{"id":6941,"date":"2011-09-10T13:37:26","date_gmt":"2011-09-10T05:37:26","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/isu-mat-indera-pas-yakin-sokongan-orang-melayu-tidak-terjejas\/"},"modified":"2011-09-10T13:37:26","modified_gmt":"2011-09-10T05:37:26","slug":"isu-mat-indera-pas-yakin-sokongan-orang-melayu-tidak-terjejas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-mat-indera-pas-yakin-sokongan-orang-melayu-tidak-terjejas\/","title":{"rendered":"Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-ALdHWvjkg9c\/TmtuWhWH6tI\/AAAAAAAAG3k\/IjaJi5uNaLo\/konvennegkbjikn.jpg\" border=\"0\" width=\"448\" height=\"279\" style=\"float: right;\" \/>PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera)  yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan  menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.<\/p>\n<p>Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional  (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka  sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan  pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan  demokrasi.<\/p>\n<p>&#8220;Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu  dengan permainan seperti ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas  merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di  Taman Melewar, Gombak pada Sabtu (Gambar)<\/p>\n<p>Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan  Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau  Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang  dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota  komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.<\/p>\n<p>Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan  keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang  memperjuangkan kemerdekaan negara.<\/p>\n<p>Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah  dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang  menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu  sebagai ketinggalan zaman.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang.  Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: \u201cYa.\u201d<\/p>\n<p>Sementara itu, Tuan Ibrahim sebagaimana di laporkan akhbar online Mstar pula menyifatkan Umno sebagai \u2018hero  Hindustan\u2019 yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era  kemerdekaan.<\/p>\n<p>&#8220;Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>*****Dengar<strong> <a href=\"http:\/\/buletinonline.mypodcast.com\/2011\/09\/Presiden_PAS_ceramah_sempena_Konvensyen_Negara_Berkebajikan_KUIZM_10_Sept_2011-358844.html\">ceramah Presiden PAS sempena Konvensyen Negara Berkebajikan di Buletinonline Radio<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri. &#8220;Saya rasa mereka sengaja buat isu ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6941"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6941"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6941\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}