{"id":7487,"date":"2011-11-14T13:09:15","date_gmt":"2011-11-14T05:09:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/tanaman-padi-kampung-jelapang-petani-terus-dizalimi-2\/"},"modified":"2011-11-14T13:09:15","modified_gmt":"2011-11-14T05:09:15","slug":"tanaman-padi-kampung-jelapang-petani-terus-dizalimi-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tanaman-padi-kampung-jelapang-petani-terus-dizalimi-2\/","title":{"rendered":"Tanaman Padi Kampung Jelapang &#8211; petani terus dizalimi\u2026.."},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\"><em><strong>&#8211; Potongan padi yang terlalu tinggi, dimana pada tahun 2009 adalah   sebanyak 20% dan pada tahun2011 adalah 41%. Ini amat mendukacitakan   petani.<\/strong><\/em><\/p>\n<p><strong>Sejarah Awal<\/strong><a href=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/-aeK_igxW9BM\/TsESwnRl7rI\/AAAAAAAAHxk\/_KAUI8aj3CQ\/s1600\/DSC_1300a.JPG\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-aeK_igxW9BM\/TsESwnRl7rI\/AAAAAAAAHxk\/_KAUI8aj3CQ\/s320\/DSC_1300a.JPG\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"229\" \/><\/a><\/p>\n<p>Kg Jelapang\u00a0 di terokai oleh penduduk awal sekitar tahun 1959 untuk  keperluan tempat tinggal. Sejarah telah melihat dengan kegigihan yang  amat tinggi, mereka meneroka hutan demi sebuah penghidupan dan  kesinambungan jenerasi akan datang.<\/p>\n<p> <strong>Pembukaan Tanah Sawah<\/strong><\/p>\n<p> Kawasan paya gambut yang terdapat di sekililing perkampungan telah  dibuka berdasarkan keupayaan masing-masing dengan galakan dari pimpinan  tempatan. Pembersihan kawasan yang bertanah gambut dari Siri Sebrang dan  Siri Gondang ini hanya menggunakan tangan tanpa penggunaan jentera,  keringat yang mengalir adalah nilai yang sangat besar berbanding wang  ringgit.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> <strong><br \/> Komitmen Kerajaan Terhadap Tanah sawah<\/strong><\/p>\n<p> Dalam tempoh tahun 1980 \u2013 1999, kerajaan telah merestui pembukaan tanah  seluas 200 hektar (500 ekar). Tahun 1999-2004 iaitu ketika Kerajaan PAS  memerintah, kerajaan telah mengeluarkan Lesen Tumpangan kepada 100  peserta den gan keluasan berjumlah 80 hektar (200 ekar). Lihat jadual  dibawah.<\/p>\n<p> Pada tahun 2005 Kerajaan BN telah melakukan kezaliman dengan tidak  menyambung lesen tersebut. Akhir nya tanah tersebut telah menjadi Tanah  Padi Terbiar.<\/p>\n<p> Pada 2009 Kerajaan telah mewartakan Tanah Padi Jelapang sebagai Jelapang  Padi Nasional dan mengumunkan untuk memajukan 400 hektar (1000 ekar).  Keluasan tersebut meliputi 80 hektar (200 ekar) yang ada milikan (PT)  dan 120 hektar (300 ekar) milikan tanpa diberikan apa-apa bukti  pemilikan. Manakala 200 hektar (500 ekar) adalah tanah dari kawasan  paya\/hutan paya yang belum diterokai. Banyak kemudahan infrastruktur  dibina dengan peruntukan lebih kurang RM 46 juta bagi menjayakan projek  ini. <\/p>\n<p> <strong>Kesesuaian Tanah<\/strong><\/p>\n<p> Secara keseluruhannya kawasan sawah Kg Jelapang adalah dari Tanah Gambut  Siri Gondang dan Siri Sebrang. Daripada 1,711 kawasan sawah dan kawasan  sekelilingnya yang di cadangkan untuk Projek Tanaman Padi Kawasan Mak  Jintan seluas lebihkurang 75% adalah tanah gambut. Kawasan yang dicadang  termasuk kawasan tanah sawah asal, kawasan terbiar berumput\/lalang,  kawasan paya gelam\/berumput, kawasan takungan air, kawasan tanah  berbukit rendah dan hutan paya. Lihat taburan siri tanah di bawah dan  Peta Tanah Terrain di lampiran 1.<\/p>\n<p> <img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-lGMQIEHhEII\/TsEPgJrbKII\/AAAAAAAAHw8\/0LkLXI2Uyq0\/s640\/siri+tanah+jelapang.jpg\" border=\"0\" width=\"466\" height=\"160\" \/><\/p>\n<p><strong><br \/> Pelaksanaan Projek<\/strong><\/p>\n<p> Tanaman padi di usahakan melalui konsep MOA incoprated dimana  agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan tanah dan memajukan  tanaman padi adalah Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, MARDI,  Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah Setiu. <\/p>\n<p> Jabatan Pertanian Negeri berfungsi sebagai memberikan Khidmat Nasihat,  Pertubuhan Peladang membekalkan Input dan tenggala\/menuai dan Jabatan  Pengairan dan Saliran menyediakan pengairan dan saliran. Manakala  Pejabat Tanah Setiu mengurus berkaitan pemilikan tanah.<\/p>\n<p> Tanaman padi dimulakan pada tahun 2009 selepas perasmian dibuat olah YAB  Perdana Menteri Malaysia hingga sekarang. Keluasan yang diusahakan  adalah lebih kurang 80 hektar iaitu ditanah asal milikan petani. Senarai  nama milikan dan keluasan adalah seperti di bawah.<\/p>\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-ISa6lozhLc0\/TsERJRBwlcI\/AAAAAAAAHxc\/M3w2sIf2wK0\/s1600\/anggaran+subsidi+padi+jelapang.jpg\" style=\"margin-left: 1em; margin-right: 1em;\"><br \/> <\/a><\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/-dUTNhWlBfck\/TsEP03G_T3I\/AAAAAAAAHxE\/Z0fvspLAuBI\/s1600\/peserta+padi+jelapang+1.jpg\" style=\"margin-left: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-dUTNhWlBfck\/TsEP03G_T3I\/AAAAAAAAHxE\/Z0fvspLAuBI\/s640\/peserta+padi+jelapang+1.jpg\" border=\"0\" width=\"506\" height=\"729\" \/><\/a><\/p>\n<p> <a href=\"http:\/\/1.bp.blogspot.com\/-EJayrbWkQs8\/TsEQJ4gK3yI\/AAAAAAAAHxM\/chBwCcUPjsw\/s1600\/peserta+padi+jelapang+2.jpg\" style=\"margin-left: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-EJayrbWkQs8\/TsEQJ4gK3yI\/AAAAAAAAHxM\/chBwCcUPjsw\/s640\/peserta+padi+jelapang+2.jpg\" border=\"0\" width=\"504\" height=\"707\" \/><\/a><\/p>\n<p> <strong>Pengeluaran Hasil Padi<\/strong><\/p>\n<p> Jumlah pengeluaran hasil padi berbeza\u00a0 mengikut tahun penanaman kerana  dipengaruhi oleh tahap pengurusan dan cuaca. Sebagai perbandingan  pengeluaran hasil dan pendapatan tahun 2009 \u2013 2011 adalah sebagaimana di  bawah.\u00a0\u00a0\u00a0 <br \/> <strong><br \/> <\/strong><a href=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/-K1zmdMTfvqM\/TsEQu4_kgMI\/AAAAAAAAHxU\/xQWL8qXjnwU\/s1600\/pengeluaran+hasil+padi+jelapang.jpg\" style=\"margin-left: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-K1zmdMTfvqM\/TsEQu4_kgMI\/AAAAAAAAHxU\/xQWL8qXjnwU\/s640\/pengeluaran+hasil+padi+jelapang.jpg\" border=\"0\" width=\"475\" height=\"160\" \/><\/a><br \/> <strong><br \/> Masalah Utama Penanaman Padi Di Kg Jelapang<\/strong><br \/> Beberapa masalah utama timbul berkait dengan penanaman padi telah di kenalpasti. Antara masalah utama adalah :-<br \/> 1.Pengeluaran hasil padi yang rendah. Sebab utama adalah kerana  ketidakcekapan pengurusan air kerana sistem pengairan dan saliran yang  belum sempurna. Pihak atasan terlalu ghairah untuk memulakan tanaman  padi dalam keadaan pengairan\/saliran yang tidak sempurna. Oleh itu  masalah air bertakung menjadi punca kepada trektar pembajak dan mesin  penuai padi. Menyebabkan tanaman padi tidak dapat diuruskan sebagaimana  jadual pelaksanaan yang sebenarnya. Keadaan tanah yang tidak rata,  penggunaan benih padi yang rendah mutunya dan kemasaman tanah (pH kurang  dari 5) adalah masalah utama yang perlu diatasi.<\/p>\n<p> 2.Potongan hasil padi yang tinggi iaitu 20% pada tahun 2009 dan  meningkat 60% pada tahun 2011. Perkara ini tidak patut berlaku. Lihat  salinan resit belian padi di lampiran 2.<\/p>\n<p> 3.Ketiadaan Subsidi Skim Harga Padi. Adalah tidak adil petani tidak  diberikan subsidi tersebut , kerana Skim Pengairan Padi Jelapang telah  diberikan publisiti yang cukup meluas sebagai salah satu Jelapang Padi  Utama Negara. <\/p>\n<p> Kerajaan negeri adalah didesak memberikan geran kepada petani atau  membuat pengiktirafan melalui Menteri Pertanian supaya dapat menikmati  Subsidi harga padi. Amat malang petani ini tidak diberikan hak mereka,  sedangkan petani di jelapang padi yang lain menikmatinya. Pemberian  subsidi padi adalah pemberian kerajaan bagi menampung pelbagai kos yang  berkaitan, tanpanya industri padi mengalami kerugian dan tidak  menguntungkan.<\/p>\n<p> <strong>Anggaran hasil subsidi yang akan dapat diperolehi oleh petani adalah sebagaimana di bawah :<\/strong><\/p>\n<p> <a href=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-ISa6lozhLc0\/TsERJRBwlcI\/AAAAAAAAHxc\/M3w2sIf2wK0\/s1600\/anggaran+subsidi+padi+jelapang.jpg\" style=\"margin-left: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-ISa6lozhLc0\/TsERJRBwlcI\/AAAAAAAAHxc\/M3w2sIf2wK0\/s640\/anggaran+subsidi+padi+jelapang.jpg\" border=\"0\" width=\"521\" height=\"148\" \/><\/a><\/p>\n<p> Potongan padi yang terlalu tinggi, dimana pada tahun 2009 adalah  sebanyak 20% dan pada tahun2011 adalah 41%. Ini amat mendukacitakan  petani. Lihat pada resit belian yang dlampikan. <\/p>\n<p> 4.Pengambilan secara paksa untuk dimajukan kepada oleh pihak lain (usahawan)<br \/> Pemilik tanah telah dipaksa menyerahkan tanah untuk dimajukan oleh pihak  lain sebagai minisetet padi.\u00a0 Pelbagai andaian tersebar dan menimbulkan  kesusahan dan kebimbingan kepada petani. Sebagai contoh hasil  pengeluaran tahun 2011 adalah tersangat rendah kerana petani perlu  membayar kepada PPK upah membajak, menuai padi, lori dan pelbagainya  akhirnya bayaran bersih yang diterima adalah RM 60.00 bagi tanah  keluasan seekar. <\/p>\n<p> Sepatutnya kerajaan perlu menyiapkan segala infrastruktur, menyediakan  tanah sawah yang rata, sistem pengairan dan saliran yang cekap. Dalam  keadaan tanah yang kurang sesuai, penanaman padi adalah tidak  menguntungkan dan tidak mencapai 8-10mt\/ha. <\/p>\n<p> Penjelasan yang sebenarnya perlu diberikan kepada semua petani. Adalah  tidak adil dan menzalimi pemilik tanah mengapa tanah milikan perlu  diserahkan pada usahawan yang lain. Ini bertentangan dengan janji-janji\u00a0  wakil rakyat dan pembesar negeri yang lain.<\/p>\n<p> Adalah dicadangkan usahawan boleh memajukan tanah yang masih belum  diusahakan seluas 200 hektar sebagaimana di buat kenyataan sebelum ini.<\/p>\n<p> Para petani sangat mengharapkan supaya PAS dapat memainkan peranan  mendesak kerajaan mengembalikan hak tanah rakyat, hak subsidi dan  lain-lain supaya para petani dapat meneruskan mengerjakan sawah mereka.  Pengajaran dari lain-lain skim pembangunan tanah seperti FELDA dan  FELCRA yang telah menyerahkan hak mereka untuk diuruskan oleh pihak  pengurusan lain dan berlaku penipuan diharapkan tidak berlaku di Skim  Padi Pengairan Jelapang. <\/p>\n<p> <strong><em>*** Penulis laporan ini adalah Abdul Raof Mohamed, (Gambar atas  bersama Hj Muhyiddin) Bekas pegawai Jabatan Pertanian negeri Terengganu dan penduduk Kampung Jelapang, Setiu. Beliau juga  adalah Setiausaha Majlis Tindakan DUN Langkap<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Potongan padi yang terlalu tinggi, dimana pada tahun 2009 adalah sebanyak 20% dan pada tahun2011 adalah 41%. Ini amat mendukacitakan petani. Sejarah Awal Kg Jelapang\u00a0 di terokai oleh penduduk awal sekitar tahun 1959 untuk keperluan tempat tinggal. Sejarah telah melihat dengan kegigihan yang amat tinggi, mereka meneroka hutan demi sebuah penghidupan dan kesinambungan jenerasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7487"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7487"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7487\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7487"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7487"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7487"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}