{"id":6837,"date":"2011-08-27T14:28:05","date_gmt":"2011-08-27T06:28:05","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/lynas-suatu-sikap-diantara-pandangan-pakar-dan-rakyat\/"},"modified":"2011-08-27T14:28:05","modified_gmt":"2011-08-27T06:28:05","slug":"lynas-suatu-sikap-diantara-pandangan-pakar-dan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lynas-suatu-sikap-diantara-pandangan-pakar-dan-rakyat\/","title":{"rendered":"Lynas :  Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat."},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-Hwg56nKwg2c\/Tg01OQDzzWI\/AAAAAAAAA50\/Fg85mVskj8Y\/s1600\/lynas-plant_thumb-442x332.jpg\" border=\"0\" width=\"287\" height=\"215\" style=\"float: right;\" \/>Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,  mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia  mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu  sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara  memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya  melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar,  pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang &#8211; undang dan lain &#8211; lain  pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas  antarabangsa.<\/p>\n<p> 1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr  Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain &#8211; lainnya. Malah mereka adalah  sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang  tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama &#8211; lamanya menghargai  dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf,  penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS  setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok  lebai, parti kain pelikat dan sebagainya.<\/p>\n<p> 2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya  menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan  hanya sebuah parti yang \u00a0hitung tindaknya berasaskan millage politik  semata &#8211; mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan,  sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi  pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu  Islam.<\/p>\n<p> 3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya  perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan  PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan  lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau  musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan  seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran  pemikiran].<\/p>\n<p> 4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya  laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya  memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan  sekurang &#8211; kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan  beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan  perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba  rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu,  tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab]<\/p>\n<p> 5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj  Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan  akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun  Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya  seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan  disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu.<\/p>\n<p> 6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua  pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat  terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan  diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu.<\/p>\n<p> 7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila &#8211; bila masa dan pada  sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna  dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku  kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan  berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari \u00a0manhaj perjuangan  Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah]  kalau kita sememangnya tidak silap.<\/p>\n<p> 8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr  Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan  pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya.  Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu  telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat  seluruh negara amnya, \u00a0menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang.<\/p>\n<p> [ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan \u00a0secara rasmi  oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli  Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato&#8217;  Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas  &#8220;Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?&#8221; \u00a0yang telah diterbitkan oleh  Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza  pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3  baru &#8211; baru ini ]<\/p>\n<p> 9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan  bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki.  Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS.  Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat,  berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat  tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau  selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau  miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan  beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik  mungkin.<\/p>\n<p> 10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang  perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas  butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih  nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas  adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak.<\/p>\n<p> 11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan.  Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai  menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare  Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti  serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini.<\/p>\n<p> 12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah  bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira  selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat  nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing &#8211; masing.  Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai  medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS  Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan  perbahasan ilmiah ini.<\/p>\n<p> 13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan  perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas  meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas  mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi  menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal.<\/p>\n<p> 14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,  mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia  mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu  sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara  memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya  melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar,  pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang &#8211; undang dan lain &#8211; lain  pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas  antarabangsa.<\/p>\n<p> 15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya  akan berbincang dengan Jabatan Undang &#8211; Undang dan Hak Asasi Manusia  [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan  mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini  ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar  negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri. \u00a0Apakah kilang  ini selamat atau bahaya !<\/p>\n<p> 16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak  Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat  penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil  keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup  segera.<\/p>\n<p> 17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum  menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari  pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka  adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua  belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran  30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini.<\/p>\n<p> <strong>Nasrudin bin Hassan<br \/> Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<br \/><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6837"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6837"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6837\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}