{"id":7245,"date":"2011-10-13T16:56:25","date_gmt":"2011-10-13T08:56:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/penipuan-felda-terhadap-kpg-2000-peneroka-saman-felda-rm15-bilion-2\/"},"modified":"2011-10-13T16:56:25","modified_gmt":"2011-10-13T08:56:25","slug":"penipuan-felda-terhadap-kpg-2000-peneroka-saman-felda-rm15-bilion-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/penipuan-felda-terhadap-kpg-2000-peneroka-saman-felda-rm15-bilion-2\/","title":{"rendered":"Penipuan Felda terhadap KPG; 2,000 peneroka saman RM1.5 bilion"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-1334644055225406165\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-i4JhxkY122w\/TpcXlS1Y3nI\/AAAAAAAAHNY\/hwDm8JC0eSc\/s1600\/13102011+037.jpg\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-i4JhxkY122w\/TpcXlS1Y3nI\/AAAAAAAAHNY\/hwDm8JC0eSc\/s320\/13102011+037.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"213\" \/><\/a><\/div>\n<p><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakamkan ucapan  syabas atas keberanian para peneroka di Felda Kertih 2 dan Kertih 3 yang  membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala  Terengganu.<\/p>\n<p> Pengerusinya, Mazlan Aliman menyifatkan tuntutan saman terhadap  pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibuat oleh  77 peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 merupakan kes pertama di  Terengganu.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Menurutnya, kes tuntutan seumpama ini antara tujuh hingga lapan kes yang telah difailkan di mahkamah seluruh negara.<\/p>\n<p> \u201cAnak (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) merakamkan ucapan  syabas dan terima kasih kepada barisan peguam kita yang bersedia membawa  kes 77 peneroka Felda Kertih 2 dan Kertih 3 ke mahkamah. <\/p>\n<p> \u201cIni (saman) merupakan kes yang pertama di negeri Terengganu. Ini antara  tujuh hingga lapan kes seumpama ini pernah dibawa dan difail di  mahkamah seluruh negara,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p> Beliau berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah selepas  menyertai hampir 100 orang termasuk para peneroka yang memfailkan saman  terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, 13 Oktober lalu.<\/p>\n<p> Kata Mazlan, saman peneroka terhadap Felda yang menuntut wang caruman  tanam semula tersebut telah dimenanginya dalam kes Felda Sungai Koyan di  Pahang.<\/p>\n<p> Menurutnya, para peneroka terbabit berhak mendapatkan wang tersebut yang  dinafikan dengan pelbagai alasan oleh pihak pengurusan Felda.<\/p>\n<p> \u201cMengikut semakan yang ada pada kita (Anak) untuk kes yang serupa tanam  semula ini. Kes ini telah dimenangi melalui tuntutan yang dibuat oleh 10  orang peneroka di Felda Sungai Koyan, Pahang yang diwakili oleh peguam  Hanifah Maidin. <\/p>\n<p> \u201cBezanya di sana (Felda Sungai Koyan) keluasan tanah mereka (peneroka)  14 ekar dan mereka juga adalah bekas-bekas anggota tentera. <\/p>\n<p> \u201cApa yang pasti ini (Felda Kertih 2 dan 3) adalah wang mereka yang  dicarum RM4.00 bagi setiap ekar. Maknanya, RM40.00 bagi setiap 10 ekar.  Sepatutnya, mereka telah lama dapat sebab anggaran caruman adalah 20  tahun,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p> Menurutnya, ia tidak termasuk tuntutan lain yang akan dibuat dalam kes  penipuan Felda terhadap Kadar Perahan Gred (KPG) di kilang-kilang kelapa  sawit seluruh negara.<\/p>\n<p> Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menjelaskan sehingga  kini seramai 2,000 orang peneroka diseluruh negara telah pun memfailkan  saman penipuan KPG yang melibatkan kewangan sebanyak RM1.5 bilion.<\/p>\n<p> &#8220;Sebagaimana dibuat di Bera Pahang, Serting Negeri Sembilan, di Muaakil  Johor,\u00a0 di Kemahang Kelantan, yang mengikut kiraan kasar kita,<\/p>\n<p> &#8220;Sekarang ni jumlah saman (yang dibuat oleh) lebih daripada 2,000 (orang  peneroka) untuk KPG sahaja tekah menjangkau RM1.5 bilion,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p> Tuntutan saman oleh 77 orang peneroka Felda Kertih 2 dan Kertih 3 itu  dikendalikan oleh Peguam Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari Firma Guaman  Tetuan Aziz &amp; Co kepada Pendaftar Mahkamah pada jam 9.15 pagi.<\/p>\n<p> Hadir sama di mahkamah tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) dan (II) PAS  Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Muhyiddin Abd Rashid, Penolong  Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat dan Pengerusi NGO WARIS, Roslan  Ismail<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=z7z3jTVNn1A<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakamkan ucapan syabas atas keberanian para peneroka di Felda Kertih 2 dan Kertih 3 yang membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Pengerusinya, Mazlan Aliman menyifatkan tuntutan saman terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibuat oleh 77 peneroka di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7245"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7245"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7245\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}