{"id":6843,"date":"2011-08-27T19:23:42","date_gmt":"2011-08-27T11:23:42","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/jual-esso-kepada-firma-filipina-bukti-bn-terus-gagal\/"},"modified":"2011-08-27T19:23:42","modified_gmt":"2011-08-27T11:23:42","slug":"jual-esso-kepada-firma-filipina-bukti-bn-terus-gagal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/jual-esso-kepada-firma-filipina-bukti-bn-terus-gagal\/","title":{"rendered":"Jual Esso kepada firma Filipina bukti BN terus gagal"},"content":{"rendered":"<p>PAS memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan  syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation \u2014 sebuah syarikat  Filipina \u2014 dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional  (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/mugshots\/abdul-hadi-awang2-dec2.jpg\" border=\"0\" width=\"150\" height=\"221\" style=\"float: left;\" \/>Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang <strong>(gambar)<\/strong> berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara.<\/p>\n<p>Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil  International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan  ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia  ialah anak syarikat ExxonMobil International.<\/p>\n<p>San Miguel berkata syarikat itu juga merancang membuat penawaran  pengambilalihan mandatori untuk memperoleh baki saham yang tidak  dimiliki oleh syarikat selepas cadangan pengambilalihan itu.<\/p>\n<p>Serentak dengan tawaran pengambilalihan Esso Malaysia, San Miguel  juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan  ExxonMobil International untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia dan  ExxonMobil Borneo pada paras AS$403.979 (RM1.2 billion)\u00a0 juta.<\/p>\n<p>Cadangan pengambilan alihan itu akan menyediakan San Miguel dengan  peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran  minyak di luar Filipina.<\/p>\n<p>Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPerlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan  minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara.<\/p>\n<p>\u201cPihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan  wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah  menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana  yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),\u201d kata Hadi lagi.<\/p>\n<p>Hadi menambah, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat  pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat  minyak milik negara China atas kepentingan strategik.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui  Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan  bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang  munasabah.<\/p>\n<p>\u201cSekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya  untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut  menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kata Hadi, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam  pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan  iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor  ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas  Dagangan.<\/p>\n<p>\u201cSektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana  hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang  rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil,  Shell dan Caltex.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai  pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih  Esso sekali gus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50  peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah PAS percaya bahawa masih belum terlambat bagi  Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambil  alih Esso.<\/p>\n<p>\u201cPAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula penstrukturan  subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot  sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion  ringgit.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik  supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga  munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak  terhakis,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Malah kata beliau, PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik  dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara,  perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan  Esso kepada kepentingan luar._MlaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation \u2014 sebuah syarikat Filipina \u2014 dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6843"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6843"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6843\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6843"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6843"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6843"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}