{"id":7460,"date":"2011-11-12T04:43:32","date_gmt":"2011-11-11T20:43:32","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/pendakwah-bob-lokman-ditangkap-segera-zikir-agung-terus-dibiarkan\/"},"modified":"2011-11-12T04:43:32","modified_gmt":"2011-11-11T20:43:32","slug":"pendakwah-bob-lokman-ditangkap-segera-zikir-agung-terus-dibiarkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pendakwah-bob-lokman-ditangkap-segera-zikir-agung-terus-dibiarkan\/","title":{"rendered":"Pendakwah, Bob Lokman ditangkap segera, zikir agung terus dibiarkan!"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh4.googleusercontent.com\/-lrhPI0q2Ouo\/Tr36Ej6sYEI\/AAAAAAAABOU\/QTryC3UsBEI\/s400\/marzuki.jpg\" border=\"0\" width=\"254\" height=\"254\" style=\"float: right;\" \/>Sepatutnya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gembira dengan penyertaan ramai pendakwah yang ingin menyebarkan agama Islam.<\/p>\n<p>Akan tetapi sayangnya kebanyakan pejabat agama seolah-olah tidak selesa dengan senario terkini dan seperti membenci pendakwah-pendakwah serta bertindak seperti mengikut telunjuk pihak ketiga pula.<\/p>\n<p>Jika salah apa yang diajar (oleh pendakwah-pendakwah itu), maka perbetulkan<\/p>\n<p>Sebaliknya mengapa \u2018zikir agung\u2019 yang menyebut nama bekas pemimpin al-Arqam Ashaari Muhammad di sebuah asrama kebajikan di Puchong sehingga kini masih tidak diambil tindakan oleh Jais.<\/p>\n<p>Sedangkan ketika bekas artis Bob Lokman sedang memberikan tazkirah, Jais dengan pantas bertindak menghalang beliau pada hari yang sama.<\/p>\n<p>Waran tangkap kepada Bob Lokman juga telah dikeluarkan baru-baru ini atas kesalahan mengajar tanpa tauliah.<\/p>\n<p>Sebuah akhbar tempatan melaporkan, bekas orang kanan al-Arqam Sheikh Hussien Sheikh Omar telah membuat laporan polis terhadap Pengarah Jais, Marzuki Hussin (Gambar) atas kenyataannya berhubung isu \u2018zikir agung\u2019 ini.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Marzuki mendakwa pihaknya telah mengetahui mengenai \u2018zikir agung\u2019 ini sejak setahun yang lalu tetapi masih belum mengambil tindakan sehingga kini.<\/p>\n<p>Bertolak dari kenyataan Marzuki itu, Sheikh Hussien mendesak agar Marzuki meletak jawatan atas kegagalannya bertindak kerana ini adalah isu akidah.<\/p>\n<p>Jais sudah mengetahui berkenaan isu \u2018zikir agung\u2019 ini sejak setahun lalu. Sampai bila mahu siasat perkara ini?<\/p>\n<p>Sheikh Hussien yang juga Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) dilaporkan akan membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u2018Zikir agung\u2019 ini seperti yang dijelaskan oleh kakitangan asrama kebajikan itu, ialah menyebut-nyebut nama Abuya (Ashaari Muhammad) sebagai zikir selepas solat.<\/p>\n<p>Kononnya, mereka akan mengadu dan meminta pertolongan kepada Abuya dengan cara bertawassul.<\/p>\n<p>Oleh itu, sekiranya pendakwah-pendakwah ini tiada tauliah, maka berikan kepada mereka, sehingga terbukti penyelewengan agama telah dilakukan, barulah tindakan diambil.<\/p>\n<p>Tetapi apa yang berlaku sekarang menurut beliau tindakan itu bagaikan salah diberi keutamaan diantara isu akidah dan isu tauliah.<\/p>\n<p>Jika hal seperti yang terjadi kepada saudara Bob berterusan, kita bimbang masyarakat akan membuat anggapan bahawa pejabat agama suka masyarakat menjadi jahil agama.<\/p>\n<p>Jika tidak diselesaikan(tangkapan terhadap pendakwah-pendakwah tanpa tauliah), kita bimbang masyarakat akan terus tinggal dalam keadaan batil.<\/p>\n<p>Dan yang paling kita tidak mahu, takut-takut ialah tindakan-tindakan ini dibayangi oleh tangan-tangan politik di belakang Jais.<\/p>\n<p><em><strong>Jais sedar kegiatan \u2018zikir agung\u2019<\/strong><\/p>\n<p>SHAH ALAM \u2013 Kegiatan memaksa anak yatim menyeru nama Abuya menerusi apa yang didakwa sebagai \u2018zikir agung\u2019 selepas solat yang dikatakan diamal oleh pengurusan sebuah asrama kebajikan di Puchong, dekat sini, sudah berada dalam pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejak kematian bekas pemimpin Al-Arqam itu lebih setahun lalu.<\/p>\n<p>Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, pihaknya mendapati nama \u2018Abuya\u2019 perlu terus dibawa oleh balunya, Hatijah Aam yang turut dikenali sebagai Ummu Jah sebagai sandaran untuk membolehkan kumpulan itu terus hidup.<\/p>\n<p>\u201cKita juga mendapati pihak berkenaan menyediakan pendidikan tertentu kepada anak-anak yatim tersebut iaitu berzikir dengan menyebut nama Abuya, mendengar sejarah tentangnya, dan melihat gambarnya sebelum memulakan sesi pembelajaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Jais dimaklumkan sehingga kini terdapat lebih 5,000 anak-anak kumpulan ini yang dididik tanpa mengikut sistem pendidikan arus perdana yang sedia ada.<br \/>Katanya, pada masa yang sama, mereka digunakan untuk mengutip derma untuk disumbangkan kepada Hatijah dan kumpulannya yang berada di luar negara.<\/p>\n<p>\u201cDaripada sumber yang boleh dipercayai, Hatijah memperolehi lebih RM800,000 sebulan dengan sebahagian daripadanya melalui aktiviti rumah kebajikan tersebut,\u201d katanya.<br \/>Sehubungan itu, kata Marzuki, Jais telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi sejak tahun lalu bagi mengenal pasti rumah-rumah kebajikan yang terlibat memaksa anak-anak yatim berzikir memuja Abuya.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti halangan serta tindakan\u00ad yang boleh dilakukan bagi membolehkan pihaknya bertindak membanteras kegiatan kumpulan itu.<br \/>Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan perihal sebuah asrama kebajikan bagi anak yatim, ibu tunggal dan mualaf yang didakwa telah dieksploitasi untuk kepentingan satu kumpulan daripada kalangan bekas pemimpin dan pengikut Al-Arqam yang diharamkan. &#8211; Sinar Harian 10 November, 2010<\/em><br \/><strong><br \/>*** Ulasan Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sepatutnya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gembira dengan penyertaan ramai pendakwah yang ingin menyebarkan agama Islam. Akan tetapi sayangnya kebanyakan pejabat agama seolah-olah tidak selesa dengan senario terkini dan seperti membenci pendakwah-pendakwah serta bertindak seperti mengikut telunjuk pihak ketiga pula. Jika salah apa yang diajar (oleh pendakwah-pendakwah itu), maka perbetulkan Sebaliknya mengapa \u2018zikir agung\u2019 yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7460"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7460"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7460\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}