{"id":7314,"date":"2011-10-23T09:11:30","date_gmt":"2011-10-23T01:11:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/yakin-sapu-bersih-lima-kerusi\/"},"modified":"2011-10-23T09:11:30","modified_gmt":"2011-10-23T01:11:30","slug":"yakin-sapu-bersih-lima-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/yakin-sapu-bersih-lima-kerusi\/","title":{"rendered":"PAS yakin sapu bersih lima kerusi"},"content":{"rendered":"<div id=\"contentPic\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/imagesSH\/9664336.jpg\" border=\"1\" width=\"150px\" style=\"float: left;\" \/><\/div>\n<p><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 PAS yakin mampu menyapu bersih  kelima-lima kerusi di Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13,  termasuk kerusi yang kalah kepada Barisan Nasional iaitu Dun Bandar.  <\/p>\n<p>Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Datuk Tengku  Hassan Tengku Omar berkata, bukan itu sahaja, pihaknya yakin akan  berlaku pertambahan undi kepada Pas berdasarkan \u2018mood\u2019 semasa rakyat di  negeri ini dan negara amnya.  <\/p>\n<p>Beliau berkata, \u2018mood\u2019 rakyat yang cenderung kepada pembangkang dilihat masih berterusan sehingga kini.  <\/p>\n<p>\u201cKita yakin menang kelima-lima kerusi termasuklah Bandar, di samping berlaku pertambahan undi terhadap Pas,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Pas turut memenangi  tiga kerusi Dun iaitu Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam, manakala  tewas di kerusi Dun Bandar pada pilihan raya umum lalu.  <\/p>\n<p>Tengku Hassan berkata, pihaknya akan turut memberi tumpuan dalam  menjalankan gerak kerja untuk membantu pucuk pimpinan di peringkat  negeri untuk mengambil alih Terengganu.  <\/p>\n<p>Jelasnya, slogan PAS Ganti Umno (PGU) akan direalisasikan biarpun apa sahaja tanggapan pihak lawan terhadap PAS.  <\/p>\n<p>Beliau yang juga Adun Ladang percaya, dalam keadaan sekarang,  pengundi memperoleh maklumat dari pelbagai jenis media dan bukan  tertumpu pada media arus perdana semata-mata.  <\/p>\n<p>\u201cRakyat mampu membuat penilaian dan berfikir bahawa kerajaan yang ada ketika ini tidak mampu untuk memerintah negara,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas berhubung Dun Ladang, pihaknya difahamkan bahawa ramai pemimpin BN mahu menjadi calon di kawasan itu.  <\/p>\n<p>Menurutnya, sikap pemimpin Umno itu menunjukkan adanya sikap  tidak sehaluan sehingga ramai dalam kalangan pemimpin berminat menjadi  calon.  <\/p>\n<p>\u201cIni juga menunjukkan bahawa adanya masalah dalaman yang  membuatkan orang ramai muak dengan perebutan yang tidak mengambil kira  pandangan rakyat,\u201d katanya.-SH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 PAS yakin mampu menyapu bersih kelima-lima kerusi di Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, termasuk kerusi yang kalah kepada Barisan Nasional iaitu Dun Bandar. Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, bukan itu sahaja, pihaknya yakin akan berlaku pertambahan undi kepada Pas berdasarkan \u2018mood\u2019 semasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7314"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7314"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7314\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}