{"id":6945,"date":"2011-09-10T20:34:07","date_gmt":"2011-09-10T12:34:07","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/tukar-hari-kemerdekaan-kepada-hari-tidak-dilindungi\/"},"modified":"2011-09-10T20:34:07","modified_gmt":"2011-09-10T12:34:07","slug":"tukar-hari-kemerdekaan-kepada-hari-tidak-dilindungi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tukar-hari-kemerdekaan-kepada-hari-tidak-dilindungi\/","title":{"rendered":"Tukar hari kemerdekaan kepada &#8216;hari tidak dilindungi&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/_jrpsj7ZjYJ8\/Sf5T086FJmI\/AAAAAAAAAU0\/uLok15fR7d8\/s400\/DSC00537.JPG\" border=\"0\" width=\"300\" height=\"400\" style=\"float: right;\" \/>\u201cKalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?\u201d tanya Ketua  Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan  sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk  Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah  Melayu \u2018tidak pernah terjajah\u2019, sebaliknya, hanya dinaungi atau  dilindungi oleh British.<\/p>\n<p> \u201cSekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh  merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah  terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?\u201d sindir beliau lagi.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Lakaran wajah Datuk Maharaja Lela yang membunuh penjajah Inggeris J.W.W.Birch. Apa pula status pembunuhan tersebut sekiranya Zainal Kling kata Malaysia tidak pernah di jajah]<\/em><\/p>\n<p> Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata \u201cfakta sejarah  menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).\u201d<\/p>\n<p> \u201cIni mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat  menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak  Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat  dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya  dilindungi atau dinaungi.<\/p>\n<p> &#8220;Dinaungi tidak sama dengan kolonial&#8230; Hanya tiga negeri sahaja yang  merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.<br \/> &#8220;(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi&#8230; Sejak  mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan  perspektif sejarah (itu) perlu diubah.<\/p>\n<p> &#8220;Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan  yang amat besar,&#8221; Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.<br \/> Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis \u2018adakah  tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke  2?\u2019<\/p>\n<p> \u201cRakyat semakin \u2018fening\u2019 di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini  menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta  mengelirukan,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p> Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.<\/p>\n<p> \u201cProf Zainal Kling kata bahawa &#8216;kita tidak pernah dijajah, siapa kata  kita pernah dijajah itu kesalahan besar&#8217;..ertinya selama ini ramai yang  tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari  penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..\u201d tulis  beliau secara sinis di laman Facebooknya.<\/p>\n<p> \u201cKemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari  merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti  diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah  lagi..macam-macam ada..\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p> Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.<\/p>\n<p> \u201cSaya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan  oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu  mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.<\/p>\n<p> \u201cSiapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan?  \u201cBukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan  dijajah?<\/p>\n<p> \u201cBukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?<\/p>\n<p> Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak  kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan  pentafsiran kita. Bukankah selama &#8216;melindungi&#8217; itu penjajah membunuh  ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?<\/p>\n<p> \u201cAtau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan  membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka  atau dalam semangat sehari dua ini komunis?\u201d soal beliau lagi.<\/p>\n<p> Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula  dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?<\/p>\n<p> \u201cKenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan  kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi?  Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan  bantahan apa dilakukan kerajaan itu?\u201d soal beliau dengan sinis. <\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/ariffinderaman.blogspot.com\/\">***tulisan Ariffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cKalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?\u201d tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu \u2018tidak pernah terjajah\u2019, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. \u201cSekiranya benar begitu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6945"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6945"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6945\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6945"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6945"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6945"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}