{"id":7196,"date":"2011-10-09T00:48:05","date_gmt":"2011-10-08T16:48:05","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/najib-gagal-fahami-konsep-negara-berkebajikan-presiden-pas-2\/"},"modified":"2011-10-09T00:48:05","modified_gmt":"2011-10-08T16:48:05","slug":"najib-gagal-fahami-konsep-negara-berkebajikan-presiden-pas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/najib-gagal-fahami-konsep-negara-berkebajikan-presiden-pas-2\/","title":{"rendered":"Najib Gagal Fahami Konsep Negara Berkebajikan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh3.googleusercontent.com\/-h-VXpmZ4Dqs\/TluSyBv3y6I\/AAAAAAAAGzM\/_oLgdU3vht8\/s336\/TGHadi.jpg\" border=\"0\" width=\"336\" height=\"304\" style=\"float: right;\" \/>Berikutan ucapan Perdana Menteri Dato\u2019  Seri Najib Tun Razak ketika  membentangkan belanjawan 2012 di parlimen  sebentar tadi bahawa BN telah  melaksanakan konsep negara berkebajikan,  PAS ingin menegaskan bahawa  Najib tidak memahami konsep negara  berkebajikan yang hendak dibawa oleh  PAS dan Pakatan Rakyat. Paling  penting beliau harus memahami tiga ciri  asas negara berkebajikan yang  hampir tidak dilaksanakan oleh  pemerintahan Barisan Nasional sehingga  kini.<\/p>\n<p> Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh  pemerintah yang  berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang  berintegriti. Dengan  membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan  elektrik rumah  Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah  menggambarkan pemimpin  yang berintegriti. Keduanya negara berkebajikan  mestilah bercirikan  kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada  rakyat yang memerlukan  secara adil. Ketiga, negara berkebajikan  menekankan ciri kepimpinan yang  beriman, berakhlak, menepati janji dan  adil untuk semua. Nampaknya  Perdana Menteri yang membentangkan  belanjawan ini sebagai Menteri  Kewangan gagal sama sekali memahami apa  yang dimaksudkan oleh PAS  sebagai Negara Berkebajikan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tindakan kerajaan terus menafikan  royalti minyak di Kelantan dan  Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas  menggambarkan ciri pengkhianatan  dan tidak menepati perjanjian, malah  jauh sekali memenuhi ciri negara  berkebajikan. Begitu juga dengan  pemberian bantuan kepada rakyat yang  bersifat bermusim dikala kerajaan  memerlukan undi rakyat dan membiarkan  rakyat tersepit dengan kenaikan  harga barang dan petrol di luar waktu  pilihanraya. Ini semua jelas  kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara  berkebajikan yang  dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.<\/p>\n<p> Begitu juga  dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos,  daftar pemilih  yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC  kepada  warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak   berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat   dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh  sekali  menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.  Oleh  itu rakyat harus sedar bahawa \u2018Negara Berkebajikan\u2019 yang hendak  dibawa  oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas  kerangkanya  meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan  ekonomi yang adil,  hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang  wajib dipenuhi,  pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya  membentuk Malaysia  yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali  bersifat pemberian  habuan bersifat sementara dimasa rakyat diperlukan  semata-mata.<\/p>\n<p> <strong>Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang<\/strong><br \/> Presiden PAS<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berikutan ucapan Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen sebentar tadi bahawa BN telah melaksanakan konsep negara berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7196"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7196"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7196\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7196"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7196"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7196"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}