{"id":73190,"date":"2018-11-23T18:24:10","date_gmt":"2018-11-23T10:24:10","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=73190"},"modified":"2018-11-23T19:04:53","modified_gmt":"2018-11-23T11:04:53","slug":"dap-tidak-mahu-melayu-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dap-tidak-mahu-melayu-bersatu\/","title":{"rendered":"DAP Tidak Mahu Melayu Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>MARANG &#8211; Pelbagai kecaman dan kritikan yang dibuat oleh Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang terhadap PAS dan Presidennya, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dibalas dengan teguran keras Ahli Parlimen Marang itu.<\/p>\n<p>Ustaz Abdul Hadi mengingatkan Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain agar perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum di Malaysia ini.<\/p>\n<p>Bahkan, menurutnya parti DAP itu tidak mahu melihat orang Melayu di negara ini bersatu atas nama Islam.<\/p>\n<p>\u201cSupaya menghormati sensitiviti semua kaum. Jangan dilihat satu kaum sahaja. Apa yang jelasnya, DAP melihat satu kaum sahaja dan dia tidak lihat semua kaum. <\/p>\n<p>\u201cKita lihat bagaimana orang yang bukan kaum Cina dalam DAP, disingkirkan dalam pemilihan dia (DAP).  <\/p>\n<p>\u201cSebenarnya, DAP tidak mahu orang Melayu bersatu, biar orang Cina sahaja bersatu. Terang-terang (saya) kata begitulah. Buat tajuk besar, DAP tak mahu orang Melayu bersatu, dia nak Cina sahaja bersatu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Hadi-awang1.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/Hadi-awang1.jpg\" alt=\"\" width=\"917\" height=\"596\" class=\"alignleft size-full wp-image-73192\" \/><\/a>Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wakil media, apakah nasihatnya kepada Lim Kit Siang dan DAP dalam isu ICERD, selepas Kuliah Pagi Jumaat Masjid Rusila, Marang, hari ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya dalam isu ICERD Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih memahami dengan kenyataan beliau mustahil untuk diratifikasi ICERD di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri lebih faham dalam perkara itu. Sebab itu, dia (Mahathir) membuat kenyataan yang jelas. ICERD ini mustahil untuk dilaksanakan, mustahil itu tak bolehlah. <\/p>\n<p>\u201cTapi, masih ada lagi yang hendak \u2018jolok-jolok\u2019 ini. ICERD ini agenda barat yang cuba hendak dibawa masuk ke dalam negara kita, yang kita mesti tentang,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Mengulas kenyataan Lim Kit Siang bahawa 99 peratus muslim di negara Islam lain telah menerima ICERD, katanya pemimpin DAP itu tidak berhak bercakap tentang orang Islam.<\/p>\n<p>\u201cDia (Kit Siang) tak berhak cakap tentang orang Islam. Dia tak perlu ajar orang Islam dan orang Islam lebih \u2018reti\u2019 (tahu) daripada dia. <\/p>\n<p>\u201cYang patutnya, orang Islam yang ada bersama dia ajar dia. Ini dia (Kit Siang) pula yang nak ajar orang Islam dalam Pakatan Harapan. Kenyataan Tun Mahathir itu lebih baik dan kita tak pakai kenyataan Kit Siang,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Seterusnya, Dato\u2019 Seri Abdul Hadi mengingatkan umat Islam agar lebih berhati-hati kerana ICERD adalah agenda \u2018freemason\u2019 barat yang masuk melalui PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM MARANG &#8211; Pelbagai kecaman dan kritikan yang dibuat oleh Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang terhadap PAS dan Presidennya, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dibalas dengan teguran keras Ahli Parlimen Marang itu. Ustaz Abdul Hadi mengingatkan Lim Kit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":73194,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":73194,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":720,"file":"2018\/11\/44858959_598065540611241_8999165247830884352_n.jpg","filesize":48952,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":73190,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/44858959_598065540611241_8999165247830884352_n.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73190"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":73193,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73190\/revisions\/73193"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/73194"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=73190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=73190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}