{"id":73683,"date":"2018-12-10T09:37:22","date_gmt":"2018-12-10T01:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=73683"},"modified":"2018-12-10T09:37:22","modified_gmt":"2018-12-10T01:37:22","slug":"cita-cita-jahat-ph-mahu-merungkai-asas-bernegara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/cita-cita-jahat-ph-mahu-merungkai-asas-bernegara\/","title":{"rendered":"Cita-Cita Jahat PH Mahu Merungkai Asas Bernegara"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Adli Mohamad<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan bercita-cita besar dan jahat, mahu merungkai asas-asas bernegara di negara ini.<\/p>\n<p>Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keberanian segelintir manusia politik semata-mata mahu melihat perpecahan umat Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Menerusi parti politik yang pelbagai, kemenangan mereka adalah kerana dasar pecah perintah yang mereka rencanakan.<\/p>\n<p>&#8220;Umat Islam terpecah pada lebih lima parti. Tapi mereka (PH) semakin bersatu di bawah satu gagasan,&#8221; ujarnya dalam satu keyataan pasca Himpunan Bantah ICERD, semalam.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan, hasrat pemimpin PH dan perjuangan mereka adalah bertemakan \u2018Malaysian Malaysia\u2019 dengan menyamaratakan semua agama dan bangsa.<\/p>\n<p>&#8220;Kesamarataan antara rakyat Malaysia dengan menghapuskan keistimewaan dan kedaulatan Islam dan Melayu yang dipersetujui bersama, ketika penubuhan negara,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau membidas, apa yang berlaku dan dilihat oleh rakyat sekarang kerana PH tidak memahami erti keadilan.<\/p>\n<p>&#8220;Tetapi menperjuangkan kesamarataan, sedangkan kesamarataan dalam semua segi mengundang kezaliman dan ketidakadilan kerana ada hak yang akan direbut dan dihapuskan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/20181208MH17.jpeg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/20181208MH17.jpeg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"667\" class=\"alignleft size-full wp-image-73686\" \/><\/a><strong>Umat Islam Bersatu Membantah ICERD<\/strong><\/p>\n<p>Beliau menambah,  himpunan yang diadakan Sabtu lalu, menjadi bukti sesungguhnya umat Islam boleh bersatu apabila ianya melibatkan kepentingan Islam dengan mengenepikan perbezaan parti.<\/p>\n<p>Katanya, perhimpunan itu mencipta sejarahnya yang tersendiri dan telah melangkaui Himpunan Bersih, yang didakwa sebagai himpunan terbesar sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Sejuta tahniah dikalungkan kepada peserta himpunan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan harta demi memperjuangkan Islam dan nasib umat generasi terkemudian,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyatuan pada 8hb Disember tersebut  hanya mukaddimah dan permulaan yang baik juga kepada umat Melayu.<\/p>\n<p>&#8220;Kesatuan ini baru bertunas dan perlu disuburkan., para pemimpin umat Islam perlu berani dan komited mengagaskan kesatuan umat Islam ini,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu Ahli Jawatankuasa Persatuan Anak Didik Ustaz Yahya, Surau Haji Abdul Rahman Limbong, Chukai, Kemaman, Mohd Rashimi Ramli menyifatkan perhimpunan ICERD bukan himpunan yang sia-sia.<\/p>\n<p>Katanya, detik-detik perhimpunan itu telah dirakam oleh Allah dan menjadi saksi di akhirat kelak.<\/p>\n<p>&#8220;Kita datang ke sini, bukan untuk mencari gaduh, kita datang ke sini bukan untuk menunjukkan kita hebat. Tapi kita datang ke sini untuk menegakkan agama Allah,<\/p>\n<p>&#8220;Dan agama yang benar-benar diredhai Allah adalah agama Islam,&#8221; katanya  dengan penuh semangat.<\/p>\n<p>Beliau berharap agar perhimpunan hari ini dipandang besar disisi Allah, serta diganjari pahala, kerana semua yang hadir pada hari merupakan himpunan orang-orang yang beriman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Adli Mohamad KUALA TERENGGANU &#8211; Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan bercita-cita besar dan jahat, mahu merungkai asas-asas bernegara di negara ini. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keberanian segelintir manusia politik semata-mata mahu melihat perpecahan umat Islam. &#8220;Menerusi parti politik yang pelbagai, kemenangan mereka adalah kerana dasar pecah perintah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":73685,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":73685,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1000,"height":636,"file":"2018\/12\/20181208AZ27.jpeg","filesize":295128,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1544391775","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":73683,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/20181208AZ27.jpeg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73683"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73683"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73683\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":73687,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73683\/revisions\/73687"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/73685"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73683"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=73683"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=73683"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}