{"id":7267,"date":"2011-10-17T01:58:09","date_gmt":"2011-10-16T17:58:09","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/najib-tak-tahu-makna-adil-dalam-pilihanraya-2\/"},"modified":"2011-10-17T01:58:09","modified_gmt":"2011-10-16T17:58:09","slug":"najib-tak-tahu-makna-adil-dalam-pilihanraya-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/najib-tak-tahu-makna-adil-dalam-pilihanraya-2\/","title":{"rendered":"Najib tak tahu makna &#8216;adil&#8217; dalam pilihanraya"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/_gMlHaKTw3dc\/SVyX01FEzSI\/AAAAAAAAEkE\/4Xgda2Jjzlk\/s320\/undi+hantu.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"266\" style=\"float: left;\" \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato\u2019  Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi  pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada  parti itu. DPPM menganggap Dato\u2019 Seri Mohd \u00a0Najib terlupa sejarah  pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan  peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.<\/p>\n<p>Barangkali Dato\u2019 Seri Najib tidak  mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu,  DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib  bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.<\/p>\n<p>Dalam sejarah \u00a0pilihanraya umum  berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan  UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah  UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam  melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu  tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah  pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari  pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat.  \u00a0Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan  Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana  pemimpin UMNO perolehi setakat ini?<\/p>\n<p>Dalam soal undi pos, PAS telah banyak  kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk  memenangkan parti pemerintah. PAS pernah membawa beberapa orang bekas  anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah  PRU. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? Memang benar ada tempat  yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah  keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO-BN. DPPM ingin  bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan  digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya<\/p>\n<p>Dalam soal berkempen, apakah Najib lupa  bahawa UMNO-BN selalu bertindak berat sebelah. Seluruh jentera kerajaan  dikerah bagi berkempen dalam sesebuah pilihanraya, sama ada pilihanraya  kecil atau umum. Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan  lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya  kecil atau umum adalah milik UMNO-BN. \u00a0Adakah Najib mahu menafikan hal  ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam  pilihanraya?<\/p>\n<p>Mungkin juga Najib terlupa takrifan projek \u2018<em>mee segera\u2019<\/em> setiap kali pilihanraya berlangsung. Secara tiba-tiba DUN atau Parlimen  terbabit bertukar menjadi kawasan yang mendapat projek runtuh,  sedangkan sebelum daripada itu tidak pernah kawasan tersebut dijenguk.  Bagi BN, ia adalah baik kerana untuk rakyat, Tetapi rakyat  mentakrifkannya sebagai rasuah pilihanraya. Agensi penting seperti SPR  dan SPRM pula seakan buta melihat segala macam kebobrokan yang dilakukan  oleh pemimpin BN. Mungkin ini adil menurut Najib<\/p>\n<p>Adil yang paling benar bagi Najib adalah  merahsiakan tarikh pilihanraya umum. Tarikh pilihanraya seakan suatu  rahsia besar yang perlu dielak dari dikongsikan bersama rakyat Malaysia.  Biarlah pembangkang \u2018terkulat-kulat\u2019 membuat persiapan apabila secara  tiba-tiba pilihanraya umum dipanggil pada bila-bila masa yang  dikehendaki oleh Najib. Bagaimana jika Pakatan Rakyat melakukan hal yang  sama, dan BN yang menjadi pembangkang pula dalam keadaan tidak bersedia  apabila tiba-tiba berlaku PRU?<\/p>\n<p>Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri  di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi ia membuktikan  bahawa rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok,  maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang  diterima rakyat<\/p>\n<p>Ini adalah sedikit dari pelbagai bukti  kepincangan yang berlaku dalam Pilihanraya era BN. Najib seakan  menghidap \u2018sindrom penafian\u2019 bahawa BN sejak sekian lama, merosakkan  sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Buat Najib, belajarlah  mengenal erti keadilan dari perspektif rakyat dan umum, bukan dari  kacamata BN semata-mata! <br \/><strong><br \/>RIDUAN MOHD NOR<\/strong><strong><br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia <\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato\u2019 Seri Mohd \u00a0Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung. Barangkali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7267"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7267"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7267\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}