{"id":66360,"date":"2018-03-27T07:35:31","date_gmt":"2018-03-26T23:35:31","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=66360"},"modified":"2018-03-27T07:37:10","modified_gmt":"2018-03-26T23:37:10","slug":"politik-tidak-berpihak-lebih-keji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/politik-tidak-berpihak-lebih-keji\/","title":{"rendered":"Politik Tidak Berpihak Lebih Keji"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n<p>Menjadi perantau di Timur Tangah memberikan saya peluang mendengar dan melihat perdebatan politik oleh rakan-rakan sekerja dari India yang agak hangat dengan masing-masing saling menyerang satu sama lain. Salah seorang daripada mereka, A berasal dari Gujerat, adalah penyokong BJP, iaitu parti yang memerintah India dibawah naungan Narendra Modi yang berasal dari Gujerat. <\/p>\n<p>Lawannya dua orang B dan C yang berasal dari Chennai, Tamil Nadu, Selatan India. A sentiasa menyokong segala tindakan Modi, dengan pujian dan tanpa ragu-ragu. Dan apabila tiba kepada kelemahan Modi yang didedahkan, dia segera menjadi perisai kepada Modi dengan mengatakan Modi adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari salah dan silap. Ini adalah tipikal kepada penyokong kuat sesebuah parti politik. Saya hanya senyum mendengarnya.<\/p>\n<p>Manakala B dan C terus menyerang A dengan serangan dihalakan kepada dasar dan juga peribadi Modi. Sememangnya BJP tidak digemari oleh penduduk Selatan India kerana beberapa sebab yang terdiri daripada sejarah dan juga geo-politik di India. Disebutkan B dan C perihal berkenaan sebuah kuil yang dibina khas untuk Modi, sebagai simbol kepada pemujaan yang melampau. Apa sahaja kebaikan Modi, B dan C akan litupi dengan cerita-cerita kegagalan ataupun sidi peribadi negatif Modi.<\/p>\n<p>Namun, apa yang menarik daripada debat itu ialah apabila timbul isu Modi melalui pintu belakang, telah memberikan sokongan kepada sebuah parti yang terkenal dengan rasuah dan penyelewengan di Selatan India, AIADMK, parti yang dahulunya dipimpin oleh mendiang MGR, bekas aktor tersohor Kollywood (gelaran bagi industri filem Tamil) yang kemudiannya diambil alih oleh kekasihnya Jayalalitha, bekas Ketua Menteri Tamil Nadu yang baru meninggal tahun lalu selepas memenangi pilihanraya India, ia memberikan satu pandangan yang bagi saya amat baik untuk dikongsi.<\/p>\n<p>Tuduhan B dan C itu kemudian disanggah oleh A dengan menyatakan bahawa, kenapakah kamu penduduk Selatan India menyokong AIADMK (parti itu menang besar tahun lalu untuk Tamil Nadu) jika kamu tahu mereka itu rasuah, yang menyebabkan Selatan India telah ketinggalan dalam pembangunan. Lantas dijawab oleh B dan C bahawa mereka tidak menyokong AIADMK dan mereka sebenarnya langsung tidak menyokong mana-mana parti. Kononnya mereka berdua mahu mencari jalan selamat untuk tidak dihentam kembali dengan menyembunyikan dari parti manakah mereka. Ini sikap bagi manusia yang bacul untuk menyatakan sokongan mereka.<\/p>\n<p>Lantas dibidas oleh A bahawa jika begitu pendirian kamu, maka kamu tiada hak bercakap tentang negara India kerana dalam demokrasi, undi adalah satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan. Itulah kuasa terbesar rakyat. Jika kamu tidak berminat menggunakan kuasa yang kamu ada, maka tidak perlu kamu mengkritik mahupun menghentam kerajaan sediada. Maka terdiamlah B dan C dengan hujahan A.<\/p>\n<p>Perdebatan ini segera mengingatkan saya kepada satu gerakan pemikiran baharu di Malaysia iaitu gerakan undi rosak. Mereka mahu merosakkan undi mereka kerana tidak berpuashati dengan kerajaan mahupun pembangkang. Tetapi sebagaimana A berhujah, adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi seseorang yang tidak mengundi, tetapi mulutnya seperti bertih jagung mengkritik orang lain. <\/p>\n<p>Sebagaimana orang berpakat membeli mesin basuh, tetapi dia tidak mahu keluarkan modal. Namun, apabila dibenarkan menggunakan mesin basuh, habis sabun, mesin rosak kerana dia, ditambah mulut tak henti membebel tidak berpuashati, bayarnya tidak, lebih sudu dari kuah, banyak beruk dari buah.<\/p>\n<p>Kedua, saya lihat watak-watak yang bersembunyi disebalik nama non-partisan ini juga menjengkelkan. B dan C ingin mencari jalan selamat kerana kononnya tidak berparti, tetapi lupa bahawa kerana tiada parti dan tidak mengundi inilah maka rasuah bermaharajalela. Sebagaimana agamawan yang kononnya tiada berpihak, tetapi apabila sistem pemerintahan rosak, Allah dan rasul dihina, mereka diam. <\/p>\n<p>Itukah caranya tidak berpihak? Atau sudah kehabisan \u2018jantan\u2019 mereka untuk bertindak atas nama Allah dan rasul? Terkadang orang yang mendakwa tidak berpolitik ini lebih keji cara politik mereka daripada politikus yang mereka dakwa korup itu.<\/p>\n<p>Jika parti Islam yang ada tidak berguna, bawakan parti Islam yang berguna kepada rakyat. Jika parti pemerintah yang ada sudah bagus, nyatakan secara jelas dari sudut agama bagusnya itu. Jika parti alternatif bagi kedua-duanya yang lebih baik, berikan dalil dan hujah dari perspektif Islam kerana kita umat Islam. Kongsikan jangan berteka-teki supaya rakyat jelas. <\/p>\n<p>Menjadi penonton tetapi membelasah pemain dari luar padang, itu adalah perbuatan yang tidak bermoral. Masuk gelanggang, kemudian mainlah secara baik. Nyatakan pegangan kita tanpa ragu dan takut. Itulah ajaran Islam Allahkan ada.<\/p>\n<p><em>***Mohd Nasir Abdullah &#8211; MNA ialah seorang pengamal media yang cergas bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), mencari rezeki dan merantau di tempat orang<\/em><em><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Mohd Nasir Abdullah Menjadi perantau di Timur Tangah memberikan saya peluang mendengar dan melihat perdebatan politik oleh rakan-rakan sekerja dari India yang agak hangat dengan masing-masing saling menyerang satu sama lain. Salah seorang daripada mereka, A berasal dari Gujerat, adalah penyokong BJP, iaitu parti yang memerintah India dibawah naungan Narendra Modi yang berasal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":66361,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":66361,"alt_text":"","caption":"Bahagian Konsular, Kedutaan India memberikan perkhidmatan kepada tenaga kerja India di Al Khor, Qatar","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":756,"height":472,"file":"2018\/03\/Pekerja-India-di-Qatar.png","filesize":609746,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":66360,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/Pekerja-India-di-Qatar.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66360"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=66360"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66360\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":66362,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/66360\/revisions\/66362"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/66361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=66360"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=66360"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=66360"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}