{"id":7066,"date":"2011-09-22T18:32:48","date_gmt":"2011-09-22T10:32:48","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/g-8-sokong-pembaharuan-negara-timur-tengah-2\/"},"modified":"2011-09-22T18:32:48","modified_gmt":"2011-09-22T10:32:48","slug":"g-8-sokong-pembaharuan-negara-timur-tengah-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/g-8-sokong-pembaharuan-negara-timur-tengah-2\/","title":{"rendered":"G-8 sokong reformasi Timur Tengah; Janji bantu $101b untuk Mesir, Jordan, Tunisia dan Maghribi"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/blogs.cfr.org\/coleman\/files\/2011\/05\/G8-Middle-East-democracy-aid-Obama-Egypt-Tunisia.jpg.jpg\" border=\"0\" width=\"438\" height=\"270\" style=\"float: right;\" \/>Negara perusahaan utama di dunia berikrar akan  mengambil tindakan konkrit dan segera bagi membantu negara-negara Arab  yang sedang melalui gelombang pembaharuan.<\/p>\n<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p>Para menteri luar negara Kumpulan  Lapan (G-8) juga berkata mereka akan menyokong negara-negara Timur  Tengah lain yang ingin melaksanakan peralihan kepada sistem demokrasi.<\/p>\n<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejauh ini, sekitar AS$80 bilion  ($101 bilion) bantuan telah diikrarkan untuk Mesir, Jordan, Tunisia dan  Maghribi bagi tempoh dua tahun mendatang, menurut Menteri Luar Perancis,  Encik Alain Juppe.<\/p>\n<p>[Gambar &#8211; Pemimpin negara G-8 ketika pertemuan mereka di Peranchis Mei lalu]<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat menyusuli  pertemuan yang diadakan di sini, di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Gelombang revolusi bermula di Tunisia pada awal tahun ini, sebelum ia merebak ke Mesir.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemimpin kedua-dua negara itu telah diguling selepas pemberontakan rakyat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kini, pemberontakan turut berlaku di Libya, Yaman, Bahrain dan Syria.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Gelombang Revolusi Melur hari ini  merupakan satu sumber harapan yang besar. Ia bermula daripada aspirasi  rakyat di rantau ini untuk mendapatkan lebih kebebasan, keadilan dan  maruah diri.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ia membentangkan kedua-dua cabaran  politik dan ekonomi, yang memerlukan tindakan segera dan bersama,&#8217; kata  G-8 dalam satu kenyataan di akhir mesyuarat itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Juppe berkata kerjasama di  antara G-8 dengan negara-negara Arab harus &#8216;ikhlas&#8217; tetapi bergantung  kepada negara-negara yang terjejas untuk melaksanakan sendiri  pembaharuan, dalam usaha mereka beralih kepada sistem demokrasi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mengulas, Menteri Luar Mesir, Encik  Muhammed Amr, berkata rantau Timur Tengah kini sedang melalui perubahan  bersejarah yang memerlukan tindakan luar biasa.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami berpendapat apa saja yang kami bakal putuskan seharusnya mapan dan dapat dilaksanakan segera.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Masa itu penting. Rakyat kami mempunyai harapan yang sangat tinggi dan mereka mahu melihat hasilnya,&#8217; kata Encik Amr.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemerintah baru di Mesir dan Tunisia kini menerima tekanan daripada rakyat supaya melaksanakan pembaharuan politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Antara lain, rakyat Mesir menuntut lebih banyak pekerjaan, gaji lebih tinggi dan ketelusan politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut G-8, pelan yang diusul untuk  lima negara Arab yang dibantu itu, termasuk usaha mengukuhkan  pembangunan ekonomi melalui bantuan dua hala dan pembangunan sektor  swasta.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kenyataan itu berkata negara G-8  juga bersedia menawarkan bantuan dalam usaha negara-negara itu  melaksanakan pembaharuan institusi dan perlembagaan. &#8212; AP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Negara perusahaan utama di dunia berikrar akan mengambil tindakan konkrit dan segera bagi membantu negara-negara Arab yang sedang melalui gelombang pembaharuan. Para menteri luar negara Kumpulan Lapan (G-8) juga berkata mereka akan menyokong negara-negara Timur Tengah lain yang ingin melaksanakan peralihan kepada sistem demokrasi. Sejauh ini, sekitar AS$80 bilion ($101 bilion) bantuan telah diikrarkan untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7066"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7066"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7066\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}