{"id":6925,"date":"2011-09-09T16:00:44","date_gmt":"2011-09-09T08:00:44","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/09\/16-september-solat-hajat-dan-tahlil-arwah-untuk-semua-pejuang-kemerdekaan\/"},"modified":"2011-09-09T16:00:44","modified_gmt":"2011-09-09T08:00:44","slug":"16-september-solat-hajat-dan-tahlil-arwah-untuk-semua-pejuang-kemerdekaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/16-september-solat-hajat-dan-tahlil-arwah-untuk-semua-pejuang-kemerdekaan\/","title":{"rendered":"Solat hajat dan tahlil arwah untuk semua pejuang kemerdekaan pada 16 September"},"content":{"rendered":"<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku \u2018Pengukir Nama Johor\u2019 terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk \u201cPeristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem\u201d yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span><br \/>6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil \u2018total confrontation approach\u2019 menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.<\/span><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span> <\/span><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span><br \/>7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. <\/span>Walaubagaimanapun,  PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas  terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam  mendapatkan kemerdekaan negara.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span> <\/span><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span><br \/>8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu \u2018peaceful cooperation\u2019 dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. <\/span><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Ini pendirian PAS dalam menafsir  sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno.  Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula  sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat  sesuatu isu.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Kita harus \u201cbersetuju untuk tidak bersetuju\u201d dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip \u201cbersetuju untuk tidak bersetuju\u201d (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Firman Allah berkata:<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><strong>&#8220;Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.\u201d<\/strong><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><strong> <\/strong><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang<span> <\/span>buruk kepada yang telah meninggal dunia.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><span> <\/span><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"> Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah<span> <\/span>menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Belah satu lagi pula membuat pelbagai<span> <\/span>tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada<span> <\/span>beliau?<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.<\/div>\n<div id=\"yui_3_2_0_1_131560550921890\" class=\"yiv256188458MsoNormal\">PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\"><strong><br \/>Ustaz Dato&#8217; Tuan Ibrahim Tuan Man<\/strong><\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">Ketua Penerangan PAS Pusat<\/div>\n<div class=\"yiv256188458MsoNormal\">9 September 2011<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis. 2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri. 3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6925"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6925"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6925\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6925"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6925"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6925"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}