{"id":6676,"date":"2011-08-11T06:25:17","date_gmt":"2011-08-10T22:25:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/apa-perlu-akta-jenayah-aqidah-laksanakan-sahaja-hudud-dan-qisas-2\/"},"modified":"2011-08-11T06:25:17","modified_gmt":"2011-08-10T22:25:17","slug":"apa-perlu-akta-jenayah-aqidah-laksanakan-sahaja-hudud-dan-qisas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/apa-perlu-akta-jenayah-aqidah-laksanakan-sahaja-hudud-dan-qisas-2\/","title":{"rendered":"Apa perlu Akta Jenayah Aqidah?"},"content":{"rendered":"<div id=\"contentPic\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/imagesSH\/9420707.jpg\" border=\"1\" width=\"150px\" style=\"float: right;\" \/><\/div>\n<p><strong><em>&#8211; Laksanakan Hudud dan Qisas<\/em><br \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Pas mempersoalkan cadangan  mewujudkan Akta Jenayah Akidah bagi tujuan mengelak murtad sama ada ia  sesuai atau tidak dengan kehendak syariat Islam.  <\/p>\n<p>Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah  berkata, walaupun menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga akidah  umat, namun akta tersebut perlu diberi perincian untuk memastikan ia  benar-benar selari mengikut syariat yang telah ditetapkan.  <\/p>\n<p>\u201cDalam undang-undang yang ada di Malaysia, tiada menyebut sebarang hukum berkait dengan murtad.   <\/p>\n<p>\u201cKita tidak tahu apa isi kandungan berdasarkan akta yang  dicadangkan itu sama ada ia menepati syariat atau tidak,\u201d katanya kepada  Sinar Harian.  <\/p>\n<p>Bagaimanapun katanya, Pas tidak menolak hasrat tersebut yang  sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah dalam usaha  menjaga akidah umat Islam,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi  menyarankan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentangkan di  Parlimen bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di  negara ini.  <\/p>\n<p>Beliau berkata, akta itu diperlukan untuk membendung gejala  murtad, malah usaha memesongkan akidah orang Islam itu seolah-olah bukan  rahsia lagi.  <\/p>\n<p>Dalam masa sama, walaupun menganggap cadangan tersebut baik, Abu  Bakar menegaskan ia bukan isu baru kerana Pas sendiri sudah lama  memperjuangkan hukum hudud dan salah satunya untuk memerangi gejala  murtad.  <\/p>\n<p>Bagaimanapun,    be-liau mendakwa kerajaan belum berhasrat  melaksanakan syariat Islam apabila ia tidak diberi perhatian dan sering  memberi jawapan yang tidak meyakinkan  <\/p>\n<p>\u201cKalau mereka melihat kepentingan menjaga akidah umat Islam,  sudah tentu perkara yang begitu lama diperjuangkan Pas dilaksanakan  terutama berhubung hudud dan qisas.  <\/p>\n<p> \u201cApabila kita panjangkan isu ini, mereka (kerajaan Persekutuan)  beri pelbagai jawapan seperti akan mengkaji secara mendalam, akan ambil  cada-ngan untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan dan ada juga jawapan  bahawa ia tidak sesuai dengan negara kita,\u201d katanya.    <\/p>\n<p>Beliau berkata, Pas yang masih kukuh dengan perjuangan untuk  mengembangkan syiar Islam pernah menggubal undang-undang jenayah di  peringkat negeri sesuai dengan syariat Islam ketika memerintah  Terengganu pada penggal 1999-2004.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Laksanakan Hudud dan QisasKUALA TERENGGANU \u2013 Pas mempersoalkan cadangan mewujudkan Akta Jenayah Akidah bagi tujuan mengelak murtad sama ada ia sesuai atau tidak dengan kehendak syariat Islam. Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, walaupun menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga akidah umat, namun akta tersebut perlu diberi perincian untuk memastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6676"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6676"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6676\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}