{"id":7022,"date":"2011-09-18T07:27:26","date_gmt":"2011-09-17T23:27:26","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/konvokesyen-kudqi-ke-9-2011-2\/"},"modified":"2011-09-18T07:27:26","modified_gmt":"2011-09-17T23:27:26","slug":"konvokesyen-kudqi-ke-9-2011-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/konvokesyen-kudqi-ke-9-2011-2\/","title":{"rendered":"Konvokesyen KUDQI Ke-9, 2011"},"content":{"rendered":"<h3 class=\"post-title entry-title\"><\/h3>\n<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-4562780032814693906\" class=\"post-body entry-content\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: left;\"><a href=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-idxzZ2YH-L0\/TnWdImXQW0I\/AAAAAAAAACM\/ihmszCzG6F0\/s1600\/320768_277773095583836_100000534424321_1079197_698841711_n.jpg\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-idxzZ2YH-L0\/TnWdImXQW0I\/AAAAAAAAACM\/ihmszCzG6F0\/s320\/320768_277773095583836_100000534424321_1079197_698841711_n.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"240\" \/><\/a>Menghadiri  majlis konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah  (KUDQI)  kali ke 9 di Kubang Lembik hari ini (17 September)\u00a0 penuh dengan  perasaan yang  bercampur-baur. Mewakili Badan Perhubungan Pas Negeri  Terengganu (BPPNT)  dalam majlis tersebut, saya merasa kagum dengan  kejayaan 55 orang  lepasan diploma pengajian agama dalam pelbagai  bidang. Kebanyakan  daripada mereka akan menyambung pengajian di  peringkat ijazah samada  dalam atau luar negeri. Tetapi lebih  mengkagumkan sudah tentu usaha  gigih dan pengorbanan pihak pentadbiran  dan para pensyarah dan semua  pihak terlibat yang terus membina dan  \u00a0mempertahankan institusi  pengajian tinggi (IPT) ini walaupun tanpa  bantuan pihak yang berwajib.<\/div>\n<p> Tempat yang melahirkan ulamak dan cendikiawan Islam ini sepatutnya   dibantu secara resmi oleh pihak berkuasa, tetapi yang sedihnya, apa yang   berlaku adalah sebaliknya. Mereka tidak putus-putus mengadakan sekatan   demi sekatan untuk melemahkan IPT ini sehingga dalam soal kemudahan   menyambung pengajian ke luar negeri yang sebelum ini mendapat   pengiktirafan dan kerjasama seperti di Universiti al-Azahar. Pelajar   pula terpaksa berkorban dengan ketidakselesaan kemudahan prasarana yang   sewajarnya<\/p>\n<p> Masyarakat yang sedar peri pentingnya pendidikan agama dalam membina   generasi dan negara harus melihat isu ini yang banyak berlaku di   pusat-pusat pengajian yang ditaja oleh PAS sebagai isu yang serious dan   perlu ditangani segera. Kita menghadapi kerosakan masyarakat yang perlu   bimbingan tangan ulamak yang berwibawa yang boleh dilahirkan dalan IPT   seumpama ini. Kita perlukan lebih ramai ulamak untuk memberikan cahaya   ilmu kepada masyarakat supaya mereka mengenal batas-batas hak dan  batil  dan seterusnya memberi peringatan kepada masyarakat.<\/p>\n<p> Apa lagi yang kita tunggu selain dari membuat perubahan kepada   kepimpinan yang memerintah supaya diserahkan kepada orang yang cintakan   ilmu, kebenaran dan melaksanakan amanah memerintah dengan penuh   keadilan. Ulamak adalah pewaris para Nabi yang perlu didekati untuk   mendapat &#8216;cahaya&#8217; bukan dimusuhi kerana takut hilang kuasa atau tidak   bebas melakukan apa sahaja.<\/p>\n<p> Sudah tentu medan terbaik ialah memberi kefahaman kepada masyarakat   untuk membuat perubahan dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13 akan datang.   UMNO\/BN sudah hilang pedoman dan tidak boleh diharapkan lagi untuk   memperjuangkan pendidikan Islam seperti menghapuskan tulisan jawi dan   dasar pendidikan yang rapuh. Mereka mengambil Islam secara serpihan   apabila ada keuntungan politik kepada mereka. Sebab itu kesannya antara   lain masalah gejala sosial dan peningkatan kadar jenayah sudah sampai  ke  satu tahap yang amat membimbangkan. Selamatkan Malaysia, masa untuk   berubah, PAS ganti UMNO (PGU)! <\/p>\n<p>***Tulisan Haji Yahya Ali, Setiausha Perhubungan PAS Negeri Terengganu &gt;&gt;&gt; <a href=\"http:\/\/yahayali.blogspot.com\/\">baca dari blog Haji Yahaya<\/a><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) kali ke 9 di Kubang Lembik hari ini (17 September)\u00a0 penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Mewakili Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) dalam majlis tersebut, saya merasa kagum dengan kejayaan 55 orang lepasan diploma pengajian agama dalam pelbagai bidang. Kebanyakan daripada mereka akan menyambung pengajian di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7022"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7022"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7022\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}