{"id":7212,"date":"2011-10-10T06:49:44","date_gmt":"2011-10-09T22:49:44","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/agihan-bajet-kementerian-kesihatan-utamakan-mana-yang-kritikal-dahulu-2\/"},"modified":"2011-10-10T06:49:44","modified_gmt":"2011-10-09T22:49:44","slug":"agihan-bajet-kementerian-kesihatan-utamakan-mana-yang-kritikal-dahulu-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/agihan-bajet-kementerian-kesihatan-utamakan-mana-yang-kritikal-dahulu-2\/","title":{"rendered":"Agihan Bajet Kementerian Kesihatan; utamakan mana yang kritikal dahulu"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-7503036642233436054\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/1.bp.blogspot.com\/-z09Y4vgOC08\/TpKU7qnErHI\/AAAAAAAAHMQ\/V8AUn49AEpQ\/s1600\/dewan+bedah+hospital+besut.jpg\" style=\"clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-z09Y4vgOC08\/TpKU7qnErHI\/AAAAAAAAHMQ\/V8AUn49AEpQ\/s320\/dewan+bedah+hospital+besut.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"212\" \/><\/a><\/div>\n<p>Peningkatan  sehingga 10.8 % peruntukan dalam Bajet 2012 untuk Kementerian Kesihatan  diharapkan mampu untuk menyelesaikan beberapa keperluan prasarana  kesihatan rakyat yang dikira kritikal dan telah tertangguh sekian lama.<\/p>\n<p> Disamping beberapa tumpuan yang telah dinyatakan Menteri  bertanggungjawab termasuk\u00a0 penambahan\u00a0 klinik 1 Malaysia, naik\u00a0 taraf  hospital-hospital kerajaan\u00a0 dan klinik desa seluruh Negara serta  beberapa lagi program-program yang diberitakan bertujuan ke arah  peningkatan taraf kesihatan rakyat.<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> <em>[Gambar &#8211; Dewan Bedah Hospital Besut yang masih belum boleh digunakan ]<\/em><\/p>\n<p> Kita tidak menafikan keperluan untuk proses naik taraf Hospital Kuala  Lumpur yang telah diasaskan sejak lebih 300 tahun dulu\u00a0 menjadi sebuah  Hospital Premier serta melengkapkannya dengan peralatan dan kelengkapan  terkini walaupun peruntukannya mencecah RM300 juta. Kalau itu keperluan  rakyat, ianya perlu disegerakan.<\/p>\n<p> Walaupun begitu, adalah lebih menjadi keutamaan untuk mengutamakan  projek-projek yang telah tertangguh sejak sekian lama seperti projek  pembinaan Hospital baru Dungun.<\/p>\n<p> Semasa lawatan Tan Sri Muhyiddin ke Dungun September lepas, tiada suatu  komitmen jelas mampu diberikanTimbalan Perdana Menteri untuk  menyelesaikan permasalahan ini. Sekadar menjawab, \u201ckita akan teliti.\u201d  Rakyat tentunya mahukan jawapan yang konkrit bukan janji politik kosong  disebabkan projek pembinaan Hospital baru Dungun ini sebenarnya telah  tertangguh sejak dari RMK9 lagi, <\/p>\n<p> Keperluannya sangat kritikal. Bayangkan tapak hospital tengah-tengah  bandar yang ada sekarang dibuka sejak tahun 1936 lagi, sesak, sempit,  tak mampu lagi nak menampung keperluan semasa, tempat rendah, bila  banjir dinaiki air. Bangunan Hospital yang digunakan telah dibuka pada  26 Mac 1967, 44 tahun yang lalu. mempunyai 4 wad, 100 katil. Penduduk  bandar Dungun sekarang meningkat 160,000. Cukupkah 100 katil nak  menampung keperluan 160,000 penduduk?<\/p>\n<p> Keadaan wad sesak, unit pesakit luar sesak, farmasi sesak, ruang  menunggu sesak dan merimaskan. Mangsanya rakyat kebanyakkan yang tak  mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Meneliti ucapan  Bajet 2012 dan kenyataan susulan Menteri Kesihatan, tidak dinyatakan  pula bahawa pembinaan Hospital baru Dungun adalah antara keutamaan  segera. Rakyat mohon penjelasan dan tindakan segera dalam perkara ini.<\/p>\n<p> Begitu juga dengan Dewan Bedah Hospital Setiu yang disiapkan pada tahun  2003 lagi tapi masih tinggal hanya sekadar dewan bedah tanpa peralatan,  kosong! Menteri Besar Ahmad Said sendiri telah berulang kali menyuarakan  kekecewaannya dengan keadaan yang berlaku tetapi seolah-olah suara  beliau kehilangan \u2018power\u2019 dan tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka  yang bertanggungjawab di Putrajaya. Tidak terkecuali nasib yang sama  diberitakan menimpa dewan bedah Hospital Besut dan Kemaman. Rakyat  tentunya sangat mengharapkan ribuan juta yang diperuntukan kepada  Kementerian dalam Bajet 2012 ini mampu dimanfaatkan seoptimun mungkin.<\/p>\n<p> Sekali lagi ditekankan, faktor keutamaan dan keperluan rakyat sewajarnya  menjadi asas utama pengagihan peruntukan kerajaan. Semua peringkat  rakyat berhak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi Islam sendiri  menggariskan antara keperluan asas seorang manusia adalah kesihatan  disamping pendidikan dan beberapa keperluan lain.<\/p>\n<p> <em>***Tulisan Dr. Azman ibrahim Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu<\/em><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peningkatan sehingga 10.8 % peruntukan dalam Bajet 2012 untuk Kementerian Kesihatan diharapkan mampu untuk menyelesaikan beberapa keperluan prasarana kesihatan rakyat yang dikira kritikal dan telah tertangguh sekian lama. Disamping beberapa tumpuan yang telah dinyatakan Menteri bertanggungjawab termasuk\u00a0 penambahan\u00a0 klinik 1 Malaysia, naik\u00a0 taraf hospital-hospital kerajaan\u00a0 dan klinik desa seluruh Negara serta beberapa lagi program-program yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7212"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7212"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7212\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}