{"id":6595,"date":"2011-07-31T00:57:59","date_gmt":"2011-07-30T16:57:59","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/ramadhan-al-mubarak-meletakkan-islam-dan-perintah-allah-mengatasi-segala-kepentingan-2\/"},"modified":"2011-07-31T00:57:59","modified_gmt":"2011-07-30T16:57:59","slug":"ramadhan-al-mubarak-meletakkan-islam-dan-perintah-allah-mengatasi-segala-kepentingan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ramadhan-al-mubarak-meletakkan-islam-dan-perintah-allah-mengatasi-segala-kepentingan-2\/","title":{"rendered":"Ramadhan meletakkan perintah Allah mengatasi segala kepentingan"},"content":{"rendered":"<div id=\"post-body-599538795182900554\" class=\"post-body entry-content\">\n<div style=\"text-align: left;\" dir=\"ltr\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/1.bp.blogspot.com\/-6xLfLTi8pXA\/TjSoWi_FhlI\/AAAAAAAAGgs\/lWaanhq4btw\/s1600\/tgah0711.jpg\" style=\"clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-6xLfLTi8pXA\/TjSoWi_FhlI\/AAAAAAAAGgs\/lWaanhq4btw\/s320\/tgah0711.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"215\" \/><\/a><\/div>\n<p>Bagi  pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut  Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput  menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya  yang bermaksud;<\/p>\n<p> \u201cWahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa.  Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu  di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi  orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta\u2019ala\u201d. <\/p>\n<p> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki  makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam  dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan  amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak  terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa  setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat  rukun dan adap-adapnya. <\/p>\n<p> Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti  sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping  ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang  dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus  al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan  menguatkan rohani kita. <\/p>\n<p> Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur,  berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang  dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain.  Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri. <\/p>\n<p> Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah  SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita.  Allah Ta\u2019ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan  percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT. <\/p>\n<p> Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya.  Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya  dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan  tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT. <\/p>\n<p> Sifat \u201ctaqwa\u201d, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang  tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara  yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan  penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan  harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda  tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT. <\/p>\n<p> Firman Allah yang bermaksud; \u201cWahai manusia, sesungguh kami telah  mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan.  Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama  lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang  paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT\u201d.<\/p>\n<p> Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita  sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara  yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk  meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita. Sekiranya kita  bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki  dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT  dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita  sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan  penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita  menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan  suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada  Allah SWT. <\/p>\n<p> Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya  peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani  kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta\u2019ala memilih  dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada  umat Islam. Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang  salah. <\/p>\n<p> \u201cBulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk  kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara  yang salah\u201d.<\/p>\n<p> Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan  perkara yang salah. Maka, Allah Ta\u2019ala memilih berlakunya perang Badar  di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para  sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan  dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan  kejahatan. <\/p>\n<p> Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri\u00a0 Nabi SAW, tidak ada  kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara  yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun  disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya  pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di  kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW. <\/p>\n<p> Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang  dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta\u2019ala pilih peristiwa yang menyayat hati  berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah  Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan  peristiwa Badar ini. <\/p>\n<p> Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang  badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud,  \u201cHai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa  kamu\u201d.<\/p>\n<p> Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka  menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian.  Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku  di bulan Ramadan. <\/p>\n<p> Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi  dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa  yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan  memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita  meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan  orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia  dan akhirat. <\/p>\n<p> Sekian, selamat berpuasa.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <\/p>\n<p> <em><strong>Dato\u2019 Seri Abdul Hadi Awang <br \/> Presiden PAS<\/strong><\/em><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud; \u201cWahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6595"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6595"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6595\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6595"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6595"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6595"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}