{"id":6998,"date":"2011-09-15T13:31:33","date_gmt":"2011-09-15T05:31:33","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/kerajaan-pakatan-rakyat-pulau-pinang-telah-menghapuskan-politik-kuasa-naungan-kronisme-dan-rasuah-2\/"},"modified":"2011-09-15T13:31:33","modified_gmt":"2011-09-15T05:31:33","slug":"kerajaan-pakatan-rakyat-pulau-pinang-telah-menghapuskan-politik-kuasa-naungan-kronisme-dan-rasuah-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-pakatan-rakyat-pulau-pinang-telah-menghapuskan-politik-kuasa-naungan-kronisme-dan-rasuah-2\/","title":{"rendered":"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menghapuskan politik kuasa naungan, kronisme dan rasuah."},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/dapmalaysia.org\/newenglish\/images\/hari_malaysia-03.jpg\" border=\"0\" width=\"120\" height=\"120\" style=\"float: right;\" \/>Enam bulan yang akan datang akan menentukan sama ada eksperimen  politik dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang telah  mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau  melesap di Pulau Pinang. Selama tiga setengah tahun yang lepas, negeri  Pulau Pinang bukan sahaja telah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat,  malah juga telah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan  keyakinan.<\/p>\n<p>Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan  kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang  mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan  untuk masa depan yang lebih cerah. Sekarang juga sudah terhasil satu  pengiktirafan bahawa ganjaran akan diperoleh berdasarkan daya upaya,  kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan. Sesungguhnya tiada  pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, perubahan yang paling besar dalam pemikiran  telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan  Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar  ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang  urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang  diperlukan hanya peraturan dan undang-undang.<\/p>\n<p>Dengan kerajaan yang mementingkan kepastian dan kejelasan dalam  halatuju pentadbiran, kita dapat menikmati kemakmuran bersama-sama.  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk memulih kembali  kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri. Untuk  mengatasi ketidakpercayaan awam terhadap institusi kerajaan negeri,  Pakatan Rakyat telah menghapuskan politik kuasa naungan, kronisme dan  rasuah.<\/p>\n<p>Marilah kita mencari inspirasi dengan menekankan prestasi dan bukan  keistimewaan, kepakaran dan bukan hak, serta integriti dan bukan  rasuah. Marilah kita bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai  aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan  kebajikan sosial untuk rakan-rakan kita yang lebih lemah dan miskin.<\/p>\n<p>Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita  memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita  mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme.  Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat  dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan  dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi.<\/p>\n<p>Untuk menandakan Hari Malaysia di Pulau Pinang, Perbadanan Bukit  Bendera akan menawarkan perjalanan keretapi percuma untuk sehari pada 16  September 2011 untuk semua warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p><span style=\"font-family: Times New Roman;\"><em>*** Perutusan Hari Malaysia oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Khamis, 15<sup>hb<\/sup> September 2011<\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Enam bulan yang akan datang akan menentukan sama ada eksperimen politik dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang telah mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau melesap di Pulau Pinang. Selama tiga setengah tahun yang lepas, negeri Pulau Pinang bukan sahaja telah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah juga telah menampakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6998"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6998"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6998\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}