{"id":7341,"date":"2011-10-25T18:55:20","date_gmt":"2011-10-25T10:55:20","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/mdht-keras-dan-tidak-bertimbang-rasa\/"},"modified":"2011-10-25T18:55:20","modified_gmt":"2011-10-25T10:55:20","slug":"mdht-keras-dan-tidak-bertimbang-rasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mdht-keras-dan-tidak-bertimbang-rasa\/","title":{"rendered":"MDHT &#8216;keras&#8217; dan tidak bertimbang rasa"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-6725864754232101514\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both;\"><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh3.googleusercontent.com\/-2T1yFPgyxnQ\/TqcHJTdO6fI\/AAAAAAAAHaQ\/4XCQcjNbgno\/s640\/P1300122.JPG\" border=\"0\" width=\"430\" height=\"271\" style=\"float: left;\" \/>HULU TERENGGANU<\/strong> &#8211; Hampir 100 peniaga Pasar Besar Kuala Berang mengeluh dengan  pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang disifatkan \u2018keras\u2019 serta  tidak bertimbang rasa.<\/div>\n<p> Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan pasar tersebut yang mempunyai ruang niaga sempit dan peraturan terhad.<\/p>\n<p> Tinjauan Skuad Buletinonline menemui para peniaga yang masing-masing mengadu permasalahan tersebut.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Peniaga runcit, Mohd Sapia Mohd Zin <em>[Gambar bawah kanan]<\/em> memberitahu keluasan ruang niaganya bersaiz 8 x 10 kaki persegi dianggap kecil.<\/p>\n<p> Malah, katanya pihak penguatkuasa MDHT segera mengeluarkan notis  larangan kepada semua peniaga pasar yang meletakkan barangan melebihi  premis masing-masing.<\/p>\n<p> \u201cSaya niaga kedai runcit, barang banyak tetapi ruang niaga hanya seluas 8 x 10 kaki sahaja dan tidak dibenarkan melebihi premis.<\/p>\n<p> \u201cKami semua telah menerima notis dari pihak penguatkuasa yang tidak  membenarkan dibuat pindaan, tambahan, sambungan atau sebarang pemasangan  elektrik tambahan di premis,\u201d jelasnya ketika ditemui di pasar  tersebut.<\/p>\n<p> Beliau merayu agar pihak kerajaan bertolak ansur dengan para peniaga  yang \u2018terpaksa\u2019 meletakkan barang perniagaan di kaki lima premis.<\/p>\n<p> Peniaga pakaian, Luqman Muhamad turut menerima notis amaran keras agar tidak meletakkan pakaian jualan melebihi premisnya.<\/p>\n<p> Katanya, tindakan tegas akan dikenakan termasuk \u2018meroboh\u2019 premis tambahan serta merampas barang jualan.<\/p>\n<p> Justeru itu, beliau akur dan terpaksa mengikut arahan pihak berkuasa meski pun banyak menghadapi kesulitan dalam perniagaan.<\/p>\n<p> Mariah Harun, 54, dari Kampung Batu 23 menjalankan perniagaan di  bahagian sayur yang mempunyai keluasan 4 x 6 kaki persegi ukuran petak.<\/p>\n<p> <img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-EU8YdaqxV6w\/TqcGx6j_d8I\/AAAAAAAAHaI\/WScWASLnpgM\/s512\/P1300102.JPG\" border=\"0\" width=\"278\" height=\"371\" style=\"float: right;\" \/>Katanya, masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar sayur juga tidak boleh melebihi petak premis masing-masing.<\/p>\n<p> \u201cKita (peniaga) barang banyak, tempat niaga sempit dan terpaksa guna  sedikit ruang kaki lima awam. Ini pun tidak boleh dan dikeluarkan surat  notis oleh pihak MDHT.<br \/> \u201cSaya telah berniaga lebih 10 tahun sejak dari pasar lama sebelum berpindah ke sini (pasar) yang baru siap beberapa bulan lalu.<\/p>\n<p> \u201cDia (MDHT) kata, jika kami tidak berpuas hati dengan ruang niaga yang  disediakan, mereka (peniaga) boleh \u2018keluar\u2019 (pindah) ke tempat lain,\u201d  ujarnya.<\/p>\n<p> Menurutnya, setakat ini seramai 12 orang peniaga menjalankan perniagaan masing-masing daripada 24 lot niaga yang disediakan itu.<\/p>\n<p> Seorang peniaga barang basah, Rusdi Mohamad, 45, dari Kampung Batu 24 turut mendakwa keadaan ruang niaga yang sempit.<\/p>\n<p> Ingat, katanya berpindah ke pasar baru ini keadaan yang lebih selesa dan baik untuk menjalankan perniagaan tapi makin teruk.<\/p>\n<p> \u201cPasar ini 100 peratus orang Melayu yang berniaga. Ingatkan bila pindah  ke pasar baru ini semakin baik dan selesa tetapi semakin teruk.<\/p>\n<p> \u201cRuang niaga yang sempit 8 x 7 kaki dan tidak dibenarkan melebih ruang  petak premis yang disediakan pihak majlis (MDHT),\u201d jelasnya.<\/p>\n<p> Menurutnya, perniagaan ikan basah yang dijalankan memerlukan ruang yang lebih besar untuk pelbagai jenis ikan.<\/p>\n<p> Manakala, Semek Ngah, 59,\u00a0 dari Kampung Kubang Palas menjalankan perniagaan ikan dan ayam segar.<\/p>\n<p> \u201cBiasanya, saya boleh jual 300 ekor sehari tetapi dengan \u2018halangan\u2019  (peraturan) ketat pihak berkuasa sekarang hanya 80 ekor sehari,\u201d  ujarnya.<\/p>\n<p> Beliau tidak menafikan ruang niaga yang disediakan sempit ditambah  dengan peraturan tidak membenarkan melebihi premis masing-masing.<\/p>\n<p> Katanya, sungutan para peniaga langsung tidak diambilkira tetapi dibalas  dengan surat notis beramaran oleh pihak penguatkuasa MDHT.<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HULU TERENGGANU &#8211; Hampir 100 peniaga Pasar Besar Kuala Berang mengeluh dengan pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang disifatkan \u2018keras\u2019 serta tidak bertimbang rasa. Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan pasar tersebut yang mempunyai ruang niaga sempit dan peraturan terhad. Tinjauan Skuad Buletinonline menemui para peniaga yang masing-masing mengadu permasalahan tersebut. Peniaga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7341"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7341"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7341\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}