{"id":67953,"date":"2018-05-16T15:59:02","date_gmt":"2018-05-16T07:59:02","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=67953"},"modified":"2018-05-16T15:59:02","modified_gmt":"2018-05-16T07:59:02","slug":"kerajaan-pas-sedia-kerjasama-demi-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-pas-sedia-kerjasama-demi-rakyat\/","title":{"rendered":"Kerajaan PAS Sedia Kerjasama Demi Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negeri ini.<\/p>\n<p>Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, tidak kira atas apa jua isu yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negeri, PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak.<\/p>\n<p>Justeru, katanya tidak timbul persoalan dengan siapa yang kerajaan PAS hendak bekerjasama bagi membangunkan negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cBagi pihak PAS di negeri Terengganu, kita bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan rakyat termasuk isu royalti.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/serah-tugas-MB1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67955\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/serah-tugas-MB1.jpg\" alt=\"\" width=\"1776\" height=\"1184\" \/><\/a>\u201cDan tidak kiralah dalam apa jua isu, yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negeri. Jadi tidak timbul dengan siapa kita bekerjasama,\u201d ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, pada Selasa, 15 Mei.<\/p>\n<p>Justeru, beliau berharap agar generasi baharu dapat memahami pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), dan generasi baharu yang ada pada hari ini hendaklah memahami politik untuk menyelesaikan masalah, bukan politik yang untuk menimbulkan masalah baru dalam masyarakat kita,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Menteri Besar Terengganu itu juga mengingatkan rakyat bahawa, perbezaan politik dibolehkan selagi tidak menjejaskan kepentingan rakyat dan negeri.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/serah-tugas-MB2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67956\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/serah-tugas-MB2.jpg\" alt=\"\" width=\"1776\" height=\"1184\" \/><\/a>\u201cPada hari ini sangat bersejarah kepada kerajaan negeri, di mana dapat diadakan majlis serahan tugas daripada Dato\u2019 Seri Ahmad Razif kepada saya, selaku Menteri Besar Terengganu yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat menghargai sesungguh-sungguhnya kedatangan Dato\u2019 Seri Ahmad Razif ke Pejabat Menteri Besar pada hari ini. Ini suatu permulaan yang baik, bahawa kita di negeri Terengganu ini.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh sahaja berpolitik dengan apa sahaja pegangan dan kefahaman. Tetapi, akhirnya kita ingin mencari yang terbaik untuk rakyat negeri Terengganu dan negeri Terengganu secara umumnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya bagi seluruh kepimpinan kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Dato\u2019 Seri Ahmad Razif yang sudi bersama kita pada petang ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, diadakan Majlis Serahan Tugas daripada bekas Menteri Besar kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang disaksikan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato\u2019 A Rahman Yahya dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negeri ini. Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, tidak kira atas apa jua isu yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negeri, PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak. Justeru, katanya tidak timbul persoalan dengan siapa yang kerajaan PAS hendak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":67954,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":67954,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":800,"height":533,"file":"2018\/05\/serah-tugas-MB.jpg","filesize":96008,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":67953,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/serah-tugas-MB.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67953"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67953"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67953\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67957,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67953\/revisions\/67957"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67954"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67953"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67953"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67953"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}