{"id":7199,"date":"2011-10-09T14:48:38","date_gmt":"2011-10-09T06:48:38","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/belanjawan-2012-kenaikan-harga-umpama-semut-akan-mengejar-segala-janji-manis\/"},"modified":"2011-10-09T14:48:38","modified_gmt":"2011-10-09T06:48:38","slug":"belanjawan-2012-kenaikan-harga-umpama-semut-akan-mengejar-segala-janji-manis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belanjawan-2012-kenaikan-harga-umpama-semut-akan-mengejar-segala-janji-manis\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2012; kenaikan harga &#8216;umpama semut&#8217;"},"content":{"rendered":"<div id=\"post-body-6915863884664966801\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\"><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-lQCbq2NYZxY\/TpHFKJaGtDI\/AAAAAAAAHME\/xVzpjzeWxzk\/s1600\/IMG_2843%255B1%255D.JPG\" border=\"0\" width=\"416\" height=\"260\" style=\"float: left;\" \/> <em>&#8211; akan mengejar segala &#8216;janji manis&#8217; <\/em><br \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional boleh gembira dalam  sehari dua, sebaliknya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab  menjelang seminggu selepas bajet 2012 dibentang,<\/p>\n<p> Menurut Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, rakyat  sebenarnya sudah bijak menilai dan mampu melihat apa sahaja yang  ditawarkan kerajaan sama ada memberi keuntungan atau sebaliknya.<\/p>\n<p> \u201cMungkin tahun depan orang\u00a0 akan tahu implikasi sebenar bajet, iaitu  siapa yang benar-benar dapat atau tidak. Kalau keadaan ini berlaku  (tidak menguntungkan rakyat) ia akan menjejaskan kerajaan,\u201d katanya  ketika ditemui selepas pelancaran laman blog Muslimat di Markaz Tarbiyah  PAS Kuala Ibai, pada Sabtu 8 Oktober<\/p>\n<p>[Gambar &#8211; ADUN Ladang, Dato&#8217; Tengku Hassan Omar melancarkan blog Dewan Muslimat PAS Terengganu]<\/p>\n<p> Beliau (berjubah hijau muda) berkata peningkatan kenaikan gaji  tahunan kakitangan awam, tidak akan memberi kesan yang besar kerana  rakyat sedang berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang yang  berterusan.<\/p>\n<p> Menurutnya, apabila gaji naik, harga barang sudah tentu mengalami  kenaikan dan rakyat akan tetap berhadapan keadaan yang sama sebelum  kenaikan gaji.<\/p>\n<p> Oleh itu, tidak ada bezanya, walaupun bajet dilihat mengurangkan beban, namun hanyalah untuk sementara waktu.<\/p>\n<p> \u201cHanya cara itu (menaikkan gaji) yang akan menentukan cara untuk  bersaing dengan harga barang yang sedang naik. (Kenaikan gaji) tiada  bermakna apa-apa juga kerana tiada jaminan harga barang akan turun,  minyak juga akan terus naik,\u201d katanya.<\/p>\n<p> Sehubungan itu, Safinah yang juga bekas anggota Dewan Negara (Senator) turut menyifatkan kerajaan tidak lantang dalam  membela rakyat miskin apabila tidak menyebut secara jelas mengenai  sebarang bantuan khusus untuk meringankan beban golongan tersebut,  selain ibu tunggal dan anak-anak yatim.<\/p>\n<p> \u201cBegitu juga dengan mereka yang terlibat dalam industri kecil dan  sederhana, tidak dinyatakan bantuan kepada mereka secara mendalam  sedangkan mereka boleh memacu ekonomi negara,\u201d katanya<\/p>\n<p> Beliau berkata, sekalipun kerajaan menyalurkan bantuan kepada  agensi-agensi tertentu seperti Tekun untuk memastikan golongan tersebut  dibantu, namun dari segi teknikalnya, keadaan mungkin berbeza.<\/p>\n<p> Jelasnya, dari segi prosedur, ada di kalangan yang benar-benar layak menerimanya gagal kerana tidak menepati syarat ditetapkan.<\/p>\n<p> \u201cWalaupun kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar kepada agensi-agensi  tertentu tetapi bantuan itu tidak disalurkan terus kepada pengguna  berkaitan dan dari segi teknikalnya, ia terikat dengan prosedur dan  mungkin tidak membantu golongan tersebut mendapatkan bantuan,\u201d katanya.<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; akan mengejar segala &#8216;janji manis&#8217; KUALA TERENGGANU &#8211; Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional boleh gembira dalam sehari dua, sebaliknya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab menjelang seminggu selepas bajet 2012 dibentang, Menurut Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, rakyat sebenarnya sudah bijak menilai dan mampu melihat apa sahaja yang ditawarkan kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7199"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7199"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7199\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7199"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7199"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7199"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}