{"id":73432,"date":"2018-12-02T06:42:28","date_gmt":"2018-12-01T22:42:28","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=73432"},"modified":"2018-12-02T08:25:27","modified_gmt":"2018-12-02T00:25:27","slug":"bukti-china-seksa-etnik-uighur-di-kem-tahanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bukti-china-seksa-etnik-uighur-di-kem-tahanan\/","title":{"rendered":"Bukti China Seksa Etnik Uighur Di Kem Tahanan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang wanita etnik Uig\u00adhur beragama Islam mendedahkan bagaimana dia diseksa dan didera dalam kem tahanan yang diwujudkan oleh pihak berkuasa China di wilayah Xinjiang.<\/p>\n<p>Mihrigul Tursun, 29, mem\u00adbe\u00adritahu kepada media di Washington ba\u00adhawa dia disoal siasat selama empat hari berturut-turut tanpa tidur, selain rambutnya dicukur dan direnjat dengan elektrik.<\/p>\n<p>Wanita itu juga memaklumkan dia terpaksa menjalani prosedur perubatan yang tidak sewajarnya ketika ditahan kali kedua di China pada tahun lalu dan keadaan tersebut menjadi semakin teruk selepas ditahan kali ketiga.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa lebih baik mati daripada terpaksa mengharungi semua seksaan serta pende\u00adraan tersebut, ma\u00adlah saya juga merayu kepada mereka untuk membunuh sa\u00adya,\u201d katanya se\u00adperti yang dipetik portal Independent.<\/p>\n<p>Pendedahan itu dibuat keti\u00adka meningkatnya bantahan se\u00adjagat mengenai penindasan kerajaan China terhadap golongan minoriti di negara itu.<\/p>\n<p>China didakwa menahan le\u00adbih dua juta penduduk Uighur dalam beberapa kem tahanan yang dikatakan berfungsi untuk \u2018mendidik dan menanam perpaduan\u2019 dalam kalangan mereka.<\/p>\n<p>Sehingga Oktober tahun ini, pihak berkuasa China berkeras menafikan semua dakwaan tersebut.<\/p>\n<p>Menurut Mihrigul, dia di\u00adbe\u00adsarkan di China sebelum ber\u00adpin\u00addah ke Mesir untuk mempelajari bahasa Inggeris di se\u00adbuah universiti di sana.<\/p>\n<p>Kemudian, dia bertemu de\u00adngan seorang lelaki yang kini menjadi suaminya dan mereka dikurniakan anak kembar tiga.<\/p>\n<p>Pada 2015, Mihrugil pulang semula ke China untuk meluangkan masa bersama-sama keluarganya sebelum ditahan dan dipisahkan dari anak-anaknya.<\/p>\n<p>Apabila, wanita itu dibebas\u00adkan tiga bulan kemudian, se\u00adorang daripada anak kembarnya telah meninggal dunia, manakala dua lagi mempunyai masalah kesihatan.<\/p>\n<p>Dua tahun kemudian, Mih\u00adrugil ditahan buat kali kedua dan beberapa bulan selepas itu ditahan sekali lagi dan terpaksa bersesak dalam sebuah sel bersama 60 lagi tahanan wanita.<\/p>\n<p>Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa tidur secara bergilir-gilir, menggunakan tan\u00addas di depan kamera keselamatan dan menyanyi lagu Parti Komunis China.<\/p>\n<p>Selain itu, Mihrugil membe\u00adri\u00adtahu dia dan beberapa ta\u00adha\u00adnan wanita lain dipaksa mengambil ubat-ubatan yang tidak diketahui termasuk pil yang membuatkan mereka pengsan, pendarahan dan tidak datang haid.<\/p>\n<p>Jelasnya, sembilan tahanan wanita meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan dia ditahan dalam kem berkenaan.<\/p>\n<p>Penderitaan Mihrugil tidak berakhir di situ apabila dia di\u00adrenjat dengan elektrik atas kerusi sehingga mulutnya berbuih, selain memberitahu dia dikenakan seksaan berke\u00adnaan kerana dia etnik Uighur yang disifatkan sebagai satu jenayah di China.<\/p>\n<p>Selepas dibebaskan, Mih\u00adrugil membawa anaknya ke Mesir sebelum diarahkan pulang semula ke China.<\/p>\n<p>Namun, dia sempat meng\u00adhubungi pihak berkuasa Ame\u00adrika Syarikat (AS) dan pada September lalu, Mihrugil pergi ke AS dan menetap di Virginia. \u2013 AGENSI<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang wanita etnik Uig\u00adhur beragama Islam mendedahkan bagaimana dia diseksa dan didera dalam kem tahanan yang diwujudkan oleh pihak berkuasa China di wilayah Xinjiang. Mihrigul Tursun, 29, mem\u00adbe\u00adritahu kepada media di Washington ba\u00adhawa dia disoal siasat selama empat hari berturut-turut tanpa tidur, selain rambutnya dicukur dan direnjat dengan elektrik. Wanita itu juga memaklumkan dia terpaksa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":73433,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":73433,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":780,"height":438,"file":"2018\/12\/uighur.jpg","filesize":67042,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"PETER PARKS","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":73432,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/12\/uighur.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73432"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73432"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":73436,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73432\/revisions\/73436"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/73433"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=73432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=73432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}