{"id":6590,"date":"2011-07-30T05:00:04","date_gmt":"2011-07-29T21:00:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/najib-pm-golongan-bangsawan-terakhir\/"},"modified":"2011-07-30T05:00:04","modified_gmt":"2011-07-29T21:00:04","slug":"najib-pm-golongan-bangsawan-terakhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/najib-pm-golongan-bangsawan-terakhir\/","title":{"rendered":"Najib PM &#8216;Golongan Bangsawan&#8217; terakhir"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita49\/Kartun%20Najib%20&amp;%206PM.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita49\/Kartun%20Najib%20&amp;%206PM.jpg\" width=\"419\" height=\"234\" style=\"float: left;\" \/>Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan,  anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya  harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi  bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.<\/p>\n<p>Saif,  39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi.\u00a0 Babak-babak ini  berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi  bersejarah 9 Julai lalu terjadi &#8211; BERSIH 2.0.<\/p>\n<p>Saif yang boleh  bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan  dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang  &#8220;sebenarnya&#8221; terjadi.\u00a0 Seperti yang terduga, omongan penguasa  totalitarian di mana-mana pun sama.<\/p>\n<p>Saif menuduh pendemonstran  yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda.\u00a0 Mereka  juga kata Saif, &#8220;pengkhianat&#8221; yang bermunculan daripada pendalaman &#8211;  sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.<\/p>\n<p>Tuduhan  &#8220;pengkhianat&#8221; mahupun &#8220;al-Qaeda&#8221; tak ubah seperti tuduhan pentadbiran  Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan  raya kelmarin dalam demontrasi BERSIH 2.0.\u00a0 Di sini, pemimpin dan  aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu  meski dengan anak-isteri.<\/p>\n<p>Revolusi di beberapa negara Arab awal  tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati  rakyatnya.\u00a0 Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh  segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai  ditolak.\u00a0 Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam  lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu  mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.<\/p>\n<p>Sedar  tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni  Mubarak adalah persoalan ini.\u00a0 Dia ditumbangkan kalamana Mubarak  khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah  siapkan dari rahim isterinya, Suzanne.\u00a0 Menjadi rahsia umum di Mesir  bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai  Presiden.<\/p>\n<p>Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak  berlaku di mana-mana.\u00a0 Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak  Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis  politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu.\u00a0  Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan  mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas  atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai &#8220;golongan bangsawan&#8221;.<\/p>\n<p>Cacatnya  golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit)  takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah.\u00a0 Jauh  lagi untuk fahami.\u00a0 Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak  mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti  kebangsaan.\u00a0 Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu  rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.<\/p>\n<p>Pak  Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di  anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya  juga perdana menteri.\u00a0 Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada  lingkungan keluarga bangsawan (barangkali) cuma Mahathir Mohamad.\u00a0  Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada  tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.<\/p>\n<p>Rakyat  selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak  kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik  dan pentadbiran.\u00a0 Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah  dilakukan oleh bapanya.\u00a0 Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal  lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak.\u00a0 Padang  permainan tak pernah sama rata\u2026<\/p>\n<p>Memandang kepada susur-galur  Dato&#8217; Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato&#8217; Onn  iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak  nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka.\u00a0 Masing-masing buat  endah tak endah terhadap antara idea utama Dato&#8217; Onn iaitu gagasan mahu  menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum.\u00a0 Masing-masing hanya  menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.<\/p>\n<p>Gamal si anak  Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan  perbankan di Bank Amerika.\u00a0 Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti  Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan  setiausaha agung &#8211; di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di  jawatan-jawatan berpengaruh.<\/p>\n<p>Dalam kes Najib, jejak politik  beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun;  menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut.\u00a0 Malah sejak  pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan  Petronas.<\/p>\n<p>Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan  dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan.\u00a0  Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa  &#8220;gerun&#8221; di hati rakyat terbanyak &#8211; sedangkan boleh dipersoal, separuh  pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.<\/p>\n<p>Apakah  tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri  Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur  25?<\/p>\n<p>Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang  itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana  ramai anak muda seangkatannya.\u00a0 Jauh lagi mengharap Najib benar-benar  merasai perih-payah sebagai orang bawah.\u00a0 Kalau di kampung saya, anak  ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan  dicemuh kawan-kawan\u2026<\/p>\n<p>Betapa presiden-presiden Filipina yang  masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan  keluarga tuan-tuan tanah di Filipina.\u00a0 Bangsawan ini mampu miliki  kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah  Sepanyol.\u00a0 Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun  bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik  ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja  seorang yang dikatakan demokratik.<\/p>\n<p>Kini sedikit-sebanyak kita  boleh bertanggapan bahawa &#8220;lusuhnya&#8221; Rumah Putih tak lain apabila George  W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal.\u00a0 Tak biasa  dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau  suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden.\u00a0 Berbanding Bush si  ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah  yang lengkapkan misi itu.\u00a0 Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush  kepada tamadun manusia.<\/p>\n<p>Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan  tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi BERSIH 9 Julai lalu,  dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan.\u00a0  Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, &#8220;Bapak  harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan UMNO-BN  pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh.&#8221;<\/p>\n<p>Rakyat tak pernah  memilih Najib sebagai PM.\u00a0 Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri  Perdana kepadanya &#8211; sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah  mulai dipertikai.<\/p>\n<p>Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada  rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak.\u00a0  Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM  terakhir dari UMNO yang mewakili sistem sebegini.\u00a0 Selepas lebih 50  tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan  bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera  ditempa.<\/p>\n<p>*Hasmi bin Hashim, 35 &#8211; seorang aktivis politik, aktif  memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial,  politik-kekuasaan dan kebudayaan.\u00a0 Di dalam arena penulisan lirik lagu,  beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.<\/p>\n<p> &#8211; Baca dTulisan ini dipetik dari sumber <a href=\"http:\/\/jalantelawi.com\/2011\/07\/najib-pm-terakhir-umno\/\">Jalan Telawi.com<\/a>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden. Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi.\u00a0 Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6590"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6590"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6590\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6590"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6590"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6590"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}