{"id":6826,"date":"2011-08-25T15:34:45","date_gmt":"2011-08-25T07:34:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/64-serangan-udara-nato-gaddafi-larikan-dir-2\/"},"modified":"2011-08-25T15:34:45","modified_gmt":"2011-08-25T07:34:45","slug":"64-serangan-udara-nato-gaddafi-larikan-dir-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/64-serangan-udara-nato-gaddafi-larikan-dir-2\/","title":{"rendered":"64 serangan udara NATO, Gaddafi larikan diri"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-08-24\/BH_IMAGES_SHLIBYA_K.jpg\" border=\"0\" width=\"375\" height=\"259\" style=\"float: left;\" \/>Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, semalam  berikrar akan berjuang berhabis-habisan selepas beliau terpaksa  meninggalkan ibu negara Tripoli apabila ia ditawan oleh pemberontak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Gaddafi berkata, pengunduran  dari kubu kuatnya di ibu pejabat pemerintahnya di Bab Al-Aziziya,  merupakan satu tindakan taktikal selepas ia diserang oleh 64 serangan  udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>[Gambar &#8211; Rakyat Libya yang menyerbu masuk kawasan ibu pejabat Encik Gaddafi, Bab Al-Aziziya, di Tripoli, bersorak kegembiraan]<\/p>\n<p>Ketika bercakap menerusi stesen  radio tempatan Tripoli, yang dilaporkan oleh saluran televisyen,  Al-Orouba, Encik Gaddafi bertekad mengisytiharkan kemenangan menentang  Nato.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami menentang (musuh kami) dengan kekuatan kami&#8230; sama ada kami menang atau mati syahid. Insya-Allah,&#8217; kata Encik Gaddafi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jurucakap pemerintah Libya, Encik  Mussa Ibrahim, memberitahu Al-Orouba bahawa rejim pemimpin Libya itu  boleh bertahan beberapa bulan lagi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut beliau, sekitar 6,500  sukarelawan telah memasuki kawasan Tripoli sepanjang &#8216;enam jam lalu&#8217; dan  diletakkan di seluruh ibu kota itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kita akan mengubah Libya menjadi  satu gunung berapi yang memuntahkan lahar dengan api di bawah kaki  penceroboh dan ejen mereka yang khianat,&#8217; kata Encik Ibrahim.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam pada itu, kumpulan pemberontak  berkata seramai 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,000 lagi  cedera dalam pertempuran menguasai Tripoli, demikian menurut saluran  televisyen, Al Arabiya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemberontak menyerang bangunan Bab  Al-Aziziya dalam sebahagian daripada usaha mereka menamatkan kepimpinan  42 tahun Encik Gaddafi, kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tripoli menjadi serangan pemberontak  sejak Ahad lalu, sebahagian daripada kebangkitan rakyat negara itu yang  bermula awal tahun ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, Nicaragua akan  menawarkan suaka politik kepada Encik Gaddafi walaupun belum ada  permintaan daripada pemimpin Libya itu setakat ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Media tempatan membuat spekulasi  bahawa Encik Gaddadi mungkin hidup dalam buangan ke Nicaragua kerana  Presiden Nicaragua, Encik Daniel Ortega, selama ini menjadi penyokong  kuat pemimpin Libya itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Baru-baru ini, beliau menyifatkan Encik Gaddafi sebagai &#8216;abang&#8217; dan &#8216;sahabat&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam pada itu, wartawan asing yang  membuat liputan konflik Libya kini terperangkap dalam hotel penginapan  mereka buat tiga hari berturut-turut semalam apabila kumpulan bersenjata  yang setia dengan rejim itu terus menjadikan mereka tahanan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bekalan elektrik dan air juga  dipotong dan tiada kakitangan hotel yang bertugas sehingga memaksa lebih  30 wartawan terpaksa berkumpul di tingkat pertama Hotel Rixos.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Disebabkan ada peluru yang tersasar  ke hotel berkenaan, wartawan terpaksa menggantung kain rentang di luar  hotel dengan tertera perkataan &#8216;Akhbar, televisyen, jangan tembak!&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dari masa ke masa, mereka dibekalkan  makanan dan diperiksa seolah-olah wartawan terbabit kini dijadikan  tebusan. &#8212; AFP, AP, Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, semalam berikrar akan berjuang berhabis-habisan selepas beliau terpaksa meninggalkan ibu negara Tripoli apabila ia ditawan oleh pemberontak. Encik Gaddafi berkata, pengunduran dari kubu kuatnya di ibu pejabat pemerintahnya di Bab Al-Aziziya, merupakan satu tindakan taktikal selepas ia diserang oleh 64 serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). [Gambar &#8211; Rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6826"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6826"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6826\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}