{"id":67584,"date":"2018-05-05T23:37:30","date_gmt":"2018-05-05T15:37:30","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=67584"},"modified":"2018-05-05T23:38:20","modified_gmt":"2018-05-05T15:38:20","slug":"pas-pertahankan-syuhada-memali","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-pertahankan-syuhada-memali\/","title":{"rendered":"PAS Pertahankan Syuhada Memali"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU: PAS tetap mempertahankan bahawa 14 orang mangsa tragedi pembunuhan di Memali pada 19 November 1985 itu syahid.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ulama\u2019 PAS ketika itu telah membuat keputusan bahawa mangsa tragedi Memali itu adalah Syuhada.<\/p>\n<p>Justeru, katanya semua mangsa korban peristiwa Memali itu telah diuruskan secara Syuhada.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) melalui ulama\u2019-ulama\u2019 kita termasuk ulama\u2019 yang hidup pada masa itu, yang menyaksikan peristiwa Memali itu. Mereka sudah membuat keputusan bahawa mereka (mangsa) itu Syuhada dan diuruskan cara para Syuhada.<\/p>\n<p>\u201cSebabnya, kerajaan telah bersalah dalam tindakan dia. Tun Dr Mahathir (ketika itu), sepatutnya hendak ditahan ISA, perlu melalui proses-proses dia. Kalau nak tangkap pun, komunis pun ada proses dia\u2026kepung ke, apa dulu ke, Ini teruskan (tembak).<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/3-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67590\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/3-1.jpg\" alt=\"\" width=\"778\" height=\"475\" \/><\/a>\u201cKemudian mereka (mangsa) ini tidak bersenjata dan nak kata dia tembak Polis, mana dia ada senapang?<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) bermuzakarah membuat keputusan mereka yang mati itu adalah para Syuhada dan kita berterus terang pada masa itu. Saya minta dia (Mahathir) minta maaf atas terlanjur (cakap) dia,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam Sembang Santai Bersama Ayah Chik anjuran Ameerah dan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Taman Rekreasi Kuala Ibai, di sini, Sabtu 4 Mei.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Abdul Hadi, turut merujuk kepada huraian Hadis Nabi (Muhammad) SAW yang mengkategorikan beberapa bentuk kemalangan itu dinamakan syuhada.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana, Syuhada dalam Islam ini banyak. Dalam isu Memali ini sekurang-kurangnya kemalangan.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/6.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-67591\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/6.jpg\" alt=\"\" width=\"778\" height=\"518\" \/><\/a>\u201cDalam Hadis Nabi (SAW), orang mati sakit taun adalah syahid, perempuan yang mati bersalin adalah syahid, mati dalam nifas adalah syahid, mati kemalangan jalan raya adalah syahid, kemalangan lemas air syahid, terbakar syahid, banyak syahid dalam Islam.<\/p>\n<p>\u201cTidak salah, kita menganggap Ustaz Ibrahim Mahmud adalah Syahid. Apatah lagi beliau bertindak mempertahankan pandangan (agama) dia. Kerajaan salah menyerang tidak mengikut proses yang betul. Terang lagi bersuluh kita (PAS) dizalimi dalam isu (Memali) ini.<\/p>\n<p>\u201cApa yang menarik, Almarhum Yang DiPertuan Agong, Sultan Kedah, Tuanku Sultan (Al-Haj) Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah pergi melawat kubur mangsa Memali. Baginda pergi ziarah dan siram air (mawar) di kubur para Syuhada Memali. Cuma yang degilnya seorang itu sahaja, orang lain faham belaka,\u201d ujarnya dihadapan ribuan hadirin.<\/p>\n<p>Peristiwa berdarah itu berlaku 33 tahun lalu ketika, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia dan diungkit kembali oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu dalam ceramah terbaharunya.<\/p>\n<p>Tun Dr Mahathir mendakwa, 14 mangsa korban dalam tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah itu sebagai \u2018mati katak\u2019 dan bukan syahid kerana dikaitkan dengan Amanat Haji Hadi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM KUALA TERENGGANU: PAS tetap mempertahankan bahawa 14 orang mangsa tragedi pembunuhan di Memali pada 19 November 1985 itu syahid. Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ulama\u2019 PAS ketika itu telah membuat keputusan bahawa mangsa tragedi Memali itu adalah Syuhada. Justeru, katanya semua mangsa korban peristiwa Memali itu telah diuruskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":67589,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":67589,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":881,"height":542,"file":"2018\/05\/KT-050518a.jpg","filesize":287666,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1525561783","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":67584,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/05\/KT-050518a.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67584"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67584"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67584\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67592,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67584\/revisions\/67592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67589"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67584"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67584"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67584"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}