{"id":7399,"date":"2011-11-02T23:59:56","date_gmt":"2011-11-02T15:59:56","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/pas-ganti-umno-nasyid-ganti-dangdut\/"},"modified":"2011-11-02T23:59:56","modified_gmt":"2011-11-02T15:59:56","slug":"pas-ganti-umno-nasyid-ganti-dangdut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-ganti-umno-nasyid-ganti-dangdut\/","title":{"rendered":"PAS Ganti Umno, Nasyid Ganti Dangdut"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"post-author vcard\"><span class=\"post-timestamp\"> <\/span> <\/span><\/p>\n<div class=\"post-footer-line post-footer-line-2\"><span class=\"post-labels\"> <\/span> <span class=\"post-comment-link\"> <\/span><\/div>\n<div class=\"post-body entry-content\"><a href=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-YWrhgZK_5jY\/Tq_6dVA9_ZI\/AAAAAAAAAX4\/TG-B07oomWw\/s1600\/P1010600.JPG\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-YWrhgZK_5jY\/Tq_6dVA9_ZI\/AAAAAAAAAX4\/TG-B07oomWw\/s320\/P1010600.JPG\" border=\"0\" style=\"margin: 0px 10px 10px 0px; width: 304px; float: left; height: 219px;\" \/><\/a>MARANG &#8211; Kalau dahulu antara lirik lagu nyanyiannya ialah \u201cAndaikan matahari  terbit dari barat, tak akan goyah cintaku kepadamu\u2026\u201d<\/p>\n<p>Lirik ini  telah mencetuskan kontroversi dan mendapat teguran dari Mufti Perak Tan  Sri Harussani kerana ketika suasana hari kiamat (matahari terbit dari  barat) masih mahu bermain cinta.<\/p>\n<p>Itu kisah lebih 15 tahun dahulu.  Sekarang dengan penampilan yang masih bertenaga tetapi dalam kawalan  lunas-lunas Islam, Iwan Syahman (kiri) sudah tidak menoleh kebelakang  lagi.<\/p>\n<p>Baginya ketika zaman dangdutnya, dia hanya mahu berhibur  dan menghiburkan peminat tanpa mempedulikan batas-batas yang harus dia  jaga sebagai seorang muslim.<\/p>\n<p>Itulah antara pengakuannya ketika mengadakan persembahan di sebuah restoran dekat sini malam tadi.<\/p>\n<p>Dengan  suaranya yang masih lunak, dia menghiburkan hadirin di restoran itu  dengan tiga buah lagu nasyid yang liriknya tidak lagi memuja-muja cinta  wanita akan tetapi yang menzahirkan cintanya kepada Allah.<\/p>\n<p>Beliau  kemudiannya menyambung persembahannya di tapak ceramah isu semasa di  Kampung Gong Kubur kira-kira dua kilometer dari situ bersama penceramah  jemputan Ustaz Suhaimi Saad dan Ustaz Mohd Nor hamzah.<\/p>\n<p>Sementara  itu Ustaz Suhaimi Saad dalam ceramahnya mempertikaikan cara BN  menguruskan Negara yang mana menurutnya amat menyedihkan jika dinilai  dari laporan audit oleh Ketua Audit Negara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-29nmdI-byM4\/Tq_6db_Ic5I\/AAAAAAAAAXw\/6eF96bsBeG8\/s1600\/P1010605.JPG\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-29nmdI-byM4\/Tq_6db_Ic5I\/AAAAAAAAAXw\/6eF96bsBeG8\/s320\/P1010605.JPG\" border=\"0\" style=\"margin: 0px 10px 10px 0px; width: 306px; float: left; height: 226px;\" \/><\/a>Antaranya ialah  persoalan mengapa kereta rasmi kerajaan Negeri Terengganu boleh mengisi  minyak sebanyak tiga kali dalam masa selang tiga minit dengan jumlah  kesemua isian itu melebihi maksima tangki.<\/p>\n<p>Ada juga dengan kereta kerajaan negeri yang sudah masuk dalam kategori dilupuskan tetapi masih menjalani proses penyelenggaraan.<\/p>\n<p>Beliau  yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang berkata rakyat juga harus sedar  dengan cubaan menipu dari kerajaan BN apabila mengatakan yuran  persekolahan dilupuskan.<\/p>\n<p>Sedangkan menurutnya ketika zaman Pak Lah, yuran sekolah sudahpun diisytiharkan lupus.<\/p>\n<p>\u201cNi berapa kali nak lupus ni ? \u201c, tanya beliau disambut dengan gelak ketawa hadirin.<\/p>\n<p>Ceramah yang diberi nama PAS Ganti Umno, Nasyid ganti Dangdut itu diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Iwan Syahman.- dunbpayong.blogspot.com<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=Kh0Md8l88qc<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Kalau dahulu antara lirik lagu nyanyiannya ialah \u201cAndaikan matahari terbit dari barat, tak akan goyah cintaku kepadamu\u2026\u201d Lirik ini telah mencetuskan kontroversi dan mendapat teguran dari Mufti Perak Tan Sri Harussani kerana ketika suasana hari kiamat (matahari terbit dari barat) masih mahu bermain cinta. Itu kisah lebih 15 tahun dahulu. Sekarang dengan penampilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7399"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7399"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7399\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7399"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7399"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7399"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}