{"id":7395,"date":"2011-11-02T01:52:02","date_gmt":"2011-11-01T17:52:02","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/seksualiti-merdeka-2011-kembalilah-kepada-fitrah-2\/"},"modified":"2011-11-02T01:52:02","modified_gmt":"2011-11-01T17:52:02","slug":"seksualiti-merdeka-2011-kembalilah-kepada-fitrah-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/seksualiti-merdeka-2011-kembalilah-kepada-fitrah-2\/","title":{"rendered":"Seksualiti  Merdeka 2011 : Kembalilah kepada Fitrah"},"content":{"rendered":"<div style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-ipW4oPVxGhs\/TrCjv4mhvaI\/AAAAAAAAHn8\/LoTqtg-QXfE\/s279\/elton_john-gay.jpg\" border=\"0\" width=\"250\" height=\"279\" style=\"float: right;\" \/>Negara  kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai  Seksualiti  Merdeka 2011 dengan temanya &#8221; Queer Without Fear&#8221; yang  berlangsung pada  2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di \u00a0The Annaxe Gallery.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Program ini kononnya berteraskan  perjuangan &#8220;Human Right&#8221;, menuntut hak  dan kebebasan golongan Lesbian,  Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT]  untuk mengamalkan gaya hidup  pilihan mereka secara sah dan terbuka.<span> Sekilas  pandang, mereka  sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya  hidup pilihan  mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.  Justeru itu,  mereka tidak lagi teragak &#8211; agak untuk mengiklan,  memperjuang dan  menganjurkan programnya secara terbuka<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Sungguhpun mereka tampil dengan  prinsip perjuangan Human Right, \u00a0Islam  mempunyai pandangannya yang  tersendiri mengenai perkara ini, sementara  Dewan Pemuda PAS Malaysia  berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru  Islam adalah agama petunjuk  dari Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.l<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Islam adalah agama fitrah sementara  fitrah manusia ialah hidup  berpasang &#8211; pasangan lelaki dan perempuan.  Justeru itu, perkahwinan yang  sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan  yang melibatkan lelaki dengan  pasanganya perempuan yang bukan  mahramnya. Sementara perkahwinan atau  hubungan sesama jenis adalah  suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas  penganutnya kerana ia jelas  bertentangan dengan fitrah kejadian atau  ciptaan manusia di atas muka  bumi.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Firman Allah swt:<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\">\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652  \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652  \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0651\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0641\u064f\u0633\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u064b\u0627 \u0644\u0651\u0650\u062a\u064e\u0633\u0652\u0643\u064f\u0646\u064f\u0648\u0627  \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627  \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0651\u064e\u0648\u064e\u062f\u0651\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e  \u0644\u064e\u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u064d  \u0644\u0651\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u0651\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><em>Dan di antara  tanda-tanda yang  membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia  menciptakan untuk  kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, \u00a0supaya kamu  bersenang hati  dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara  kamu (suami  isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.  Sesungguhnya yang  demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang  menimbulkan  kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.<\/em><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\">Surah ar Ruum : ayat 21<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Asas larangan tersebut adalah untuk  memelihara fitrah manusia sekaligus  mempertahankan tamaddun ummah dari  kepincangan sosial dan malapetaka  yang bakal menimpa ekoran tercetusnya  kemurkaan Allah swt. sebagaimana  murkanya Allah swt ke atas kaum Nabi  Luth as. yang mengamalkan gaya\u00a0<span>hidup homoseksual. <\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><span>Budaya gay dan lesbian adalah  budaya songsang yang tidak sewajarnya  diperjuangkan dan diamalkan oleh  ummat manusia amnya dan ummat Islam  khasnya. Malah ia sangat  bertentangan dengan nilai moral dan fitrah  kemanusiaan serta  tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi  manusia selaku  penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan  pupuslah generasi  ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir  ummatnya yang  ramai.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><span>Sabda Rasulullah saw<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\"><span>\u062a\u0632\u0648\u062c\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0648\u062f\u0648\u062f \u0627\u0644\u0648\u0644\u0648\u062f \u0641\u0625\u0646\u064a \u0645\u0643\u0627\u062b\u0631 \u0628\u0643\u0645 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0645 \u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u0642\u064a\u0627\u0645\u0629<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">\n<div style=\"text-align: left; direction: ltr;\"> <em>Kahwinilah  olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu  melahirkan anak kerana  sesungguhnya aku sangat berbangga dengan  ramainya ummatku diakhirat  kelak.<\/em><\/div>\n<div style=\"text-align: right; direction: rtl;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: right; direction: rtl;\">Riwayat Imam Ahmad<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Kecenderungan mengamalkan kehidupan  gay, lesbian dan biseksual ini  adalah bertolak dari nafsu yang tidak  dikawal. Sedang Islam telah  menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin  secara normal dan  menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang  tidak mampu  melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud  <em>radhiyallahu &#8216;anhu<\/em> :<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\">\u064a\u0627 \u0645\u0639\u0634\u0631 \u0627\u0644\u0634\u0628\u0627\u0628 \u0645\u0646 \u0627\u0633\u062a\u0637\u0627\u0639 \u0645\u0646\u0643\u0645 \u0627\u0644\u0628\u0627\u0621\u0629 \u0641\u0644\u064a\u062a\u0632\u0648\u062c \u0641\u0625\u0646\u0647 \u0623\u063a\u0636 \u0644\u0644\u0628\u0635\u0631 \u0648\u0623\u062d\u0635\u0646 \u0644\u0644\u0641\u0631\u062c \u060c \u0648\u0645\u0646 \u0644\u0645 \u064a\u0633\u062a\u0637\u0639 \u0641\u0639\u0644\u064a\u0647 \u0628\u0627\u0644\u0635\u0648\u0645 \u0641\u0625\u0646\u0647 \u0644\u0647 \u0648\u062c\u0627\u0621<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><em>Wahai  sekelian  anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk  berkahwin] dari  kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya  perkahwinan itu membantu  menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan  barangsiapa yang tidak  mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana  sesungguhnya puasa itu  adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus  dalam kancah keruntuhan  sosial]<\/em><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><em><br \/><\/em><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: rtl;\">Riwayat Imam Bukhari dan Muslim<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Dewan Pemuda PAS  Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program  Seksualiti Merdeka  2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen  mereka ke arah  menuntut kebebasan pada gaya dan cara hidup barat yang  salah dengan  norma, tatasusila, budaya dan agama. Sedarlah bahawa gaya  hidup seperti  ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah swt selain ia  membuka pintu  kepincangan sosial dan budaya negara kita.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Ia adalah satu bentuk  kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan  diamalkan, bahkan ia sangat  menyentuh sensitiviti ummat manusia yang  menjalani kehidupan normal.  Dewan Pemuda PAS yakin, jika mereka mendapat  bimbingan wajar dari pihak  berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan,  perkara ini dapat dibendung  dengan baik daripada terus menular lalu  membentuk satu budaya.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Inilah rasionalnya  Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah  agar tidak  meluluskan penganjuran konsert icon gay Elthon John di negara  ini  sebagai langkah menutup pintu &#8211; pintu mungkar yang mengundang  kemurkaan  Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Walaupun dikatakan Elthon  John  tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi   sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan   budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Kebebasan bukan  bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga  bertentangan  dengan fitrah dan agama. Kalaupun seseorang tidak beragama  sekalipun,  aqal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia  melakukan  apa sahaja di atas ticket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti  hidup  berasaskan peraturan &#8211; peraturan tertentu yang mengikat komitmen   dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Secara analoginya  boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh  pun kereta itu  milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax  dan insuransnya,  maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu  laju tanpa  menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama  pemanduan  dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam  yang  bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Dewan Pemuda PAS  merayu agar mereka kembali menjalani kehidupan normal  berasaskan  petunjuk Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia. Formula  kehidupan Islam  sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang  dicari dalam  hidup. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Ar Ruum  ayat 21.  Dewan<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Pemuda PAS sedia berdialog ke arah itu bagi menangani  perkara ini.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Usah lari dari fitrah  dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa  tidak tenteram dan  tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai  contoh pengalaman hidup  yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas  beliau berkahwin dengan  kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan  atau naluri mahu memiliki  anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong  beliau mendapatkan anak  melalui ibu tumpang.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Terdapat 2 perkara yang tidak boleh menyelesaikan masaalah dan konflik jiwa mereka .<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Pertama : perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\">Kedua<span> : \u00a0biarpun  mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang,  mereka tetap  tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki  anak kandung  yang tentunya hadhir secara fitrah.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><span>Sedangkan dua  perkara inilah antara pelengkap kebahagian dan kasih  sayang dalam  kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana  yang  dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan   sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut   melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah   ketenangan hakiki.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><strong><span>Nasrudin bin Hassan<\/span><\/strong><\/div>\n<div style=\"text-align: justify; direction: ltr;\"><strong><span>Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/span><\/strong><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya &#8221; Queer Without Fear&#8221; yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di \u00a0The Annaxe Gallery. Program ini kononnya berteraskan perjuangan &#8220;Human Right&#8221;, menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7395"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7395"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7395\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7395"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7395"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7395"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}