{"id":6695,"date":"2011-08-13T15:48:18","date_gmt":"2011-08-13T07:48:18","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/menilai-gelagat-dan-nawaitu-orang-politik-pertahan-aqidah-ummat\/"},"modified":"2011-08-13T15:48:18","modified_gmt":"2011-08-13T07:48:18","slug":"menilai-gelagat-dan-nawaitu-orang-politik-pertahan-aqidah-ummat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menilai-gelagat-dan-nawaitu-orang-politik-pertahan-aqidah-ummat\/","title":{"rendered":"Menilai gelagat dan \u201cnawaitu\u201d orang politik pertahan Aqidah ummat"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-L2q6ddRqLgo\/TkM-eJ-nEHI\/AAAAAAAADl4\/U-go7abPOS0\/s1600\/Jais1-300x202.jpg\" border=\"0\" width=\"300\" height=\"202\" style=\"float: left;\" \/>Akhbar Utusan Malaysia terus menerus memutarkan isu serbuan Jabatan  Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja Methodist di Damansara  Utama baru baru ini tanpa memperdulikan tindakan itu bakal mengundang  pertentangan agama dan perkauman yang melampau.<\/p>\n<p>Meletakkan tajuk Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Perdana  Menteri sebagai tajuk utama pilihan pengarang, akhbar itu juga turut  memaparkan gambar berwarna sekumpulan badut Umno BN menjalankan  demonstrasi di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri  Selangor.<\/p>\n<p>Gambar muka depan itu menyerlahkan peri-laku mereka yang meletakkan  mangkuk tandas dan penyapu sebagai bantahan kepada Menteri Besar  Selangor. Demonstrasi itu adalah bagi menyatakan perasaan mereka yang  tersinggung dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim kerana kenyataan memohon maaf kepada pengurusan gereja terbabit  atas serbuan pihak JAIS itu.<\/p>\n<p>Seramai kira kira 30 orang demonstran hadir yang mewakili 2  pertubuhan bukan kerajaan iaitu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia  (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan ( Gempak).  Mereka turut mempertikaikan sikap Khalid yang kononnya dituduh  memperdagangkan Islam dan akidah umat islam kerana kepentingan politik.<\/p>\n<p>Apakah salah tindakan Khalid memohon maaf bagi pihak kerajaan  negerinya, sementara menunggu laporan lengkap dari JAIS berikutan  insiden tersebut, sehingga tindakannya itu dianggap mereka sebagai  memalukan dan tidak wajar?<\/p>\n<p>Kewajaran Khalid meminta maaf itu tidak patut diputarbelitkan media.  Ia boleh diertikan bahawa Khalid kesal isu sebesar ini tidak dimaklumkan  kepada beliau dan tidak juga kepada Exco agamanya. Ini tidak bermakna  bahawa Khalid menyokong gereja tersebut. Sebaliknya pulak ianya juga  tidak menggambarkan Khalid menyalahkan JAIS dalam tindakan mereka.<\/p>\n<p>Yang penting sebagai ketua sebuah negeri, Khalid mahu dilihat berhati  hati dalam membuat sebarang tindakan kerana menjaga keharmonian  perasaan antara kaum dan agama. Tegasnya Khalid mahukan laporan lengkap  disiapkan bagi mengadili kes ini dengan baik berpandukan maklumat yang  tepat.<\/p>\n<p>Begitu juga dalam menagani isu isu lain bersabitan pertentangan agama  seperti masalah kuil dan kepala lembu dan babi hutan, serangan terhadap  rumah ibadat dan kes perebutan anak selepas ibu atau bapa kembali ke  agama asal dan sebagainya. Isu seumpama ini amat sensitif dan emotif,  berlembut tidak bermaksud kita lemah atau menyebelahi dan lunak kepada  sesuatu pihak.<\/p>\n<p>Laporan lengkap dan terperinci insiden tersebut dijangka diterima  selepas Hari Raya Aidilfitri. Khalid mahukan laporan penuh termasuk  semua bahan bukti dan soal siasat keatas 12 individu yang dikatakan  terbabit dalam usaha memesongkan akidah mereka oleh pihak gereja  Methodist Damansara Utama.<\/p>\n<p>Pengarah Eksekutif, Harapan Komuniti Raymond Koh juga telah tampil  memberi kenyataan bahawa majlis makan malam yang diadakan di premises  gereja tersebut adalah bertujuan mengutip dana , ianya dihadiri jemputan  dari pelbagai kaum dan beliau juga mendakwa makanan yang dihidangkan  halal dan disediakankan oleh orang melayu.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan kekesalannya bahawa majlis kutipan dana itu telah  disalah tanggap sebagai majlis memurtadkan orang Islam. Beliau juga  terkilan serbuan JAIS itu dibuat tanpa sebarang waran ditunjukkan  walaupun pihaknya meminta pegawai JAIS berbuat demikian.<\/p>\n<p>Walaubagaimana pun JAIS sedar bahawa mereka dibenarkan berbuat  demikian dibawah peruntukan Enekmen Ugama Bukan Islam 1988. JAIS kini  bertanggungjawab mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan dakwaan  bahawa wujud usaha untuk memurtadkan orang Islam.<\/p>\n<p>Akhbar Utusan Malaysia juga mendahului pihak JAIS apabila menyiarkan  satu lapuran dari beberapasumber di muka 4 akhbar bertarikh 11 Ogos  2011, bagaimana serbuan itu dibuat serta berjaya mendapat beberapa bukti  yang menunjukkan bahawa majlis tersebut sememangnya majlis memurtadkan  orang islam. Umum menyaksikan sekali lagi UM menjalankan perbicaraan  melalui media atau \u201ctrial by the media\u201d. Ini amat dikesali pelbagi  pihak. Ia juga bercanggah dengan prinsip Islam \u201cAl-Aslu Bari atul  Zimmah\u201d \u2013 \u201cTidak Berdosa-Bersalah selagi belum dibuktikan\u201d yang  berkebetulan diguna pakai dalam perundangan sivil.<\/p>\n<p>Pengarang UM seharusnya menghormati kenyaatan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta semua pihak  menghentikan segera sebarang spekulasi sehingga pihak JAIS menyelesaikan  siasatannya. Tampaknya UM mendahului Menteri agama itu.<\/p>\n<p>Sementara itu pimpinan PAS terus dikecam oleh pelbagai pihak atas  sikap yang dikatakan berdiam diri kerana menghitung kepentingan politik  mereka.<\/p>\n<p>Sayugia dingatkan bahawa Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Hj Hadi Awang  telah membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat JK Kerja PAS Pusat  bahawa PAS akan \u00a0bersemuka dengan kedua dua pihak terbabit. Ini bagi  mendapatkan penjelasan supaya jalan terbaik yang lebih harmoni dan adil  dapat dicapai.<\/p>\n<p>Kajian rambang penulis, mendapati pendirian itu amat disenangi  pelbagai pihak: Islam dan Bukan-Islam. PAS nyata sekali lagi  menyerlahkan sentuhan politiknya yang semakin matang. Apakah itu yang  sangat dicemburi seteru poitiknya, Umno. Mungkin PAS lebih memahami dan  mendalami tuntutan \u201cPolitik Baru\u201d.<\/p>\n<p>Seorang penganalis politik upahan Umno, atas perasaan cengkil  mungkin, telah menyelar PAS mengalami sindrom \u201cskizofrenia politik\u201d  kerana kononnya berpecah pendirian dalam mendepani isu ini. Ketua Pemuda  PAS dikatakan menyokong Dr Hassan Ali, sementara pendirian pimpinan  Pusatnya menentang. Cubaan beliau melaga-lagakan PAS itu nyata meleset.<\/p>\n<p>Apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam  kenyataan blognya, menegaskan pendirian Pemuda yang tidak akan bertolak  ansur dalam mempertahankan soal akidah umat Islam, walaupun terpaksa  mengorbankan tenaga, wang ringgit mahupun darah dan nyawa. Komitmen itu  adalah menasabah dan sepatutnya lahir dari seorang Ketua Pemuda sebuah  parti Islam.<\/p>\n<p>Nasrudin juga turut menyatakan menyokong tindakan pimpinan tertinggi  mengatur pertemuan dengan pihak gereja dan JAIS sebelum membuat sebarang  kenyatan. Jelasnya soal akidah tidak boleh dipandang ringan terutama  dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.<\/p>\n<p>Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam akhbar Utusan  Malaysia jelas bertujuan mengeruhkan semangat setiakawan antara PAS  dengan DAP dan PKR apabila memutar belit kenyataan Ketua Dewan Pemuda  PAS dalam soal akidah umat islam. PAS dan Ketuanya tidaklah semudah itu  boleh dipermainkan oleh politik murahan dan ledakan emosi orang-orang  Umno yang mahu dilihat menjadi jagoan Islam<\/p>\n<p>Terkini Ezzam Mohd Nor, Lokman Adam, bersama seorang ahli parlimen  bebas Zulkifli Nordin dengan sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri  mereka Gerakan Mencegah Murtad telah mengisytiharkan kesediaan untuk  berperang habis-habis terhadap portal Malaysiakini dan Malaysianinsider  kerana didakwa biadap terhadap JAIS.<\/p>\n<p>PAS tidak akan terikut-ikut dengan rentak dan gelagat Umno yang  gagal mempamerkan sikap Islam yang sebenarnya. PAS tidak perlu bersaing  dengan Umno bagi membuktikan siapa lebih \u2018hebat\u2019 untuk mempertahankan  aqidah ummat Islam. Sebabnya jelas. Tradisi mempertahan aqidah dan  akhlak Ummat sememang menjadi tunggak dan teras perjuangan PAS termaktub  dalam Perlembagaan parti Islam itu.<\/p>\n<p>Umno yang\u00a0 baru celek dan ketika bertindak ternyata lebih memburukkan  lagi keadaan. Kini tindakan ganas dan melulu ini bakal mencetuskan  mudharat bagi Islam. Dalam kejahilan uslub dan metodologi memperjuangkan  Islam, Umno gagal menyerlahkan \u2018kemuliaan dan kerahmatan\u2019 agama ini.<\/p>\n<p>Menilai kesungguhan pemimpin pemimpin Umno mempertahankan akidah umat  islam yang dikaitkan dalam isu serbuan ini, mengingatkan kita pada satu  peristiwa yang melibatkan mantan mufti Selangor ketika itu Al-Marhum  Dato\u2019 Ishak Baharom yang \u201cdipecat\u201d dari jawatannya juga ketika itu cuba  menyelamatkan akidah umat Islam.<\/p>\n<p>Kerajaan negeri Selangor, dibawah pentadbiran Umno-BN telah tidak  menyambung kontrak Dato\u2019 Ishak Baharom sebagai Mufti Besar Selangor  ketika itu kerana terlibat dalam usaha penangkapan 3 orang gadis melayu  oleh JAIS yang menyertai pertandingan ratu cantik di salah sebuah hotel  di Subang Jaya pada 13 Jun 1997.<\/p>\n<p>Beliau dan penguasa JAIS dikecam hebat oleh media yang juga ketika  itu dikuasai oleh Umno BN. Bantahan orang ramai juga disiarkan secara  terbuka dan pelbagai peringkat pimpinan Umno BN mengutuk tangkapan  tersebut. Dato\u2019 Ishak Baharom dikecam hebat oleh Perdana Menteri ketika  itu Tun Dr Mahathir Mohamed.<\/p>\n<p>Sebagai seorang Mufti Besar Negeri Selangor tentulah beliau percaya  sebarang perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan  adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini termaktub dalam  Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor yang telah  diwartakan 2 tahun sebelum kejadian itu pada 11 Mei 1995.<\/p>\n<p>Pimpinan Umno wajar diingatkan bahawa ada 2 kelompok utama yang  terdedah kepada kerosakan aqidah. 1. Terlalu miskin dan dhaif dalam  menyara kehidupan dan 2. terlalu jahil serta longgar dalam pegangan  agama serta dibuai dengan hiburan yang melampau. Sejak isu murtad  disebut-sebut bertahun lamanya\u00a0, apakah tindakan konsisten yang  dilakukan Kerajaan Pusat dan menteri agamanya?<\/p>\n<p>Pemimpin Umno mutakhir ini yang menunjukkan ghairah bercakap tentang  mempertahankan aqidah ummat ini perlu tengok balik kepada diri mereka  sendiri. Sejauhmanakah mereka terlibat dalam menjadikan kedua-dua  golongan tadi semakin kritikal dan tenat<\/p>\n<p>Tengok kepada polisi dan dasar hiburan negara. Tengok juga kepada  kejayaan proses pembasmian kemiskinan selepas DEB dan jurang kaya-miskin  yang semakin melebar. Tengok kepada proses pembolotan kekayaan negara  dan peminggiran sebahagian rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan  mutakhir ini. Golongan asnaf dan fuqara serta ibu tunggal nyata dalam  pengkalan data negeri dan Pusat.<\/p>\n<p>Persoalannya, mengapakah masih ada ummat Islam yang dhaif mengadu  nasib kepada badan pertubuhan NGO Kristian dan lain-lain? Benarkah  agensi-agensi dan jabatan-jabatan Islam gagal menangani keperluan  mereka, seperti lazim didakwa pelbagai pihak? Apaah tindakan  undang-undang sahaja mampu mengawal kejadian seumpama ini? Ataukah ia  membayangkan permasalahan yang lebih mendasar dan mendalam di segi  pegangan aqidah, kafahaman dan amalan ummat Islam di negara ini?<\/p>\n<p>Islam berdiri atas hujjah dan kefahaman yang jelas. Keyakinan aqidah  mesti dibina atas ilmu dan pengetahuan yang kukuh. Aqidah adalah natijah  iman yang mendalam dan tidak dapat dipaksakan. Paksaan adalah  bertentangan dengan uslub atau kaedah menanamkan Iman dan keyakinan.  Paksaan akan membuahkan sifat Nifaq, satu yang berlawanan dengan sifat  Aqidah yang mesti dilakukan secara redho atas kejelasan hujjah dan ilmu.<\/p>\n<p>Bertempek, melaung dan berdemonstrasi sahaja untuk ummat berpegang  dengan aqidah bukan jalannya menanam dan menyuburkan Aqidah ummat.  Meleka dan melalaikan ummat dengan hiburan keterlaluan juga berlawanan  dengan usaha untuk mempertahankan aqidah ummat.<\/p>\n<p>Atas bahu kepimpinan politik dan agama, tugasan untuk mendidik ummat  Islam ini diletakkan. Aqidah adalah keyakinan hati dan jiwa. Ia tidak  dapat dipasakkan dengan undang-undang dan hukuman semata-mata. Ia perlu  dibina dengan menyeluruh dan konsisten serta bereterusan.<\/p>\n<p>Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak memerlukan ia  diperkasa dengan \u2018keangkuhan\u2019 lebih dari ia perlu ditampilkan dengan  sifat \u201cRahmah\u201d dan \u201cIhsan Belas\u201d kepada pihak lain. Ada yang juga tak  kena dengan kepimpinan yang bertanggungjawab tentang agama Islam di  Negara ini yang gagal memahami bahawa Islam itu bukan dalam kedudukan  diserang atau \u201cunder-siege\u201d seperti yang didakwa pihak tertentu yang  tidak memahami watak dan\u00a0 sifat Islam itu sebenarnya.<\/p>\n<p>Bahkan Politik Baru menampilkan satu keselesaan dan perasaan saling  menghormati yang cukup mendalam sekaligus membuka ruang \u2018dialog\u2019 antara  agama yang cukup luar biasa. Pernah penulis sendiri terasa akan  permusuhan dan perseteruan yang sangat tajam dengan pihak IFC satu  ketika dahulu.<\/p>\n<p>Namun setelah ruang dialog, wacana dan diskusi mampu dibina, maka  runtuh segala tembok-tembok prajudis. Semua masih kuat dengan pegangan  agama dan kepercayaan masing-masing, mungkin lebih kukuh lagi. Tetapi  hari ini , kami boleh berkawan bahkan bergandingan bahu kea rah mencari  \u201cSatu Malaysia Baru\u201d yang lebih cemerlang, hebat dan gemilang.<\/p>\n<p>Hari ini, Dato Ambiga, Malik Imtiaz dan Harris Ibrahim adalah kawan  dan rakan seperjuangan penulis dalam BERSIH 2.0. Kami memahami mereka  dan mereka lebih memahami kami lagi dan mengapa ummat Islam cukup  sensitif dengan persoalan Aqidah dan Akhlak atau Moral. Kami akan terus  mewujudkan dialog dan wacana nasional ini bagi memperkukuhkan  persefahaman antara agama dan budaya bagi menjauhi prajudis dan buruk  sangka. Inilah Politik Li-Ta\u2019arafu \u2013 \u201cSaling  Kenal-Mengenali-Hormat-Menghormati\u201d yang dianjurkan Al-Quran.<\/p>\n<p>Bukankah persefahaman ini yang dimahukan PM Najib dalam pendekatan  \u201cmoderate\u2019nya? Bukankah ini yang dicanang merata dunia yang kononnya  dilaksanaka di Negara contoh ini? Namun jelasnya kesemua ini tampak  kosong dan lompang. PAS dan Pakatan rakyat jauh lebih berjaya dan telus  dalam menghidupkan dan menghayati tuntutan \u201cAl-Wasatiyyah\u201d atau  \u201cKeserdahaan\u201d yang dianjurkan oleh Islam.<\/p>\n<p>Kembali kepada persoalan pokok. Bila direnungi kesemua pergolakan  ini, anda tidak dapat mengelak dari bertanya. Benarkah Umno konsisten  untuk mempertahankan aqidah ummat ataukah ia lebih tepat lagi kerana  ingin menangguk di air keruh untuk kepentingan kepartaian sahaja bagi  menjatuhkan lawan \u00a0politiknya? Politik itu murni dan medan untuk  bersaing bagi mencari redho Allah. Tetapi nyata hari ini, politikuslah  kelompok utama yang merosakkan medan amal ini.<\/p>\n<p>Mungkin kesemua ini tidak salah dari\u00a0perspektif politik Umno. \u00a0Tetapi  jangan sampai \u2018nawaitu\u2019 politik sebenar itu, yang diadunkan atas nama  agama, merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-\u2018Alamin!<\/p>\n<p>Masa akan menentukan dan menyerlahkan kebenaran hakikat ini.<\/p>\n<p><strong>Dr Dzulkefly Ahmad, <\/strong><\/p>\n<p><strong>Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Akhbar Utusan Malaysia terus menerus memutarkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama baru baru ini tanpa memperdulikan tindakan itu bakal mengundang pertentangan agama dan perkauman yang melampau. Meletakkan tajuk Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tajuk utama pilihan pengarang, akhbar itu juga turut memaparkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6695"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6695"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6695\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}