{"id":67704,"date":"2018-05-08T14:06:24","date_gmt":"2018-05-08T06:06:24","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=67704"},"modified":"2018-05-08T23:47:17","modified_gmt":"2018-05-08T15:47:17","slug":"calon-calon-pas-yang-ku-kenali-parlimen-kemaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/calon-calon-pas-yang-ku-kenali-parlimen-kemaman\/","title":{"rendered":"Calon-Calon PAS Yang Ku Kenali &#8211; Parlimen Kemaman"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : MNA<\/p>\n<p>Saya secara peribadi menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Sebagai seorang pengamal media, saya berpeluang menemui, berkawan ataupun berkerja bersama-sama mereka didalam jemaah PAS. Saya sentiasa mengikuti perkembangan sebahagian besar calon-calon PAS terutama yang melibatkan isu Sidang Dun. Ada yang saya kenali dengan mendalam, ada juga melalui program-program bersama. Lebih daripada itu, saya berpeluang membuat liputan terhadap mereka secara dekat, bagi mengupas pelbagai isu-isu semasa di Terengganu. Melalui pengalaman ini, saya kongsikan dengan anda watak-watak calon-calon PAS kali ini di hadapan dan di balik tabir.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-P40-Ust-Halias-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67712\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-P40-Ust-Halias-2.jpg\" alt=\"\" width=\"3064\" height=\"2050\" \/><\/a>P40 Kemaman : Ustaz Che Alias Hamid<\/p>\n<p>Diberi kepercayaan bagi mewakili PAS di peringkat Parlimen pada kali ini. Menjadi YDP PAS Kawasan Kemaman bagi penggal ke-2. Saya melihat beliau mempunyai sikap sabar yang tinggi. Pernah sekali, kami berprogram di Kemaman dan tiada kelihatan kelibat beliau bersama. Apabila ditanya kemanakah Ustaz Alias, mereka memaklumkan bahawa beliau di Hospital Kemaman menguruskan anaknya yang kemalangan terkena kaca akuarium yang pecah.<\/p>\n<p>Kami kemudiannya ke hospital dan beliau sedang menunggu anaknya yang sedang dijahit kerana cedera yang agak parah. Tiada keluhanpun yang keluar dari mulutnya dan setelah semuanya selesai, dia kembali bersama kami di program. Keluarga diambil berat, jemaah tetap tidak ditinggalkan. Begitulah antara sikap orang yang sabar. InsyaAllah beliau boleh membawa kebaikan kepada Kemaman.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N29-Ir-Saiful-9.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67714\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N29-Ir-Saiful-9.jpg\" alt=\"\" width=\"3263\" height=\"2449\" \/><\/a>N029 Kemasik : Ir. Saiful Azmi<\/p>\n<p>Saya berjumpa dengan beliau pertama kali pada malam pengisytiharan calon di Rusila dan sempat mengambil beberapa maklumat daripada beliau. Dia adalah wakil Dewan Pemuda PAS Negeri, yang mempunyai gelaran Ir dalam bidang kejuteraan elektrik. Pernah berkhidmat dengan Petronas. Walaupun pertama kali diamanahkan menjadi calon, beliau telahpun bergerak bersama bagi membanteras salah urus yang berlaku di sekitar Kemasik. Isu seperti Ladang Kambing Kaprima kendalian kerajaan Terengganu yang gagal di Kertih, isu Ladang Jagung, peluang pekerjaan yang semakin mengecil di Kertih yang pastinya melibatkan belia-belia di Terengganu, turut diambil cakna oleh beliau.<\/p>\n<p>Jika rakyat benar-benar inginkan sebuah kerajaan teknokrat yang berjaya di bawah pemerintahan PAS, iaitu sebuah kerajaan yang mengangkat orang yang berpengetahuan di dalam bidang dan kepakaran masing-masing, jangan lupa untuk mengundi Ir Saiful Azmi di Kemasik nanti kerana anak muda ini mempunyai kepakaran yang tinggi dan pastinya amat berguna dalam membangunkan negeri nanti.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N30-Ust-Hazri-14.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67715\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N30-Ust-Hazri-14.jpg\" alt=\"\" width=\"3264\" height=\"2940\" \/><\/a>N030 Kijal : Ustaz Hazri Jusoh<\/p>\n<p>Menentang Mantan Menteri Besar Terengganu Dato\u2019 Seri Ahmad Said, di kerusi selamat BN, bukanlah suatu tugasan yang mudah. Bagi beliau itu adalah tanggungjawab sebagi seorang ahli PAS mematuhi arahan pimpinan. Kalah menang bukan ukurannya, tetapi mentaati perintah pimpinan atas perkara yang tidak melanggar hak Allah dan rasul, itulah yang utama. Dia seorang yang mesra dan mudah didekati, lembut dalam tutur katanya. Aktif dalam menyampaikan kuliah di sekitar Kemaman, sifat biasa seorang pendakwah PAS.<\/p>\n<p>Ustaz Hazri ini sangat komited dalam menyampaikan dakwah. Saya beberapa kali singgah di rumahnya, boleh dilihat kepada rumahnya d Bukit Kuang, yang sengaja beliau perbesarkan bagi membina sebuah dewan kecil. Tujuannya ialah untuk menjadikannya ruang menuntut ilmu dan sekaligus sebagai ruang tetamu yang datang berkunjung. Begitulah bersungguhnya beliau dan isteri mencari jalan dan peluang pahala untuk disediakan kepada orang ramai. Tidak salah penduduk di Kijal untuk mengulangi semula sejarah 1999-2004 bagi memberi kemenangan kepada PAS melalui Ustaz Hazri, bagi memperluaskan lagi kebaikan dan kebajikan melalui kerajaan teknokrat PAS nanti.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N31-6.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67716\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Copy-of-N31-6.jpg\" alt=\"\" width=\"3263\" height=\"3572\" \/><\/a>N031 Chukai : Haji Hanafiah Mat<\/p>\n<p>Bekas kakitangan di Perwaja Steel ini adalah mesra rakyat. Tidak kira lapisan mahupun bangsa, beliau memang cepat mesra. Suka membantu orang. Ketika Kemaman dilanda banjir besar dahulu, rumah beliau turut ditenggelami air dan mengalami kerosakan yang teruk. Tanpa mempedulikan hal rumahnya, beliau keluar memberikan bantuan kepada rakyat Chukai. Wartawan juga sangat senang berurusan dengan beliau. Sentiasa ada liputan berkenaan isu setempat yang dibangkitkan beliau di dada-dada akhbar.<\/p>\n<p>Beliau pernah dihina oleh Exco Umno pada sesi pembentangan Bajet 2018 yang lalu dengan mengatakan bahawa \u2018Chukai yang malap\u2019, merujuk kepada beliau yang kurang sihat ketika itu. Tetapi beliau tidak membalas serangan peribadi yang kebudak-budakan itu. Ia berikutan satu soalan yang menjerat Umno oleh beliau yang dibacakan oleh Wakil Tepoh yang ingin mengetahui keadaan semasa kawasan Perindustrian Teluk Kalong yang dikatakan malap. Sebenarnya beliau sudah maklum kawasan itu sememangnya sudah banyak syarikat yang tidak beroperasi kerana keadaan ekonomi, hasil daripada siasatan dan aduan rakyat, tetapi ia cuba dinafikan oleh Umno dan akibat tidak dapat menjawab isu itu, lantas Exco tersebut memilih untuk menyerang peribadi.<\/p>\n<p>Banyak lagi isu-isu yang diketengahkan oleh beliau sewaktu menjadi Adun penggal lalu. Antaranya lagi ialah kawasan perindustrian tekstil di Kijal yang masih tidak digunakan, laluan perkapalan yang dirancang digunakan bagi mengangkut bahan-bahan melalui Sungai Kemaman ke kawasan industri, Zoo Kemaman yang kerugian, nasib pekerja akibat pembuangan kerja beramai-ramai oleh Perwaja, LPT2 dan banyak lagi pembongkaran isu-isu samada kecuaian, kegagalan, salah urus dan pembaziran ini.<\/p>\n<p>Beliau pernah disaman oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Tetapi beliau didapati tidak bersalah dan memenangi kes tersebut di mahkamah. Adun yang mesra rakyat sebegini, perlu dikekalkan oleh pengundi Chukai, apatah lagi calon Umno sekarang yang dikatakan tidak disukai oleh orang ramai, termasuk dari Umno sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : MNA Saya secara peribadi menyediakan penilaian calon-calon PAS untuk PRU 14 ini sebagai gambaran kepada kejayaan mahupun sisi lain mereka kepada rakyat Terengganu untuk sama-sama kita mendekati mereka. Sebagai seorang pengamal media, saya berpeluang menemui, berkawan ataupun berkerja bersama-sama mereka didalam jemaah PAS. Saya sentiasa mengikuti perkembangan sebahagian besar calon-calon PAS terutama yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":67706,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":67706,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1080,"height":1140,"file":"2018\/05\/Screenshot_20180508-090208.jpg","filesize":550869,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":67704,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/Screenshot_20180508-090208.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67704"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67704"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67717,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67704\/revisions\/67717"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67706"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}