{"id":7490,"date":"2011-11-15T14:43:25","date_gmt":"2011-11-15T06:43:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/seruan-bersih-30-semakin-bersemarak\/"},"modified":"2011-11-15T14:43:25","modified_gmt":"2011-11-15T06:43:25","slug":"seruan-bersih-30-semakin-bersemarak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/seruan-bersih-30-semakin-bersemarak\/","title":{"rendered":"Seruan BERSIH 3.0 semakin bersemarak!"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-6455858309038143584\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-f2VsCD3G7RU\/Th4WAQldU2I\/AAAAAAAAH6o\/8HGCfkroRRg\/s400\/bersih3.0.jpg\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-f2VsCD3G7RU\/Th4WAQldU2I\/AAAAAAAAH6o\/8HGCfkroRRg\/s320\/bersih3.0.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"132\" \/><\/a><\/div>\n<p>Dewan  Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri  Mohd Najib Tun Razak menyatakan pendirian rasmi sama ada beliau mahu  membubarkan parlimen tanpa menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC)  mengenai penambahbaikan pilihanraya selesai menjalankan tugasnya atau  benar-benar bergantung kepada hasil resolusi PSC untuk memastikan  perjalanan pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan bersih dan  adil.<\/p>\n<p> Bagi DPP Malaysia, pendirian rasmi ini penting supaya rakyat boleh  mengukur nilai keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan  perjalanan pilihanraya di Malaysia benar-benar adil. Jika beliau  sentiasa dalam keadaan sindrom penafian atau \u2018denial syndrome\u2019 seperti  sekarang ini, atau hanya mendiamkan diri, rakyat menganggap pentadbiran  beliau sangat lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran Perdana  Menteri sebelum ini.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Jika PM membubarkan Parlimen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan  tugasnya, jelaslah bahawa PM hanya beretorik, tidak beradab kerana tidak  menghormati Parlimen dan penubuhan PSC hanya sekadar kosmetik bagi  mengabui mata rakyat. Jawatankuasa Khas Parlimen akan dianggap sebagai  tempat \u2018melepas batuk ditangga\u2019 bagi mengelak lebih banyak serangan  dihalakan kepada beliau.<\/p>\n<p> DPP Malaysia menegaskan bahawa rakyat seluruhnya tidak sanggup  menghadapi PRU ke 13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewengan serta  penyalahgunaan kuasa. Telah berdekad lamanya politik serta demokrasi di  Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat berbanding dengan  negara-negara lain. Juga bertahun lamanya rakyat diperbodohkan dengan  piliharanya berat sebelah serta kempen tidak adil seperti yang diamalkan  oleh kerajaan BN selama ini.\u00a0 Rakyat mengharapkan PRU ke 13 nanti  diadakan dengan suasana yang lebih baik di atas padang yang sama rata.<\/p>\n<p> Justeru, DPP Malaysia juga memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa  Himpunan Bersih 3.0 akan digerakkan dengan sokongan sejuta rakyat  Malaysia jika reformasi dalam pilihanraya tidak dibuat sebelum PRU ke  13. Himpunan 3.0 kali ini pastinya akan lebih besar dengan partisipasi  seluruh parti politik, NGO, tokoh politik dan negarawan dari pelbagai  latar belakang yang cintakan keadilan di negara ini.<\/p>\n<p> Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi sokongan  penuh untuk BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.  SAMM melihat pelancaran BERSIH 3.0 adalah demi memastikan BN benar-benar  menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.  Tarikh untuk perhimpunan BERSIH 3.0 juga sudah dipilih dan akan  diumumkan oleh seketariat BERSIH dalam masa terdekat.<\/p>\n<p> BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata  dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya  terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan  protes rakyat terbesar dalam sejarah.<\/p>\n<p> SAMM berpendapat, pengumuman tarikh BERSIH 3.0 akan turut menjadi faktor  pemantau perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) supaya ia tidak  dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Penetapan  tarikh BERSIH 3.0 adalah selari dengan peluang yang diberi kepada  kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.<\/p>\n<p> Sehubungan itu, Peguambela &amp; Peguamcara SaibullahM.V.Nathan&amp; Co  tela mengedarkan pemakluman media tentang pelancaran Petisyen Rakyat  Tuntut Pilihanraya Bersih.<\/p>\n<p> Sidang akhbar untuk mengumumkan pelancaran petisyen itu akan diadakan  pada Rabu16 November, 2011 jam 2 petang di Dewan Perhimpunan Cina  Selangor.<\/p>\n<p> Menurut siaran media itu, Puan Rosni Malan, balu Allahyarham Baharuddin  Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai,  2011, dan Puan Anne Ooi, yang kini dikenali sebagai Auntie Bersih, akan  turut bersama untuk melancarkan petisyen tersebut.<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pendirian rasmi sama ada beliau mahu membubarkan parlimen tanpa menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihanraya selesai menjalankan tugasnya atau benar-benar bergantung kepada hasil resolusi PSC untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan bersih dan adil. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7490"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7490"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7490\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}