka  akan terus berhimpun di luar bangunan itu sehingga Sheikh Nasser meletak  jawatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kuwait bebas daripada tunjuk  perasaan besar-besaran yang sebelum ini berjaya mengguling pemimpin  Mesir, Hosni Mubarak, dan Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, sejak tiga bulan lalu,  negara Teluk itu berdepan dengan pergolakan politik dengan pihak  pembangkang meningkatkan tekanan ke atas Sheikh Nasser.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini menyusuli dakwaan bahawa sekitar 16 AP menerima rasuah sekitar AS$350 juta ($452 juta).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beberapa AP pembangkang telah  mengaitkan kerajaan dengan amalan rasuah itu dan menuduh Sheikh Nasser,  71 tahun, memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadinya di luar  negara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sheikh Nasser bagaimanapun menafikan tuduhan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Rabu lalu, sekitar 20 AP pembangkang  telah memboikot sidang Parlimen, selang sehari kerajaan menolak usul  pembangkang untuk menyoal Sheikh Nasser berkaitan tuduhan rasuah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tiga AP pembangkang kemudian  memfailkan permohonan baru untuk menyoal Sheikh Nasser pada akhir bulan  ini berkaitan kes rasuah melibatkan para AP dan pemindahan wang ke luar  negara yang tidak sah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sheikh Nasser menjadi sasaran pembangkang sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Februari 2006.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau terpaksa meletak jawatan enam kali, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru sebanyak tiga kali.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada Januari lalu, Amir Kuwait,  Sheikh Sabah Al-Ahamd Al-Sabah, telah mengarahkan setiap rakyat Kuwait  diberikan habuan bernilai 1,000 dinar ($4,695) dan kupon makanan percuma  bagi meredakan bantahan rakyat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, habuan itu kelihatan kecil berbanding dengan apa yang diberikan oleh pemimpin negara Teluk lain.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Raja Abdullah dari Arab Saudi  misalnya telah mengikrarkan sekitar AS$93 bilion ($120 bilion) bagi  mewujudkan lebih banyak pekerjaan di sektor kerajaan dan perkhidmatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bulan lalu, Qatar pula mengumumkan  kenaikan gaji 60 peratus bagi kakitangan awam dan sehingga 120 peratus  bagi pegawai tentera. &#8212; AFP, AP, Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUWAIT: Beribu rakyat Kuwait menyerbu bangunan Parlimen negara itu lewat kelmarin selepas pasukan polis memukul para penunjuk perasaan yang berarak ke kediaman Perdana Menteri, Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Sabah, bagi mendesaknya meletak jawatan. Menurut saksi, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera dalam kejadian tersebut. Di bangunan Parlimen, para penunjuk perasaan, yang turut terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7509"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7509"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7509\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}