{"id":7246,"date":"2011-10-14T13:39:15","date_gmt":"2011-10-14T05:39:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/kembalikan-hak-kami-amaran-oleh-peneroka-felda\/"},"modified":"2011-10-14T13:39:15","modified_gmt":"2011-10-14T05:39:15","slug":"kembalikan-hak-kami-amaran-oleh-peneroka-felda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kembalikan-hak-kami-amaran-oleh-peneroka-felda\/","title":{"rendered":"Kembalikan hak kami! Amaran oleh peneroka Felda"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-3258296029152319127\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-YM03tIt3tAU\/Tpg7QWqIN0I\/AAAAAAAAHNg\/gd2QdkR8pXs\/s1600\/DSC00035.JPG\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-YM03tIt3tAU\/Tpg7QWqIN0I\/AAAAAAAAHNg\/gd2QdkR8pXs\/s320\/DSC00035.JPG\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"240\" \/><\/a><\/div>\n<p><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; PAS memuji tindakan berani hampir 77 orang peneroka di Kertih 2 dan  Kertih 3 mengemukakan saman dan menuntut wang tanam semula mereka dari  pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) julung kali di  Terengganu.<\/p>\n<p> Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata  perundingan secara diplomasi telah diadakan beberapa kali, namun pihak  Felda gagal menjelaskan wang tersebut.<\/p>\n<p> Oleh itu, menurutnya, tuntutan melalui perundangan dan mahkamah yang dibuat pada Khamis 13 Oktober adalah jalan terakhir.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><\/p>\n<p> Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka turut hadir di  perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu memberikan sokongan moral  kepada para peneroka.<\/p>\n<p> Sementara itu, Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu Haji Muhyiddin  Rashid berkata kes yang julung kali dibawa oleh para peneroka itu  merupakan amaran kepada kerajaan Umno dan\u00a0 Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p> Katanya, ada beberapa kes\u00a0 lagi yang melibatkan penipuan pihak Felda keatas penerolka akan dibawa ke mahkamah.<\/p>\n<p> Sehubungan itu, beberapa orang peneroka yang dinafikan hak mereka oleh  kerajaan itu, menuntut hak mereka kerana tidak percaya Felda bagi  menguruskan urusan menanam semula kelapa sawit mereka..<\/p>\n<p> Seorang peneroka, Hashim Omar, 52, dari Ferda Kertih 3 mendakwa pihak  pengurusan Felda gagal mengembalikan wang caruman tanaman semula kepada  para peneroka.<\/p>\n<p> Katanya, wang caruman peneroka sebanyak RM17,000 seorang tidak diserahkan oleh Felda yang terkumpul sejak lebih 20 tahun lalu.<\/p>\n<p> \u201cKami (peneroka) buat tanam semula kelapa sawit secara persendirian dan  tidak melibatkan Felda. Jadi wang caruman tanam semula kami dengan pihak  Felda perlu dikembalikan kepada kami.<\/p>\n<p> \u201cSejak tahun 1970, Felda tubuh tabungan untuk tanam semula yang dikutip  secara bulanan pada kadar RM3.34 sen seekar hingga tahun 1984. Bermula  Januari 1985, dinaikan kepada RM4.00 hingga sekarang.<\/p>\n<p> \u201cSetiap orang (peneroka) terkumpul RM1,700 x 10 ekar tanah ladang yang  kini berjumlah RM17,000 seorang. Ini hak kami (peneroka) dan kembalikan  hak kami!,\u201d tegasnya ketika ditemui diperkarangan mahkamah tersebut.<\/p>\n<p> Beliau yang juga Ketua Lajnah Peneroka di Dewan Undangan Negeri (Dun)  Paka mendakwa tindakan Felda itu tidak sah yang menetapkan setiap urusan  tanam semula diserahkan hanya kepada Felda.<\/p>\n<p> Oleh itu, katanya Felda diberi tempoh tujuh hari untuk selesaikan jika  tidak saman diteruskan dengan gantirugi teladan dan melampau termasuk  lain-lain kos.<\/p>\n<p> Mohd Senik, 56, dari Felda Kertih 2 berkata peneroka akan dipotong wang  caruman tanam semula oleh pihak pengurusan Felda pada setiap bulan  sebanyak RM40.00 seorang.<\/p>\n<p> Menurutnya, jumlah caruman itu telah dipotong setiap bulan selama 25  tahun dengan andaian segala urusan tanam semula diserahkan kepada pihak  Felda.<\/p>\n<p> \u201cSekarang ini kami (peneroka) buat tanam semula secara persendirian dan  tidak melibatkan Felda. Jadi serahkan semula wang caruman itu kepada  kami untuk kerja-kerja tanam semula ladang,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p> Peneroka Felda Kertih 3, Puan Faridah Abdul Razak, 56, merayu pihak kerajaan agar mengembalikan semula hak rakyat.<\/p>\n<p> Katanya, slogan \u201crakyat didahulukan\u201d tidak digunapakai hingga mendatangkan kesulitan kepada rakyat ke mahkamah.<\/p>\n<p> \u201cKami (peneroka) bukan suka sangat hendak \u2018main\u2019 (bawa) kes mahkamah tapi inilah cara untuk dapatkan hak kami semua,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p> Rakannya, Puan Rosnifah Abdul Ghani, 50, juga dari Felda Kertih 3 yakin kebenaran akan berpihak kepada rakyat dalam isu ini.<\/p>\n<p> Katanya, bukan niat rakyat mahu \u201cberperang\u201d dengan kerajaan tetapi bagi menuntut hak yang dinafikan.<\/p>\n<p> Menurutnya, golongan peneroka rata-rata berpendapatan rendah yang tidak wajar dibuat penganiayaan.<\/p>\n<p> \u201cKami (peneroka) orang susah, kami pun rakyat dan bukan niat untuk  \u2018berperang\u2019 dengan kerajaan. Cuma kami hendak dapatkan hak kami yang  dinafikan sahaja.<\/p>\n<p> \u201cBerani kerana benar dan kami yakin kebenaran itu berpihak kepada peneroka yang teraniaya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p> Seorang warga emas, Fatimah Mat Husin, 57, dari Felda Kertih 2 bergelar warga felda lebih 30 tahun sebagai penerokanya.<\/p>\n<p> Katanya, setiap tahun caruman tanam semula dibuat oleh pihak Felda terhadap peneroka kerana akur dengan syarat \u2018perjanjian\u2019.<\/p>\n<p> \u201cSebenarnya, jika kita (peneroka) buat sendiri (tanam semula) lebih  jimat dan untung daripada diserahkan kepada pihak pengurusan Felda,\u201d  ujarnya.<\/p>\n<p> Menurutnya, selama ini rakyat tidak tahu hak peneroka hingga didedahkan oleh anak-anak generasi kedua.<\/p>\n<p> Pada 13 Oktober lalu, seramai 77 orang peneroka Felda Kertih 2 dan  Kertih 3 membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah  Tinggi Kuala Terengganu.<\/p>\n<p> Harakah dimaklumkan, jumlah tuntutan keseluruhan dibuat oleh para  peneroka berkenaan berkait dengan wang caruman tanam semula itu sebanyak  RM1.3 juta. <\/p>\n<p> Tuntutan saman tersebut dikendalikan oleh Peguam Mohd Kamaruzaman Abd  Wahab dari Firma Guaman Tetuan Aziz &amp; Co dan telah diserah kepada  Pendaftar Mahkamah pada jam 9.15 pagi.<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; PAS memuji tindakan berani hampir 77 orang peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 mengemukakan saman dan menuntut wang tanam semula mereka dari pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) julung kali di Terengganu. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata perundingan secara diplomasi telah diadakan beberapa kali, namun pihak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7246"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7246"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7246\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}