{"id":6722,"date":"2011-08-15T16:48:17","date_gmt":"2011-08-15T08:48:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/nazaruddin-didakwa-terlibat-dalam-kes-rasuah-babit-858-juta-2\/"},"modified":"2011-08-15T16:48:17","modified_gmt":"2011-08-15T08:48:17","slug":"nazaruddin-didakwa-terlibat-dalam-kes-rasuah-babit-858-juta-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/nazaruddin-didakwa-terlibat-dalam-kes-rasuah-babit-858-juta-2\/","title":{"rendered":"Nazaruddin didakwa terlibat dalam kes rasuah babit $858 juta"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-08-15\/BH_IMAGES_DSNAZA_P.jpg\" border=\"0\" width=\"375\" height=\"300\" style=\"float: left;\" \/>JAKARTA: Muhammad Nazaruddin, penggubal dasar  Indonesia yang melarikan diri ke luar negara dan diburu polis sebelum  dapat ditangkap dan dipulangkan semula ke negaranya, didakwa terbabit  dalam 31 kes rasuah berasingan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK)  Indonesia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Versi dalam talian akhbar Jakarta  Post semalam memetik ketua KPK, Encik Busyro Muqoddas, sebagai berkata  bahawa 31 kes itu membabitkan wang suapan kira-kira 6.04 trilion rupiah  ($858 juta) kesemuanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pihak KPK akan terus menyiasat  kes-kes itu,&#8217; kata Encik Busyro pada satu sidang akhbar di ibu pejabat  KPK, sekitar tengah malam kelmarin, sedang Nazaruddin disoal siasat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Antaranya, termasuk dua kes  membabitkan dua kementerian yang sedang menjalani &#8216;siasatan lanjutan&#8217;,  tetapi kebanyakan kesnya masih dalam peringkat &#8216;pengumpulan  butir-butir&#8217;, kata Encik Busyro, yang dipetik oleh laporan laman berita  Tempointeraktif.com.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Nazaruddin kini rasmi menjadi seorang tahanan KPK dan sedang ditahan di pusat tahanan polis Kelapa Dua di Depok, Jawa Barat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>KPK akhirnya berupaya menangkap  bekas penggubal dasar itu selepas para pegawai imigresen di Cartagena,  Colombia, menahannya atas kesalahan imigresen.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia dibawa pulang ke Indonesia  dengan diiringi beberapa pegawai KPK dan tiba di Lapangan Terbang Halim  Perdana Kusuma di Jakarta, malam kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, KPK semalam menamakan Neneng Sri Wahyuni, isteri Nazaruddin, sebagai salah seorang suspek dalam satu kes rasuah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Busyro mendedahkan status suspek itu awal pagi semalam selepas Nazarudin dibawa ke ibu kota KPK lewat malam kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jurucakap KPK, Encik Johan Budi, berkata bahawa Neneng telah dinamakan sebagai suspek sejak minggu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Neneng Sri dinamakan suspek pada  minggu lalu berkaitan kes pembelian loji kuasa suria di Kementerian  Tenaga Manusia dan Transmigrasi,&#8217; kata Encik Johan, yang ditukil dalam  laporan laman berita kompas.com.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menambah bahawa  KPK tidak tahu di mana Neneng berada sekarang dan ini menghalang  rancangan mereka menyoal siasat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kes itu didakwa berlaku pada 2008,  apabila Timas Ginting, seorang pegawai kementerian yang menamakan  seorang suspek dalam kes berkenaan, didakwa menyalahgunakan kuasanya  dengan meluluskan langkah mendapatkan khidmat dua syarikat bagi menyelia  projek loji kuasa itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Syarikat-syarikat itu ialah: PT Mahkota Negara, milik Nazaruddin; dan PT Alfindo, yang juga syarikat bersekutu Nazaruddin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kes tersebut dipercayai menyebabkan pemerintah Indonesia kerugian 3.8 bilion rupiah. &#8212; Agensi.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA: Muhammad Nazaruddin, penggubal dasar Indonesia yang melarikan diri ke luar negara dan diburu polis sebelum dapat ditangkap dan dipulangkan semula ke negaranya, didakwa terbabit dalam 31 kes rasuah berasingan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia. Versi dalam talian akhbar Jakarta Post semalam memetik ketua KPK, Encik Busyro Muqoddas, sebagai berkata bahawa 31 kes itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6722"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6722"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6722\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}