{"id":71811,"date":"2018-09-28T14:49:20","date_gmt":"2018-09-28T06:49:20","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=71811"},"modified":"2018-09-28T14:49:20","modified_gmt":"2018-09-28T06:49:20","slug":"rapatkan-jurang-seni-dan-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rapatkan-jurang-seni-dan-agama\/","title":{"rendered":"Rapatkan Jurang Seni Dan Agama"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pelakon terkenal negara, Sabri Yunus, berharap suatu hari, seni dan agama akan dapat disatukan hasil dari kefahaman bersama antara penggiat seni dan ulamak di Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau yakin kedua-dua ini menjadi kontra kerana salah faham dan tidak berjaya diperjelaskan kepada umum disebabkan kegagalan mencari kesepakatan dalam definisi seni itu sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang berlaku hari ini, saya harap ada titik pertemuan yang sangat bagus antara seniman, budayawan dengan agamawan, untuk melihat sejauh mana benda ini ada penyatuan yang baik.<\/p>\n<p>Kerana fitrah kita sebagai manusia juga memerlukan hiburan, memerlukan kesenian dan sebagai bangsa yang kuat jati diri, harus ada nilai budaya mereka sendiri.<\/p>\n<p>Bayang jika bangsa itu tiada budayanya sendiri, apakah akan jadi kepada jati diri bangsa itu sendiri,&#8221; tegas beliau.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/09\/Screenshot-457.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-71813\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/09\/Screenshot-457.png\" alt=\"\" width=\"1243\" height=\"697\" \/><\/a>Beliau ditemui di Hotel Primula Batu Burok semalam, sebelum program Santai Anak Tranung yang beliau menjadi artis jemputan bersama penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus.<\/p>\n<p>Program soal jawab agama itu ialah salah satu acara menarik dalam Karnival Pantai anjuran Kerajaan Terengganu bermula 27 September hingga 29 September bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Seni menurut beliau, ada ditunjukkan dalam agama dan tidak sedikit contoh-contoh yang nyata yang boleh diperhatikan oleh semua pihak.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi ramai ulamak yang meminati atau menguasai bidang seni dalam menjadikan penyampaian mereka lebih diminati dan menarik.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/09\/Screenshot-462.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-71815\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/09\/Screenshot-462.png\" alt=\"\" width=\"1366\" height=\"768\" \/><\/a>Al- Quran itu sendiri adalah seni yang sangat indah yang boleh diperhatikan apabila seseorang itu memahami maksud sebenar seni itu yang sebenarnya sangat luas.<\/p>\n<p>&#8220;Al-Quran juga adalah seni sastera sebab ia banyak bercerita, banyak cerita dalam tu, cerita ini seni sastera.<\/p>\n<p>Dalam Quran banyak cerita-cerita, bukan sahaja hukum hakam, jadi Dia dah letak situ seni sastera.<\/p>\n<p>Kita ada seni suara, tarannum dan sebagainya untuk bacaan kita.<\/p>\n<p>Dan perkembangan duniapun penuh dengan seni, apa yang tidak ada terlibat dengan seni,&#8221; terang beliau yang juga dikenali sebagai Pok Ya Con Codei, menjelaskan maksud seni.<\/p>\n<p>Kata beliau lagi, perubahan terhadap seni dari masa ke semasa memberikan pandangan berbeza terhadap seni dan berharap pihak kerajaan dan agamawan dapat melihat sejarah seni itu sendiri sebelum membuat justifikasi.<\/p>\n<p>Mengenai persembahan yang dianggap khurafat seperti memuja makhluk lain, beliau bersetuju agar elemen-elemen seperti itu dihapuskan jika ia benar disahkan berlawanan dengan aqidah.<\/p>\n<p>Beliau yang turut terkenal dengan watak Wan Ismail Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 90-an dahulu menganggap golongan yang gagal melihat sesuatu perkara dengan seni dalam hidup mereka sebagai golongan yang malang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pelakon terkenal negara, Sabri Yunus, berharap suatu hari, seni dan agama akan dapat disatukan hasil dari kefahaman bersama antara penggiat seni dan ulamak di Malaysia. Beliau yakin kedua-dua ini menjadi kontra kerana salah faham dan tidak berjaya diperjelaskan kepada umum disebabkan kegagalan mencari kesepakatan dalam definisi seni itu sendiri. &#8220;Apa yang berlaku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":71812,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[],"better_featured_image":{"id":71812,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1114,"height":698,"file":"2018\/09\/Screenshot-461.png","filesize":1164832,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":71811,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/09\/Screenshot-461.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/71811"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=71811"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/71811\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":71816,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/71811\/revisions\/71816"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/71812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=71811"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=71811"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=71811"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}