{"id":7229,"date":"2011-10-12T01:40:58","date_gmt":"2011-10-11T17:40:58","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/baru-dua-bulan-dirasmikan-2\/"},"modified":"2011-10-12T01:40:58","modified_gmt":"2011-10-11T17:40:58","slug":"baru-dua-bulan-dirasmikan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/baru-dua-bulan-dirasmikan-2\/","title":{"rendered":"Baru dua bulan dirasmikan"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-RUHz6KBdopE\/TiOyRUUKvMI\/AAAAAAAACCo\/bh1b7q1YugM\/s1600\/DSC_4871.jpg\" border=\"0\" width=\"359\" height=\"195\" style=\"float: left;\" \/><em>&#8211; Pasar Baru Kedai Buloh RM9 juta rosak<\/em><br \/>MARANG<\/strong> &#8211; Cantik di bahagian luar tetapi  rupa-rupanya pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Itu gambaran  keadaan Pasar Baru Kedai Buloh di sini, yang baru sahaja beroperasi  selepas dirasmikan September lepas.  <\/p>\n<p>Beberapa peniaga ketika ditemui Sinar Harian mendakwa, terdapat  keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran air  longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan  saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.  <\/p>\n<p>Selain itu, atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran.  <\/p>\n<p>Seorang peniaga yang ditemui, Mohd Salahuddin Yusof, 31,  berkata, kemudahan air juga tidak disediakan di dalam tandas pasar itu  menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan  buruk kepada peniaga.    <\/p>\n<p>\u201cMasalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak  bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi  menanganinya. Sewajarnya kekurangan ini diatasi segera untuk memberikan  keselesaan peniaga dan pengunjung,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Peniaga buah-buahan, Mohd Yusof, 53, pula berkata, pendapatan  peniaga kini semakin merosot berbanding ketika menjalankan perniagaan di  pasar lama Kedai Buloh yang terletak berdekatan bangunan baru  berkenaan.  <\/p>\n<p>Menurutnya, kemerosotan pendapatan peniaga itu mungkin boleh  diatasi jika setiap masalah bangunan pasar dibangkitkan peniaga dapat  diselesaikan pihak pengurusan bangunan.   <\/p>\n<p>Sebelum ini, Pasar Baru Kedai Buloh yang membabitkan belanja  lebih RM9 juta itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu.  <\/p>\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan  Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis  perasmian bangunan itu berkata, pembinaan pasar baru itu adalah contoh  jelas keprihatinan kerajaan terhadap golongan peniaga.  <\/p>\n<p>Beliau berucap di hadapan lebih 9,000 penduduk yang hadir  memeriahkan majlis itu berkata, daerah Marang kini terus maju dan  pembangunan untuk masyarakat di kawasan itu tidak pernah dipinggirkan.  <\/p>\n<p>\u201cBeberapa premis kedai di bandar Marang juga sedang rancak  dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan dalam menjaga  kebajikan rakyat,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Difahamkan Pasar Baru Kedai Buloh berkenaan dibina pada awal  2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan,  128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot  kedai pelbagai barangan.  <\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) Kedai Buloh, Mohd Nor Omar, 70, berkata, permasalahan  peniaga di pasar baru itu telah dikemukakan, tetapi sehingga kini masih  menunggu tindakan lanjut pihak bertanggungjawab di pasar itu.   <\/p>\n<p>Katanya, pihaknya telah memanjangkan aduan kepada pihak terbabit  setelah sering menerima rungutan peniaga dan berharap aduan dibuat  mendapat perhatian segera demi menjaga imej kerajaan di mata rakyat.  <\/p>\n<p>Sinar Harian akan mendapatkan komen pengurusan pasar berkenaan  iaitu pihak Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam masa  terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Pasar Baru Kedai Buloh RM9 juta rosakMARANG &#8211; Cantik di bahagian luar tetapi rupa-rupanya pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Itu gambaran keadaan Pasar Baru Kedai Buloh di sini, yang baru sahaja beroperasi selepas dirasmikan September lepas. Beberapa peniaga ketika ditemui Sinar Harian mendakwa, terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7229"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7229"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7229\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}