{"id":7173,"date":"2011-10-05T09:14:13","date_gmt":"2011-10-05T01:14:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/10\/zainah-dan-sis-kurang-faham-keliru\/"},"modified":"2011-10-05T09:14:13","modified_gmt":"2011-10-05T01:14:13","slug":"zainah-dan-sis-kurang-faham-keliru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/zainah-dan-sis-kurang-faham-keliru\/","title":{"rendered":"Zainah dan SIS kurang faham, keliru"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-tJYydGK5tc0\/TowhzOHZQBI\/AAAAAAAAHLQ\/VXPfhDEGVEc\/sis%252520keliru.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"204\" style=\"float: right;\" \/>Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah  Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011  merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang  kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan  agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman.  Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang  halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan  akhirat.<\/p>\n<p> Kekeliruan dalam melihat hukum Islam dengan gambaran  salah seperti membesar-besarkan tentang potong tangan, potong kaki,  rejam sampai mati dan sebagainya samalah seperti memberi gambaran salah  kepada bukan Islam bahawa masuk Islam nanti kena potong anunya  (berkhatan). Apakah itu caranya kita melihat Islam dan memberi  penjelasan tentang Islam? Kenyataan itu hanya menakut-nakutkan manusia  yang belum Islam tentang Islam. Kenapa kita tidak menjelaskan bahawa  berkhatan itu adalah untuk mencegah dari kekotoran dan boleh membawa  kepada penyakit kanser yang merbahaya, sebab itu Islam mahukan umatnya  bersih dan bebas dari segala penyakit. Bukankah amalan berkhatan itu  juga wujud sebelum Rasulullah SAW diutuskan membawa Islam lagi? Ia juga  menjadi amalan biasa kepada kaum India yang menganut agama Hindu di  Malaysia. Begitulah juga halnya dengan hukuman-hukuman yang terdapat  dalam syariat Islam. Gambaran yang salah seperti hukuman sebat seratus  rotan dan rejam sampai mati juga tidak harus menjadi bahan untuk  menakut-nakutkan sedangkan hukuman rotan dan bunuh dengan cara yang  lebih kejam juga terdapat dalam sistem perundangan penjajah. Kenapa  rakyat Malaysia boleh terima?<\/p>\n<p> Menjelaskan tentang kebaikan akan  hukum Islam secara akademik dengan sokongan statistik seharusnya  menjadi keutamaan kerana Islam merupakan agama kesejahteraan. Sudah  tentulah hukum-hakamnya untuk memelihara dan memberikan kesejahteraan  kepada manusia sejagat. Selain itu Islam juga merupakan agama fitrah.  Syariat dan hukum-hakamnya merupakan sesuatu yang selari dengan jiwa  manusia. Sebagai contoh, apabila barang anda dicuri dengan jumlah yang  besar (yang melayakkan hudud dilaksanakan), apakah hukuman yang anda  harapkan dari pemerintah? Apakah anda berharap agar si pencuri itu hanya  didenda dan dipenjara? Sudah tentu anda sangat gembira jika tangan si  pencuri itu dipotong sahaja. Bagi seorang pemimpin masyarakat yang  perihatin pula, apakah yang mereka harapkan akan hukuman yang patut  diberikan kepada si pencuri itu? Sudah tentu potong tangan juga agar si  pencuri itu tidak melakukannya lagi dan menjadi pengajaran kepada  masyarakat agar takut dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian itu.  Tapi perlu diingat, bukan semua perbuatan curi terpaksa dipotong  tangannya. Tempat simpanan, nilai yang rendah, orang yang miskin, bukan  terpaksa, isteri yang mengambil barang suami dan banyak lagi faktor akan  diambil kira sebelum hukuman dijalankan. Malah, jika si pemilik  barangan tersebut memberi maaf sebelum dilaporkan kepada pihak  pemerintah, hukuman itu juga tidak perlu dilaksanakan.<\/p>\n<p> Oleh  itu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Zainah Anwar itu akan  terjawab dengan sendiri apabila kita memahami bahawa Islam itu adalah  agama yang adil, agama pemelihara, agama kasih sayang, agama fitrah di  mana segala hukum-hukumnya termasuk hukum jenayah (Hukum Hudud) juga  adalah untuk keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Melihat hukum Islam  dari sudut kekerasan perlaksanaan hukumannya adalah satu kekeliruan yang  hanya akan menjauhkan manusia dari Islam sedangkan hakikat sebenarnya  adalah ia suatu keadilan yang tiada taranya dan membawa manfaat serta  pengajaran yang besar kepada masyarakat seluruhnya. <\/p>\n<p> Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.<\/p>\n<table style=\"width: 468px; text-align: justify;\" border=\"1\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Negara<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Kes Rogol Tahun 2002<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>Populasi Penduduk<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>Kes\/Populasi\u00a0 x 1 juta<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Kanada<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>24,350<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>33,465,300<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>727.62<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Malaysia<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>1,431<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>27,730,000<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>51.60<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Jerman<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>8,615<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>82,127,000<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>104.90<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Arab Saudi<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>59<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>24,735,000<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>2.39 (LAKSANA HUDUD)<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>United Kingdom<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>13,395<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>61,186,000<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>218.92<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>Amerika<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"104\" valign=\"top\">\n<p>95,136<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"92\" valign=\"top\">\n<p>305,975,000<\/p>\n<\/td>\n<td width=\"168\" valign=\"top\">\n<p>310.93<\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak  terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat  dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan  keharmonian negara dan rakyatnya.<\/p>\n<p> Justeru, seorang Islam yang  mukalaf, malah beliau sedar bahawa kenyataannya itu merendah-rendahkan  Islam seperti yang dilakukan oleh Zainah Anwar,<br \/> (\u201cIt\u2019s okay to  implement the hudud law because it doesn\u2019t affect non-Muslims.\u201d So it\u2019s  okay for Muslims to be brutalised? Ertinya : Tidak mengapa untuk  melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak melibatkan non-muslim. Jadi  tidak mengapalah untuk umat Islam dizalimi?) boleh menjejaskan akidah.  Oleh itu, Pemuda PAS menyeru agar Zainah Anwar kembali bertaubat. Malah  kita juga bersedia untuk bermuzakarah secara terbuka atau tertutup jika  beliau inginkan penjelasan tentang hukum Islam (Hukum Hudud).<\/p>\n<p><strong>DR GHAZALI BIN HASBULLAH<br \/>PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA<br \/>DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7173"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7173"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7173\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}