{"id":6650,"date":"2011-08-09T04:49:41","date_gmt":"2011-08-08T20:49:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/hanafiah-ziarah-pelajar-melecur-2\/"},"modified":"2011-08-09T04:49:41","modified_gmt":"2011-08-08T20:49:41","slug":"hanafiah-ziarah-pelajar-melecur-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hanafiah-ziarah-pelajar-melecur-2\/","title":{"rendered":"Hanafiah ziarah pelajar melecur"},"content":{"rendered":"<div id=\"contentPic\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/imagesSH\/9413135.jpg\" border=\"1\" width=\"150px\" style=\"float: left;\" \/><\/div>\n<p><strong>KEMAMAN<\/strong> \u2013 Akibat kaki disambar api, pelajar  Sekolah Menengah (SM) Teknik Kemaman, Wan Ahmad Amiruddin Mohamad, 16,  melecur teruk pada kedua-dua belah kaki dalam kejadian malang pada 21  Jun lalu.  <\/p>\n<p>Peristiwa tidak disangka itu turut menyebabkan dia ditahan di wad  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selama 20 hari  sebelum dibenarkan keluar pada 10 Julai lalu selepas menjalani  pembedahan menampal kulit paha pada kaki yang melecur teruk.  <\/p>\n<p>Wan Ahmad Amiruddin yang juga anak bongsu enam beradik ketika  dikunjungi Sinar Harian berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira  jam 11.30 pagi di rumah rakannya di Bukit Kuang, Kijal selepas mereka  membaiki motosikal yang rosak.  <\/p>\n<p>\u201cSebelum kejadian, saya dan kawan menaiki motosikal ke sekolah,  bagaimanapun, ketika sampai separuh jalan iaitu di Kampung Mak Chili,  motosikal yang kami naiki tiba-tiba rosak. Justeru, saya dan kawan  menunda motosikal itu ke rumah kawan saya.  <\/p>\n<p>\u201cKetika kami membaiki motosikal berkenaan, terdapat sisa petrol  atas lantai rumah dan juga dalam bekas berdekatan kami,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Wan Ahmad Amiruddin berkata, selepas penat membaiki motosikal, kami berhenti rehat seketika dan bermain pemetik api.   <\/p>\n<p>\u201cKetika itulah, api tiba-tiba menyala dalam bekas berisi petrol berkenaan,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Bercerita lanjut, kata Wan Ahmad Amiruddin, panik dengan keadaan  itu dan tidak mahu api terus merebak, dia mengambil bekas itu untuk  dibuang ke kawasan lapang.  <\/p>\n<p>\u201cBelum sempat berbuat demikian minyak petrol dan api menyambar kedua-dua belah kaki saya.  <\/p>\n<p>\u201cAkibat terlalu sakit api menyambar kaki, saya terjun ke dalam  sebuah baldi berisi air yang berada di situ sebelum rakan membawa saya  ke Hospital Kemaman,\u201d katanya.  <\/p>\n<p>Namun, disebabkan melecur teruk pada bahagian betis hingga kaki terutama kaki kanan, dia kemudiannya dirujuk ke HSNZ.  <\/p>\n<p>Malang datang bertimpa kerana ketika itu bapanya, Wan Mohd Abd  Rahman, 61, juga sakit gara-gara pihak hospital tersalah memberi ubat.  <\/p>\n<p>Sementara itu, ibunya, Zaima Ngah, 53, berkata, bagi memastikan  anaknya cepat pulih doktor mengambil kulit bahagian paha untuk  ditampalkan pada kaki anaknya kerana daging betis dan kakinya masak  disambar api.  <\/p>\n<p>Katanya, kecederaan anaknya itu dijangka pulih dalam tempoh sebulan lebih sebagaimana dimaklumkan doktor.  <\/p>\n<p>Justeru, kata Zaima, kaki anak bongsunya itu akan berbalut  sepanjang Ramadan namun dia bersyukur kerana kos pembedahan ditanggung  pihak sekolah.  <\/p>\n<p>Sementara itu, nasib malang yang menimpa pelajar terbabit  mendapat perhatian Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)  Chukai, Hanafiah Mat yang turun padang menziarahi sambil menghulurkan  bantuan.- Sinar Harian<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN \u2013 Akibat kaki disambar api, pelajar Sekolah Menengah (SM) Teknik Kemaman, Wan Ahmad Amiruddin Mohamad, 16, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki dalam kejadian malang pada 21 Jun lalu. Peristiwa tidak disangka itu turut menyebabkan dia ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selama 20 hari sebelum dibenarkan keluar pada 10 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6650"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6650"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6650\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6650"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6650"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6650"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}