{"id":6607,"date":"2011-08-01T17:53:33","date_gmt":"2011-08-01T09:53:33","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/08\/amalkan-negara-berkebajikan-pas-ucap-takziah-kepada-kematian-warga-bukan-islam-2\/"},"modified":"2011-08-01T17:53:33","modified_gmt":"2011-08-01T09:53:33","slug":"amalkan-negara-berkebajikan-pas-ucap-takziah-kepada-kematian-warga-bukan-islam-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/amalkan-negara-berkebajikan-pas-ucap-takziah-kepada-kematian-warga-bukan-islam-2\/","title":{"rendered":"Negara Berkebajikan; PAS ucap takziah kepada warga bukan Islam"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-HXfBZE8Hl4c\/Tjbnf9HOiNI\/AAAAAAAAGhI\/Xs5qdAyuPqo\/s1600\/cinamatichukai.JPG\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"195\" style=\"float: right;\" \/>KEMAMAN<\/strong> &#8211; Kepimpinan PAS Terengganu sudah lama mengamalkan konsep  \u201cNegara Berkebajikan\u201d yang baru dirasakan diutarakan &#8216;secara pakej&#8217; oleh  Presiden PAS, Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar  tahunan PAS baru-baru ini.<\/p>\n<p> Antaranya adalah prihatin terhadap masyarakat majmuk dan ziarah  menziarahi apabila tiba waktu kegembiraan di waktu perayaan ataupun tika  saat-saat kepayahan melanda.<\/p>\n<p> Justeru, apa berlakunya kematian sekali pun keatas orang bukan Islam, pemimpin PAS akan menjenguk, menumpang kesedihan.<\/p>\n<p> <a name=\"more\"><\/a>[Gambar &#8211; Salah seorang ahli keluarga menceritakan kepada Hanafiah kejadian kemalangan yang menimpa Long Po Poong.]<\/p>\n<p> Pada Sabtu, 30 Julai, sikap tersebut ditunjukkan oleh Penolong  Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat telah melawat mendiang Long Po  Poong, 65, di rumah mayat Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.<\/p>\n<p> Katanya, setiap manusia adalah insan yang sama dari keturunan Nabi Adam  a.s yang akhirnya berpecah menjadi pelbagai suku kaum dan bangsa di  dunia ini.<\/p>\n<p> \u201cPAS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Long Po Poong yang mati kemalangan langgar lari.<\/p>\n<p> \u201cKita (PAS) harap balunya (Siew Moi) dan anak-anak sabar, tabah menerima dugaan (kematian) ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p> Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)  Chukai menyifatkan kes langgar lari itu tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p> Harakah dimaklumkan, mendiang Po Poong meninggal dunia setelah  dimasukkan ke Hospital Kuantan akibat kemalangan langgar lari yang  berlaku di Jalan Jakar, Chukai, dekat sini.<\/p>\n<p> Mendiang Po Poong merupakan seorang pekerja bengkel yang baik dan menetap di Kampung Feri Lama, Chukai.<\/p>\n<p> Beliau meninggalkan seorang balu, Goh Siew Moi, 53, dan empat orang anak terdiri dari seorang lelaki dan tiga perempuan.<\/p>\n<p> Siew Moi berkata, mendiang suaminya akan dikebumikan di tanah perkuburan jirat Cina Bukit Kuang.<\/p>\n<p> \u201cMendiang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Kami akan  semadikan mendiang (Po Poong) di tanah perkuburan jirat (Cina) di Bukit  Kuang.<\/p>\n<p> \u201cSaya ucap terima kasih kepada Hanafiah yang datang melawat kami di rumah mayat pada malam ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p> Tinjauan di rumah mayat tersebut mendapati kehadiran bekas calon PAS  Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai 2008 itu mendapat sambutan dan  tepukan dari semua hadirin.<\/p>\n<p> Bahkan, salah seorang dari kaum tionghua itu menjulang tangan Hanafiah  serta memaklumkan ini \u201corang kita\u201d dengan ucapan spontan \u201cberes!!\u201d.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN &#8211; Kepimpinan PAS Terengganu sudah lama mengamalkan konsep \u201cNegara Berkebajikan\u201d yang baru dirasakan diutarakan &#8216;secara pakej&#8217; oleh Presiden PAS, Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar tahunan PAS baru-baru ini. Antaranya adalah prihatin terhadap masyarakat majmuk dan ziarah menziarahi apabila tiba waktu kegembiraan di waktu perayaan ataupun tika saat-saat kepayahan melanda. Justeru, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6607"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6607"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6607\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6607"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6607"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6607"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}