{"id":7464,"date":"2011-11-12T11:25:54","date_gmt":"2011-11-12T03:25:54","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/tuntutan-bersih-belum-ditunaikan-presiden-pas\/"},"modified":"2011-11-12T11:25:54","modified_gmt":"2011-11-12T03:25:54","slug":"tuntutan-bersih-belum-ditunaikan-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tuntutan-bersih-belum-ditunaikan-presiden-pas\/","title":{"rendered":"Tuntutan Bersih belum ditunaikan &#8211; Presiden PAS"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-7168752550593837859\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/2.bp.blogspot.com\/-KILOJzINXQw\/Tr5YDEVrJgI\/AAAAAAAAHwU\/K5gMuFJS9U4\/s1600\/DSC_1267.JPG\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-KILOJzINXQw\/Tr5YDEVrJgI\/AAAAAAAAHwU\/K5gMuFJS9U4\/s320\/DSC_1267.JPG\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"207\" \/><\/a><\/div>\n<p><strong>MARANG<\/strong> &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan  Barisan Nasional (BN) belum lagi memenuhi tuntutan Gabungan Pilihan  Raya Bersih dan Adil (Bersih) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13  ini. <\/p>\n<p> Antaranya, kata beliau akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih  yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi  undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) yang bebas dan berwibawa. <br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> \u201cSehingga hari ini semua tuntutan \u2018Bersih\u2019 belum lagi ditunaikan.  Antaranya, kebebasan media yang wajar diberi hak yang sama kepada semua  parti-parti politik. <\/p>\n<p> \u201cDaftar pemilih yang bersih dengan langkah-langkah menghalang penipuan mengundi acap kali melalui celup jari pada cat. <\/p>\n<p> \u201cUndi pos dan penyalahgunaan jentera kerajaan. Pemerhati bebas dari dalam dan luar Negara. <\/p>\n<p> \u201cKemuncaknya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang benar-benar bebas dan  berwibawa, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tapi satu badan  yang betul-betul bebas dan tidak berpihak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p> Ustaz Abdul Hadi berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran  Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4&#215;4 Adventure Kembara, di  Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.<\/p>\n<p> Katanya, Pakatan Rakyat akan melihat isu tersebut serius dari masa ke semasa dan PAS sendiri turut mengkaji senario tersebut.<\/p>\n<p> Malah, kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi lagi PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya.<\/p>\n<p> \u201cPakatan Rakyat akan melihat dari masa ke semasa dan PAS sendiri akan  mengkajinya dari masa ke semasa. Kita (PAS) akan terus membuat tuntutan  dengan cara yang sewajar. Bukan sahaja dengan cara sebelum pilihan raya  termasuk selepas pilihan raya,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p> Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan kerajaan Barisan Nasional  agar tidak mengambil jalan mudah melakukan apa sahaja yang menyalahi  peraturan demokrasi.<\/p>\n<p> Katanya, \u2018gelombang\u2019 perubahan rakyat tidak boleh dihalang sebagaimana yang telah berlaku di seluruh dunia hari ini.<\/p>\n<p> \u201cBarisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa  sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang  berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan  demokrasi. <\/p>\n<p> \u201cGelombang perubahan tidak boleh dihalang jika berlaku dan PAS tetap  mahukan supaya kepimpinan negara yang ada melakukan sesuatu yang  terhormat mengikut adap-adap Islam yang sesuai dengan demokrasi barat,  demokrasi yang diamalkan. <\/p>\n<p> \u201cKita (PAS) mahu pemimpin bermaruah. Jika melakukan kesilapan bukan  sahaja sanggup ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya yang adil,  termasuklah meletakkan jawatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p> Hadir sama pada sidang media tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Setiausaha PAS Kawasan Marang, Hasan Jusoh.<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum lagi memenuhi tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini. Antaranya, kata beliau akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7464"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7464"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7464\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7464"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7464"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7464"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}