{"id":67997,"date":"2018-05-17T16:26:22","date_gmt":"2018-05-17T08:26:22","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=67997"},"modified":"2018-05-17T16:26:22","modified_gmt":"2018-05-17T08:26:22","slug":"pendidikan-agama-perlu-ditekankan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pendidikan-agama-perlu-ditekankan\/","title":{"rendered":"Pendidikan Agama Perlu Ditekankan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA NERUS \u2013 Para  guru harus menekankan  pengajaran  dan menerapkan nilai-nilai agama dalam diri pelajar sebagai asas dan teras dalam diri mereka  supaya menjadi sumber tenaga manusia yang berintegriti kepada negara.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato&#8217; Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, guru mesti menjadi teladan yang baik untuk masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan kefahaman dan budaya luar pada zaman globalisasi dan tsunami  informasi tanpa sempadan. <\/p>\n<p>\u201cMunculnya para pemimpin yang \u2018korupsi\u2019  adalah sangat malang kepada kita semua dan ia merupakan bukti kemuncak sesuatu tamadun sedang berada di ambang kejatuhan,<\/p>\n<p>\u201caspek pendidikan mesti tetap dipastikan menjadi bidang terpenting dalam pembangunan rakyat dan negara ini.<\/p>\n<p>\u201cserta Pasca Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-14 ini pelbagai aspek landskap negara sedang mengalami perubahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya sempena sambutan Hari Guru pada Rabu, 16 Mei.<\/p>\n<p>Katanya, peranan dan pengaruh warga pendidik ini tidak setakat di dalam bilik darjah bahkan mestilah dibawa sehingga ke dewan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cWarga pendidik  mesti berani ke hadapan dan menonjolkan diri serta menguatkan suara bagi menyampaikan pandangan dan cadangan serta mengemukakan kritikan,<\/p>\n<p>\u201cdan individu yang dililih untuk menerajui kementerian berkaitan mesti dipastikan adalah dalam kalangan warga pendidik yang mempunyai pengalaman yang luas,<\/p>\n<p>\u201cserta berpengetahuan yang mendalam mengenai sektor pendidikan,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, dasar dan polisi mestilah dipastikan demi kebaikan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan pemimpin serta parti tertentu.<\/p>\n<p>\u201cGolongan yang berilmu ini diangkat kedudukannya di sisi Allah adalah kerana kemuliaan ilmu itu sendiri dan  pentingnya peranan golongan ini terhadap pembangunan tamadun kemanusiaan,<\/p>\n<p>\u201cdan tamadun mana pun sekiranya  tidak memuliakan ilmu serta  tidak menghormati guru pasti akan rebah binasa menyembah bumi,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Justeru, inilah hakikat sebenarnya \u2018murabbi\u2019  bukan hanya sekadar mengajar subjek tetapi membina dan memelihara serta memacu kecemerlangan rakyat dan negara  sehingga diberkati Tuhan sekalian alam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS \u2013 Para guru harus menekankan pengajaran dan menerapkan nilai-nilai agama dalam diri pelajar sebagai asas dan teras dalam diri mereka supaya menjadi sumber tenaga manusia yang berintegriti kepada negara. Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato&#8217; Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, guru mesti menjadi teladan yang baik untuk masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":68000,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":68000,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":3260,"height":2042,"file":"2018\/05\/Copy-of-P35-Dr-Khairuddin-3.jpg","filesize":1233317,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"5.6","credit":"","camera":"X-T1","caption":"","created_timestamp":"1524140121","copyright":"","focal_length":"68.7","iso":"500","shutter_speed":"0.01","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":67997,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-P35-Dr-Khairuddin-3.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67997"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67997"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67997\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67999,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67997\/revisions\/67999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/68000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67997"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67997"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67997"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}