{"id":687,"date":"2009-08-14T06:36:03","date_gmt":"2009-08-13T22:36:03","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/08\/rm330-bilion-hilang-kerana-rasuah\/"},"modified":"2009-08-14T06:36:03","modified_gmt":"2009-08-13T22:36:03","slug":"rm330-bilion-hilang-kerana-rasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rm330-bilion-hilang-kerana-rasuah\/","title":{"rendered":"RM330 bilion hilang kerana rasuah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\">Malah, hujah yang mendapat ruang dalam media &#8220;arus perdana&#8221;, misalnya dari menteri kabinet, mahupun penulis <em>Utusan Malaysia<\/em>, disanggah dengan analisa yang berlandaskan fakta, sama ada statistik mahupun peristiwa sejarah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dengan tulisan beliau di <em>merdekareview<\/em>, menjawab soalan &#8220;Mengapa berdemonstrasi&#8221;, yang diakhiri dengan kesimpulan, &#8220;persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara aman?&#8221; \u3010<a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=10248\">Mengapa berdemonstrasi<\/a>\u3011<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Penindasan yang menakutkan pelabur asing<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa perhimpunan Mansuhkan ISA telah mengakibatkan kerugian sebanyak 100 hingga 200 juta ringgit Malaysia, tanpa menunjukkan bagaimana perkiraan itu dicapai.\u00a0 Hujah sedemikian cuba memperkukuhkan persepsi bahawa &#8220;demonstrasi menakutkan pelabur&#8221;.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Penganalisa politik, Ooi Heng memberi statistik keadaan ekonomi Malaysia sebelum dan selepas krisis ekonomi tahun 1997.\u00a0 Sebelum kemelut ekonomi pada tahun 1997, purata Pengaliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (<em>Inward FDI<\/em>) bernilai RM16.60337 billion, iaitu 18.3% daripada Pembentukan Modal Tetap Kasar (<em>Gross Fixed Capital<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/n080222_11.png\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Namun, pada tahun 2005, pengaliran pelaburan langsung asing ini memperlihatkan <em>trend<\/em> dua hala.\u00a0 Pengaliran keluar (<em>Outward FDI<\/em>) mencatat RM10.43187 billion (iaitu 10.5% daripada <em>Gross Fixed Capital<\/em>), sementara pengaliran masuk (<em>Inward FDI<\/em>) mencatat RM13.92514 biilion (iaitu 14.0% daripada <em>Gross Fixed Capital<\/em>).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Pengaliran dua hala selepas kemelut ekonomi 1997, memperlihatkan ketidakstabilan.\u00a0 Namun demikian, perangkaan tersebut memberi satu isyarat yang jelas, iaitu pengaliran masuk sedang berkurang atau tidak stabil, tetapi pengaliran keluar semakin bertambah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Akhirnya, pada tahun 2007, angka pengaliran keluar (RM38 billion) telah melebihi angka pengaliran masuk (RM29 billion).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Ooi Heng menganalisa, antara daya tarik yang dimiliki Malaysia pada abab ke-20, adalah kos buruh yang rendah, penggunaan bahasa Inggeris dan <em>rule of law<\/em>.\u00a0 Namun, selepas krisis ekonomi 1997, keadaan ekonomi mula berubah, malah arah pengaliran pelabur asing semakin sukar diramalkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Kelebihan yang ada pada Malaysia kini semakin berkurangan.\u00a0 Malaysia gagal bersaing dengan &#8220;kilang dunia&#8221;, negara China jika dibandingkan kos buruhnya.\u00a0 Malah, kelebihan penggunaan Inggeris, juga terkubur akibat dasar pendidikan &#8220;pecah dan perintah&#8221;, satu proses yang dipolitikkan.\u00a0 Tinggallah &#8220;<em>rule of law<\/em>&#8221; yang masih dalam &#8220;bilik kecemasan&#8221;, yang mampu mengekalkan keyakinan pelabur asing.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Namun demikian, negara yang menghormati undang-undang (<em>rule of law<\/em>), yang amat diperlukan pelabur asing ini, telah dicerobohi dan dimusnahkan.\u00a0 Kenyataan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah akta <em>draconian<\/em> tidak dapat diselesaikan hanya dengan cadangan menggantikan tahanan 60 hari kepada 30 hari pada peringkat permulaan.\u00a0 Tahanan tanpa perbicaraan, senjata menyerang musuh politik, tempoh tahanan yang boleh dilanjutkan dua tahun selepas 60 hari, dua tahun demi dua tahun&#8230;semua ini bercanggah dengan semangat <em>rule of law<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Hilang RM330 billion kerana rasuah<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Lebih teruk lagi, Ooi Heng memetik statistik anggaran sebuah badan pelabur Amerika Syarikat, Morgan Stanley, mendakwa Malaysia kehilangan RM330 billion kerana rasuah dalam jangka masa 20 tahun yang lepas.\u00a0 Malah, Pemudah yang ditubuhkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Badawi, pernah menganggarkan kehilangan sebanyak RM10 billion kerana rasuah dalam tempoh setahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Justeru itu, Ooi Heng mengingatkan menteri supaya tanya pelabur, sama ada menyokong <em>rule of law<\/em> atau menyokong korupsi, sebelum mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Pemuda MCA dibidas<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang mengeluarkan kenyataan bahawa &#8220;demonstrasi menakutkan pelabur asing&#8221;, telah dikritik sebagai &#8220;cacat akal&#8221;.\u00a0 Josh Hong, kolumnis <em>merdekareview<\/em> mengambil Hong Kong sebagai contoh, membuktikan bahawa wilayah yang diiktiraf daya saingnya itu, mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.merdekareview.com\/image_files\/news\/n071125_4.png\" border=\"0\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" align=\"right\" \/>Malah, demonstrasi anti-globalisasi secara besar-besaran, yang diadakan pada Disember 2005, tidak memperlihatkan penurunan dalam pelaburan asing.\u00a0 Josh Hong berkata, Hong Kong telah memperkembangkan budaya demonstrasi yang unggul, tidak mencetus kesulitan dan tidak meninggalkan sampah-sarap, dengan syarat polis menghormati kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Josh Hong juga berkongsi pengalamannya ketika perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007.\u00a0 Kebetulan beliau menghadiri satu seminar yang diadakan di hotel yang terletak di Jalan Ampang.\u00a0 Menurut Josh Hong, peserta seminar dari Indonesia berkata, &#8220;perhimpunan yang sebesar ini, berlaku sekurang-kurangnya dua kali sebulan di Jakarta.\u00a0 Tapi polis kami hanya menjaga peraturan, tidak akan memukul sesiapa.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Peserta dari Filipina berkata, &#8220;Ini hanya berlaku di Manila 20 tahun yang lepas.\u00a0 Saya sedang mengimbas sejarah.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Peserta dari Hong Kong berkata, &#8220;Peliknya, mengapa tidak dibiarkan mereka berhimpun sahaja?\u00a0 Selamat datang, selamat pulang.\u00a0 Begitulah keadaannya di Hong Kong.&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Dato&#8217; Onn pemimpin demonstrasi<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Hujah bahawa &#8220;demonstrasi bukan budaya kami&#8221; telah disanggah dengan fakta sejarah.\u00a0 CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Tang Ah Chai yang sebelum ini ditemuramah <em>merdekareview<\/em>, dalam kolumnya di <em>therocknews<\/em>, mengingatkan bahawa datuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, iaitu Dato&#8217; Onn Jaafar adalah pemimpin demonstrasi ketika membantah cadangan Kesatuan Malaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Jelas, sesetengah pihak kini cuba membaca perhimpunan Mansuhkan ISA ini dari perspektif &#8220;perkauman&#8221;.\u00a0 Semakin banyak hujah berbau perkauman dijangka menyarat dada media cetak, apa pula sebaliknya di media internet?\u00a0 &#8211; MerdekaReview<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\">Walaupun kebanyakan pengamal media cetak bahasa Cina menulis analisa di &#8220;<a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=10250\">atas pagar<\/a>&#8220;, ketika mengulas perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, namun wacana di media internet memberi gambaran yang amat jelas&#8211;mengkritik kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/687"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=687"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/687\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=687"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=687"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=687"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}