{"id":7332,"date":"2011-10-25T07:50:23","date_gmt":"2011-10-24T23:50:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/isu-murtad-di-malaysia-pendirian-umat-islam-jelas-2\/"},"modified":"2011-10-25T07:50:23","modified_gmt":"2011-10-24T23:50:23","slug":"isu-murtad-di-malaysia-pendirian-umat-islam-jelas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-murtad-di-malaysia-pendirian-umat-islam-jelas-2\/","title":{"rendered":"Isu Murtad di Malaysia: Pendirian Umat Islam Jelas"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-9fvGySsURn4\/TY3Y3CfT9JI\/AAAAAAAAF6g\/F9FfdERDwWw\/UABC.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"205\" style=\"float: left;\" \/>Isu murtad yang meluas diperkatakan kebelakangan ini telah menggerakkan NGO-NGO Islam untuk mengadakan\u00a0 satu \u2018Perhimpunan Sejuta Umat\u2019 bertempat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bertemakan \u201cSelamatkan Akidah Umat\u201d. Kehadiran orang ramai yang dianggarkan sekitar 5000 orang berbanding dengan himpunan 1 juta yang diwar-warkan adalah memalukan. Diukur daripada bilangan yang hadir berbanding kempen yang meluas berserta sokongan daripada media massa Pro UMNO dan juga pemerintah; malah boleh dikatakan semua pihak menyokong himpunan untuk menyatakan bantahan terhadap usaha musuh Islam untuk memurtadkan umat Islam ini, maka banyak pihak yang bertanya kenapa himpunan ini tidak mendapat sokongan umum kerana jumlah kehadiran ke perhimpunan tersebut lebih kecil berbanding target walaupun promosi yang dijalankan sangat meluas.<\/p>\n<p>Sebenarnya daripada awal lagi banyak pihak sudah meragui usaha Gabungan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), kerana ia seperti didalangi oleh UMNO terutamanya apabila ada slogan \u2018Hidup Melayu, Hidup Islam\u2019 digunakan. Kerana slogan ini merupakan slogan klasik UMNO dan slogan keramatnya.<\/p>\n<p>Slogan \u2018Selamatkan Akidah Umat\u2019 yang menjadi tema penganjuran \u2018Himpunan Sejuta Umat\u2019\u00a0 tenggelam di sebalik suara ahli politik UMNO yang begitu ghairah menyokong perhimpunan ini.<\/p>\n<p>Sebenarnya orang Islam di Negara ini telah bersatu untuk mempertahankan akidah Islam contohnya Parti Islam Semalaysia (PAS), semenjak daripada awal penubuhannya (1951) adalah bertujuan\u00a0 untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintah yang di dalamnya\u00a0 mempunyai nilai-nilai hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah. Parti ini juga bertujuan untuk\u00a0 mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara (Perlembagaan PAS fasal (1)(2)).<\/p>\n<p>Apa yang dapat kita simpulkan berdasarkan kehadiran pada perhimpunan yang dikatakan hebat itu ialah ketidakyakinan masyarakat untuk bersama-sama menyertai himpunan tersebut. Hal ini kerana penyertaan tersebut bagi mereka tidak membawa apa-apa erti selama mana dasar UMNO-BN terus menindas dan tidak mesra dengan Syariat Islam. Malah slogan \u2018Hidup Melayu, Hidup Islam\u2019 hanyalah menjadi slogan politik yang dilihat telah basi dan tidak mendatangkan banyak kesusahan kepada umat Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Polisi dan program semasa Kerajaan Pusat dan negeri-negeri di bawah BN tidak memberi tempat yang sewajarnya kepada para ulama\u2019 untuk berfungsi sebagai ulama\u2019 \u2018al akhirah\u2019 (ulama\u2019 yang memperjuangkan Islam). Institusi ulama\u2019 yang sepatutnya memberikan tempat kepada golongan ulama\u2019\u00a0 untuk menasihati kerajaan serta mengeluarkan fatwa-fatwa seperti Institusi Mufti menjadi institusi yang tidak bermaya apabila berhadapan dengan dasar-dasar kerajaan yang tidak Islamik.<\/p>\n<p>Orang ramai yang memahami semangat perjuangan Islam di Negara ini melihat bahawa himpunan sejuta umat adalah untuk mempromosikan slogan \u2018Hidup Melayu, Hidup Islam\u2019, yang pada kaca mata pimpinan UMNO adalah untuk menghidupkan semangat asobiyyah (semangat kebangsaan Melayu yang sempit) dan seterusnya membenarkan tindakan-tindakan UMNO walaupun dalam menegakkan perkara yang zalim. Pendirian umat Islam di Malaysia terhadap isu murtad di negara ini adalah jelas, mereka menentang usaha pemusnahan akidah umat dan akan terus memperjuangkan Islam sebagai agama Allah yang boleh membawa kebaikan di dunia dan akhirat.<\/p>\n<p><strong>Ustaz Dato\u2019 Abu Bakar Chik<br \/>Pengerusi,<br \/>Lajnah pendidikan PAS Pusat <br \/>24 Oktober 2011 bersamaan 26 Zulkaedah 1432 H<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu murtad yang meluas diperkatakan kebelakangan ini telah menggerakkan NGO-NGO Islam untuk mengadakan\u00a0 satu \u2018Perhimpunan Sejuta Umat\u2019 bertempat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bertemakan \u201cSelamatkan Akidah Umat\u201d. Kehadiran orang ramai yang dianggarkan sekitar 5000 orang berbanding dengan himpunan 1 juta yang diwar-warkan adalah memalukan. Diukur daripada bilangan yang hadir berbanding kempen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7332"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7332"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7332\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7332"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7332"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7332"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}