{"id":6954,"date":"2011-09-11T16:06:40","date_gmt":"2011-09-11T08:06:40","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/sekat-pelajar-berpolitik-umno-bn-bimbang-kebangkitan-pelajar-2\/"},"modified":"2011-09-11T16:06:40","modified_gmt":"2011-09-11T08:06:40","slug":"sekat-pelajar-berpolitik-umno-bn-bimbang-kebangkitan-pelajar-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sekat-pelajar-berpolitik-umno-bn-bimbang-kebangkitan-pelajar-2\/","title":{"rendered":"Sekat Pelajar berpolitik; Umno-BN bimbang kebangkitan"},"content":{"rendered":"<div id=\"post-body-8520088679547196488\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/1.bp.blogspot.com\/-FJ4Ns19fk_w\/TmzcPGqxDpI\/AAAAAAAAG4k\/xYFqEsBLWes\/s1600\/10092011+017.jpg\" style=\"clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-FJ4Ns19fk_w\/TmzcPGqxDpI\/AAAAAAAAG4k\/xYFqEsBLWes\/s320\/10092011+017.jpg\" border=\"0\" width=\"250\" height=\"180\" \/><\/a><\/div>\n<p><strong>MARANG<\/strong> &#8211; Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato&#8217; Seri Ahmad Said yang  memberi amaran kepada pelajar supaya jangan melibatkan diri dengan  politik disifatkan berunsur &#8216;ugutan&#8217; dan bersifat jahat.<\/p>\n<p> Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya  seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya.<\/p>\n<p> &#8220;Kenyataan Dato&#8217; Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya  luiar negara agar jangan terlibat dengan politik adalah berunsur ugutan  dan bersifat jahat,<br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> &#8220;sepatutnya (sebagai) seorang pemimpin serbuah negeri (beliau) tidak  berhak mengugut rakyatnya dan menakut-nakutkan para pelajar,&#8221;ujarnya  ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bukit Payong, disini  Sabtu 10 September.<\/p>\n<p> Menurutnya, tindakan Ahmad Said itu akan menyempitkan perkembangan pemikiran para pelajar,<\/p>\n<p> Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Payong meminta rakyat  menilai sikap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang sering mengugut  dan menghalang kebebasan rakyat.<\/p>\n<p> Beliau berkata, sebenarnya, kelab-kelab Umno luar negara menimbulkan  masalah bdan menimbulkan perpecahan dikalangan pelajar diluar negara.<\/p>\n<p> &#8220;yang menimbulkan permasalahan dan perpecahan di kalangan pelajar di luar negara adalah kelab-kelab Umno,<\/p>\n<p> &#8220;(mereka) yang menimbulkan gejala sosial (dan) bahkan pemimpin Umno yang terus memperkembangkan kelab-kelab Umno,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p> Oleh itu, menurut beliau, sekiranya mahu dilaksanakan arahan Ahmad Said  itu, kelab Umno yang bersifat politik mestilah dihapuskan dan para  pelajar yang terlibat dengan kelab tersebut mestui diambil tindakan  terlebih dahulu.<\/p>\n<p> Beliau menegaskan terdapat perbezaan diantara &#8216;pelajar berpolitik&#8217;  dengan pelajar yang terlibat secara langsung dengan parti-parti politik.<\/p>\n<p> Katanya, usaha mana-mana pihak, menyekat para pelajar berpolitik adalah sebenarnya menyekat minda dan intelektual para pelajar.<\/p>\n<p> &#8220;Usaha untuk menyekat pelajar berpolitik adalah usaha menutup minda  intelektual para pelajar, kerana mana-mana tokoh pemimpin besar dalam  negara ini (bakat dan kepimpinannya) sebenranya berkembang hebat,<\/p>\n<p> &#8220;dengan sebab mereka sudah dibentuk dengan pemikiran berpolitik dimasa mereka belajar,&#8221;katanya.<\/p>\n<p> Menurutnya, latihan berpolitik di pusat-pusat pengajian tersebut telah  memberi kemahiran pentadbiran dan pengurusan kepada para pelajar.<\/p>\n<p> &#8220;mereka memiliki kemahiran untuk mentadbir, memiliki kemahiran untuk  mengurus, memiliki kemahitran untuk memimpin, memiliki kemahiran untuk  menyelesaikan permasalahan hasil daripada pengalaman-pengalaman mereka  dalam persatuan-persatuan pelajar yang mereka hadiri (sertai),&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p> Justeru, beliau berkata, sikap kerajaan Umno-BN cuba menyekat para  pelajar berpolitik sebenarnya adalah kebimbangan mereka terhadap  kebangkitan anak-anak muda dan para pelajar.<\/p>\n<p> Menurutnya, berlakunya kebangkitan diseluruh duniai adalah dicetuskan  oleh para pelajar yang didedahkan dengan isu-isu politik tentang  penyelwengan-penyelewengan kerajaan melalui media baru masakini.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=VhBGJBlrDN4<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=VKbbF4ZgIe4<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato&#8217; Seri Ahmad Said yang memberi amaran kepada pelajar supaya jangan melibatkan diri dengan politik disifatkan berunsur &#8216;ugutan&#8217; dan bersifat jahat. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya. &#8220;Kenyataan Dato&#8217; Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya luiar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6954"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6954"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6954\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6954"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6954"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6954"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}