{"id":7459,"date":"2011-11-12T03:09:57","date_gmt":"2011-11-11T19:09:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/bunuh-orang-awam-tentera-as-dipenjara-seumur-hidup-2\/"},"modified":"2011-11-12T03:09:57","modified_gmt":"2011-11-11T19:09:57","slug":"bunuh-orang-awam-tentera-as-dipenjara-seumur-hidup-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bunuh-orang-awam-tentera-as-dipenjara-seumur-hidup-2\/","title":{"rendered":"Bunuh awam: Tentera AS dipenjara seumur hidup"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh3.googleusercontent.com\/-dmJVf-jjbKo\/Tr3kVhwbKrI\/AAAAAAAABN8\/Bx7sWc0sgWk\/s390\/us%252520army%252520afghan.jpg\" border=\"0\" width=\"390\" height=\"252\" style=\"float: right;\" \/>Ketua sebuah unit tentera Amerika Syarikat yang  bertanggungjawab atas pembunuhan rambang orang awam Afghanistan telah  dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, kelmarin.<\/p>\n<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p>Setelah perbicaraan di mahkamah  tentera selama seminggu, Staf Sarjan Calvin Gibbs didapati bersalah atas  15 tuduhan termasuk tiga tuduhan pembunuhan dirancang, oleh panel  ketenteraan seramai lima anggota.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di selatan Afghanistan antara Januari hingga Mei tahun lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut panel tersebut, Gibbs akan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangya 10 tahun sebelum layak diberi parol.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak pendakwa raya menggambarkan  Gibbs sebagai ketua sebuah unit &#8216;penyangak&#8217; yang juga mengambil anggota  badan mangsa mereka sebagai cenderamata peperangan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tiga anggota unit tersebut sudah pun  mengaku bersalah dalam skandal yang berpotensi memalukan tentera  Amerika seperti mana skandal penganiayaan tahanan penjara Abu Ghraib di  Iraq, yang didedahkan pada 2004.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Setiap tuduhan membunuh membawa  hukuman penjara minimum seumur hidup dan pihak pendakwa berkata Gibbs  tidak wajar diberikan parol.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia dituduh merancang pembunuhan,  meletakkan senjata di badan mangsa supaya mereka kelihatan seperti  pejuang dan kemudian memotong jari dan mencabut gigi mangsa untuk  ditayangkan kepada rakan-rakan sekerjanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perbicaraan Gibbs di mahkamah  tentera bermula minggu lalu dan dalam kemunculan yang tidak disangka  semalam, Gibbs membuat dakwaan bahawa unitnya benar-benar terlibat dalam  pertempuran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, dia mengakui mengambil jari dan gigi daripada mayat mangsanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Dalam fikiran saya, ia seperti menyimpan tanduk rusa yang ditembak,&#8217; katanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak pendakwa menolak dakwaannya semasa hujah penutup yang berlangsung selama sejam di markas Briged Stryker Kelima Amerika.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Peguam bela Gibbs membalas hujah  pendakwa dengan menyoal kredibiliti Privet Jeremy Morlock dan dua lagi  anggota unit Gibbs yang menerima hukuman lebih ringan setelah mengaku  bersalah dan bersetuju memberi keterangan terhadap Gibbs.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Selain membidas keterangan Morlock,  peguam bela Gibbs menghabiskan masa lebih dua jam berhujah sambil  menarik perhatian kepada percanggahan bukti dalam usaha mengubah  pendirian panel juri tentera.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, pihak pendakwa berkata  andaian bahawa Morlock dan anggota unit yang lain sanggup mengaku  bersalah atas tuduhan membunuh dalam usaha membuat Gibbs kelihatan  bersalah sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua sebuah unit tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas pembunuhan rambang orang awam Afghanistan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, kelmarin. Setelah perbicaraan di mahkamah tentera selama seminggu, Staf Sarjan Calvin Gibbs didapati bersalah atas 15 tuduhan termasuk tiga tuduhan pembunuhan dirancang, oleh panel ketenteraan seramai lima anggota. Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di selatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7459"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7459"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7459\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7459"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7459"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7459"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}