{"id":7323,"date":"2011-10-24T17:46:58","date_gmt":"2011-10-24T09:46:58","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/memorandum-kepada-menteri-di-jabatan-perdana-menteri\/"},"modified":"2011-10-24T17:46:58","modified_gmt":"2011-10-24T09:46:58","slug":"memorandum-kepada-menteri-di-jabatan-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/memorandum-kepada-menteri-di-jabatan-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"MEMORANDUM KEPADA MENTERI  DI JABATAN PERDANA MENTERI"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/data%20pemilih.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/datapemilihaa.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/10\/datapemilihaa.jpg\" width=\"325\" height=\"461\" style=\"cursor: -moz-zoom-in; float: right;\" \/><\/a><strong>TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT PENYELEWENGAN PENGELUARAN KAD PENGENALAN <\/strong><\/p>\n<p><strong>A.\u00a0\u00a0\u00a0 ISU MEMPERMUDAHKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN<\/strong><\/p>\n<p>Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort\u00a0 pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut :<\/p>\n<p>1.\u00a0\u00a0\u00a0 Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.\u00a0 Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut.\u00a0 Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada dilokasi kejadian.\u00a0 Kedua tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.<\/p>\n<p>2.\u00a0\u00a0\u00a0 Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.<\/p>\n<p>3.\u00a0\u00a0\u00a0 Menurut saksi\u00a0 kejadian\u00a0 terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.<\/p>\n<p>4.\u00a0\u00a0\u00a0 Menurut saksi kejadian terdapat seorang\u00a0 wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat &amp; Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort. <\/p>\n<p>5.\u00a0\u00a0\u00a0 Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan dibeberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya di arahkan ke Istana Dugang Country Resort.<\/p>\n<p>6.\u00a0\u00a0\u00a0 Menteri Dalam Negeri Datuk Hishmuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.<br \/>Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat kuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.<br \/><strong><br \/>B.\u00a0\u00a0\u00a0 ISU KOD NEGARA \u201c71\u201d<\/strong><\/p>\n<p>Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat\u00a0 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang\u00a0 mempunyai kod negara \u201c71\u201d. Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod \u201c71\u201d disenaraikan sebagai kod rasminya.\u00a0 Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod \u201c71\u201d adalah suatu kod\u00a0 warganegara\u00a0 yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka\u00a0 diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen dinegara kita.<\/p>\n<p>42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).\u00a0\u00a0 17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani\u00a0 (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi\u00a0 (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.<\/p>\n<p>Menariknya bagi rumpun bangsa Inonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara \u201c71\u201d dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi\u00a0 daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal\u00a0 kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian\u00a0 (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58).\u00a0 <\/p>\n<p>Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menarinya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.<\/p>\n<p>Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna bahawa negeri\u00a0 Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau\u00a0 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.<\/p>\n<p>Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah\u00a0 1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui\u00a0 negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3\u00a0 2011. Dijangka DPI\u00a0 suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.<\/p>\n<p>Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod \u201c71\u201d adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia.\u00a0 Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing<\/p>\n<p>Walaubagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod \u201c71\u201d pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia :<br \/>a.\u00a0\u00a0\u00a0 Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod \u201c71\u201d ?<br \/>b.\u00a0\u00a0\u00a0 Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod \u201c71\u201d ?<br \/><strong><br \/>C.\u00a0\u00a0\u00a0 ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK(DPI) SPR<\/strong><\/p>\n<p>Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat\u00a0 ribuan kes kad pengenalan\u00a0 yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 dimana\u00a0 Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN.\u00a0 Isunya adalah bagaimana\u00a0 nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.<br \/><strong><br \/>D.\u00a0\u00a0\u00a0 DESAKAN<\/strong><\/p>\n<p>Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam\u00a0 JPN.\u00a0 Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.<\/p>\n<p><em><strong>UST NASRUDDIN HASSAN TANTAWI<br \/>KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA.<br \/>ISNIN 26 DZU AL-KAEDAH 1432 \/ 24 OKTOBER 2011<\/strong><\/em><\/p>\n<p><em>*** Memorandum diatas turut dihantar kepada KETUA PEMBANGKANG DAN AHLI-AHLI PARLIMEN MALAYSIA<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT PENYELEWENGAN PENGELUARAN KAD PENGENALAN A.\u00a0\u00a0\u00a0 ISU MEMPERMUDAHKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort\u00a0 pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut : 1.\u00a0\u00a0\u00a0 Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7323"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7323"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7323\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}