{"id":7220,"date":"2011-10-11T06:44:44","date_gmt":"2011-10-10T22:44:44","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/tidak-perlu-naikkan-elaun-ahli-parlimen-2\/"},"modified":"2011-10-11T06:44:44","modified_gmt":"2011-10-10T22:44:44","slug":"tidak-perlu-naikkan-elaun-ahli-parlimen-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tidak-perlu-naikkan-elaun-ahli-parlimen-2\/","title":{"rendered":"Tidak perlu naikkan elaun Ahli Parlimen"},"content":{"rendered":"<p class=\"yiv579577356MsoNormal\"><em><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/static.panoramio.com\/photos\/original\/20745416.jpg\" border=\"0\" width=\"327\" height=\"244\" style=\"float: right;\" \/>&#8211; Pastikan peruntukan adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen<\/strong><\/em><br \/> Pada  saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan  kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada  sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang  menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul  pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi  golongan rakyat yang perit.<\/p>\n<p>Kenaikan  elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri,  timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan <span id=\"lw_1318315354_0\" class=\"yshortcuts\">negara<\/span> terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos  kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara,  sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada  masa hadapan.<\/p>\n<p>Apakah kewajaran untuk menimbulkan  cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan  dalam menjalankan tugas sebagai AP dalam masa kehidupan rakyat masih  dalam keadaan perit?<\/p>\n<p>Cadangan  menaikkan elaun AP ketika rakyat susah ini ibarat kata\u00a0 \u2018berat rakyat  yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.\u2019 Rakyat marhaen bolehlah  menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang  diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering <span id=\"lw_1318315354_1\" class=\"yshortcuts\">kali<\/span> hanya akan \u2018mengutamakan yang senang.\u2019<\/p>\n<p>Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak AP Pakatan Rakyat, kerajaan <span id=\"lw_1318315354_2\" class=\"yshortcuts\">BN<\/span> terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun AP. Inilah bukti sahih  yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih  prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat.<\/p>\n<p>Rakyat  marhaen yang terbeban dengan kos hidup samada yang bekerja di agensi  swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala  rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka  meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam  keluarga, sepatutnya perlu diberi lebih perhatian berbanding AP oleh  kerajaan.<\/p>\n<p>Apa yang perlu difokuskan  sekarang bukannya menaikkan elaun AP, tetapi cara untuk menyalurkan  semua peruntukan AP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang  mereka wakili secara adil. Ini adalah lebih adil dan saksama dan  berkesan kepada semua rakyat.<\/p>\n<p>Sekiranya  benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara  kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan  kerana setiap AP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah  diiktiraf oleh kerajaan.<\/p>\n<p>Bilamana  selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah  sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka  ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik  boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir  menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini  untuk memudahkan urusan kehidupan mereka.<strong><\/p>\n<p>Ustaz Dato&#8217; <span id=\"lw_1318315354_3\" class=\"yshortcuts\">Tuan<\/span> Ibrahim Tuan Man<\/strong><br \/>Ketua Penerangan PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Pastikan peruntukan adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7220"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7220"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7220\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}