{"id":7438,"date":"2011-11-09T23:22:08","date_gmt":"2011-11-09T15:22:08","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/dunia-dunia-meniaga-manusia-lebih-untung-dari-meniaga-unta\/"},"modified":"2011-11-09T23:22:08","modified_gmt":"2011-11-09T15:22:08","slug":"dunia-dunia-meniaga-manusia-lebih-untung-dari-meniaga-unta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dunia-dunia-meniaga-manusia-lebih-untung-dari-meniaga-unta\/","title":{"rendered":"dunia &#8211; dunia &#8230; meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta &#8230;."},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/camelphotos.com\/GraphicsP2\/RacingCamel.jpg\" border=\"0\" width=\"389\" height=\"271\" style=\"float: right;\" \/>1.  Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada  negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah  bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan  memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum [ multi &#8211; racial ]  juga pelbagai agama [ multi &#8211; relegion ] tanpa menafikan Islam, Agama  Persekutuan sebagai tiang serinya.<\/p>\n<p>2. Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen &#8211; elemen ini tidak tergugat :<\/p>\n<p>a] <strong>agama<\/strong><\/p>\n<p>b]<strong> ilmu<\/strong><\/p>\n<p>c] <strong>budaya<\/strong><\/p>\n<p>d] <strong>keamanan<\/strong><\/p>\n<p>3.  Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan mahupun  sinis. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara  majmuk seperti Malaysia kebanyakkannya memiliki agama. Kalaupun mana &#8211;  mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang  diwahyukan oleh Allah swt Sang Pencipta\u00a0 sebagai agama anutan dan  ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah  mereka mempunyai hak &#8211; hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan  Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya.<\/p>\n<p>4.  Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam,  begitulah Islam juga melarang penganutnya mengejek agama &#8211; agama lain  meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan  berhak sebagai way of life.<\/p>\n<p>5. Bertolak dari nokhtah ini,<strong><span style=\"color: #000099;\"> saya juga menasihati semua pihak yang terdiri dari agama selain Islam  supaya meletakkan penghormatan serupa terhadap Islam agama suci yang  diwahyukan oleh Allah swt<\/span>.<\/strong> Tuhan yang Mencipta Manusia dan  seluruh alam ini. Jangan sekali &#8211; kali mempersenda agama Islam dan  memperlekehkannya. Isu sembelih binatang korban oleh ummat Islam  menjelang Aidil Adha yang telah diamal sejak beratus tahun dalam negara  kita, jangan dijadikan<em> turning point<\/em> untuk cetus ketegangan antara agama dalam negara kita. <strong>Asasnya saling hormat menghormati<\/strong>.  Selama ini negara kita aman, kenapa tiba &#8211; tiba hari ini, isu sembelih  binatang korban di kawasan terbuka menjadi isu. Nama dah hari Raya  Korban, mana boleh buat tertutup, menyembelih binatang korban di bawah  rumah .<\/p>\n<p>[<em> Bukakah negara ini adalah negara ummat Islam  pula agama persekutuan adalah agama Islam ? harmoninya agama lain juga  tidak dilarang oleh perlembagaan negara untuk dianuti oleh penganut  masing &#8211; masing. Lalu apa yang jadi masaalah ? Kecualilah ada ummat  Islam menyembelih binatang korban di hadapan kuil Hindu atau dalam  kawasan perkampungan orang &#8211; orang Hindu, kalau begitu saya puntidak  bersetuju dan Islam melarang perbuatan sedemikian kerena menghilangkan  rasa hormat kepada kaum lain<\/em>.]<\/p>\n<p>6. Malah rakyat  Malaysia boleh bersatu dalam perkara &#8211; perkara tertentu dalam memelihara  keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. <strong style=\"color: #000099;\">Antaranya  ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya  percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama  menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan  norma luhur manusiawi<\/strong><span style=\"color: #000099;\">.<\/span><\/p>\n<p>7. Perlakuan Lesbian, Gay  dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana &#8211; mana agama kecuali ia  datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar  kembali kepada fitrah.Atau sesiapa boleh\u00a0 tunjukkan kepada saya mana  satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan  mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu  juga transeksual ?<\/p>\n<p>8. <strong style=\"color: #000099;\">Sementara kelompok yang  mengaku tidak beragama pula sekurang &#8211; kurang mereka masih ada aqal dan  naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali  kepada fitrah<\/strong>. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang  binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura &#8211; pura  untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih  penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan  pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat  sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya.<\/p>\n<p>9. Saya setuju golongan yang memilih penyimpangan seksual ini<strong> <span style=\"color: #990000;\">tidak perlu di hina sebaliknya dididik dan dibimbing<\/span><\/strong> agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga  diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina  malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai  oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti  kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.<\/p>\n<p>10. <strong style=\"color: #000099;\">Jika  dadah menjadikan pengambilnya sampah masyarakat apabila dadah tersebut  disalah guna maka begitulah seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat  apabila seks tersebut disalah laku dan menyimpang dari fitrah manusia<\/strong>.  Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan  yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk membiakkan ummat manusia di atas  muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas  ia membezakan manusia dengan binatang.<\/p>\n<p>11. Namun  penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa  lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan  hubungan seks sesama perempuan ? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang,  mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka  boleh pada bila &#8211; bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka  adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka  atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini  diiktiraf dan diamalkan oleh semua , bukan sahaja Allah murka, generasi  manusia akan pupus.<\/p>\n<p>12. Lihat sahaja barat pada hari ini.  Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka  lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke  atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. jauh sekali kawalan agama.  Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban  yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang  bermoral dan beretika.<\/p>\n<p>13. Kita tidak boleh memburu  kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya,  ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan  mungkar, fasad [kekejian] serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu  saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan  seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa  dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik.<\/p>\n<p>14.<strong> <span style=\"color: #000099;\">Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih  mahu meneruskan perlakuan itu ? setelah semua sedar bahawa perbuatan  seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan  fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan  keji itu ? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk  melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan  mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka<\/span><\/strong>. Pihak  berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan  persoalan ini selepas mereka selesai menyusun file di atas meja pejabat  mereka yang berhawa sejuk. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang  api neraka yang panas.<\/p>\n<p>15. Sebagai contoh, semua kita  setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah  sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan  mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah  terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan.  Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih  sebaliknya diselamatkan.<strong> <span style=\"color: #990000;\">Tetapi sekali &#8211; kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan !<\/span><\/strong> jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita .<\/p>\n<p>nota  tambah : saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati &#8211; matian  memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun  majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang  keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human  Rights kononnya, tetapi<strong> <span style=\"color: #000099;\">anehnya saya tidak pernah pula mendengar  golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk  mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu  menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. mana hak mereka ?  kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan  dadah ?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"color: #cc0000;\"><strong>dunia &#8211; dunia &#8230; meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta &#8230;.<\/strong><\/p>\n<p>*** Tulisan\/ Kenyataan Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum [ multi &#8211; racial ] juga pelbagai agama [ multi &#8211; relegion ] tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7438"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7438"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7438\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}