{"id":65816,"date":"2018-03-07T21:46:44","date_gmt":"2018-03-07T13:46:44","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=65816"},"modified":"2018-03-07T21:46:44","modified_gmt":"2018-03-07T13:46:44","slug":"pembersihan-etnik-rohingya-berterusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pembersihan-etnik-rohingya-berterusan\/","title":{"rendered":"Pembersihan Etnik Rohingya Berterusan"},"content":{"rendered":"<p>Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa pembersihan etnik Rohingya berterusan berlaku di negeri Rakhine di Myanmar dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya \u2018pembunuhan beramai-ramai\u2019.<\/p>\n<p>&#8220;Akhirnya, dunia tidak boleh membenarkan pelaku pembersihan yang kejam ini dan ramai yang mempercayai ia mungkin merupakan pembunuhan beramai-ramai, akan dihukum,&#8221; kata Andrew Gilmour pada hari Selasa<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada hari terakhir lawatannya empat hari ke Bangladesh, negara di mana Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak Ogos lepas.<\/p>\n<p>&#8220;Pemulangan Rohingya ke tanah air dan negara mereka akan diperlukan, kerana mereka akan menjadi saksi terhadap jenayah terhadap kemanusiaan yang mungkin telah dilakukan terhadap mereka,&#8221; kata Gilmour dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan, perbandaran Maungdaw di Myanmar di sempadan Bangladesh telah banyak dikosongkan penduduk Rohingya dan berkata pendatang baru ke Bangladesh telah datang dari perbandaran lebih jauh ke pedalaman.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/02\/pembunuhan-Rohingya-Inn-Din.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-65001\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/02\/pembunuhan-Rohingya-Inn-Din.jpg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"562\" \/><\/a>&#8220;Pembersihan etnik Rohingya dari Myanmar berterusan, saya tidak fikir kita dapat membuat kesimpulan lain dari apa yang saya lihat dan didengar di Cox&#8217;s Bazar,&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Sifat keganasan itu telah berubah dari pertumpahan darah dan rogol beramai-ramai tahun lalu kepada kempen keganasan dan kebuluran yang dirancang untuk memacu Rohingya yang masih tersisa meniggalkan rumah mereka ke Bangladesh,&#8221; jelas Gilmour.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pemerintah Myanmar mengendali keganasan yang meluas dan sistematik terhadap Rohingya, sibuk memberitahu dunia bahawa ia bersedia menerima Rohingya yang kembali,.<\/p>\n<p>Namun, pada masa yang sama pasukan tenteranya terus melakukan kezaliman yang memacu Rohingya ke Bangladesh.<\/p>\n<p>Katanya, pengembalian Rohingya dengan selamat, bermaruah dan telus, tentu saja mustahil dalam keadaan semasa.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/rohingya.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-62166\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/rohingya.png\" alt=\"\" width=\"838\" height=\"468\" \/><\/a>\u201dPerbincangan sekarang harus memberi tumpuan kepada menghentikan keganasan di negara Rakhine, memastikan kebertanggungjawaban keatas para pelaku keganasan,<\/p>\n<p>\u201ddan keperluan Myanmar untuk mewujudkan keadaan kondusif untuk mereka pulang,&#8221; kata Gilmour.<\/p>\n<p>Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian penghantaran balik bagi pelarian awal tahun ini, tetapi pihak berkuasa di Myanmar enggan membenarkan mana-mana badan antarabangsa termasuk PBB untuk mengawasi proses tersebut.<\/p>\n<p>Rohingya, yang digambarkan oleh PBB sebagai \u2018orang yang paling dianiaya di dunia\u2019, telah menghadapi ketakutan serangan yang semakin meningkat sejak berpuluh-puluh orang terbunuh dalam keganasan komunal pada tahun 2012.<\/p>\n<p>Sejak 25 Ogos, 2017, lebih daripada 750,000 pelarian, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, telah melarikan diri dari Myanmar dan menyeberang ke Bangladesh selepas pasukan Myanmar melancarkan serangan terhadap komuniti minoriti Muslim,.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-61268\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/Rohingya-violence-Reu.jpg\" alt=\"\" width=\"660\" height=\"440\" \/><\/p>\n<p>Menurut Amnesty International, mereka melarikan diri operasi ketenteraan di mana pasukan keselamatan dan perusuh Buddha membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak, menjarah rumah dan membakar kampung Rohingya.<\/p>\n<p>Sekurang-kurangnya 9,000 Rohingya terbunuh di negeri Rakhine dari 25 Ogos hingga 24 September tahun lepas, menurut agensi \u2018Doktor Tanpa Batasan\u2019.<\/p>\n<p>Dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada 12 Disember 2017, organisasi kemanusiaan global berkata sebanyak 71.7 peratus kematian atau 6,700 orang Rohingya dibunuh disebabkan oleh keganasan kejam, termasuk 730 kanak-kanak di bawah umur lima tahun.<\/p>\n<p>PBB telah mendokumentasikan rompakan \u2018geng berkumpulan\u2019, pembunuhan termasuk bayi dan anak-anak, pemukulan ganas dan penghilangan manusia yang dilakukan oleh anggota keselamatan Myanmar.<\/p>\n<p>Dalam satu laporan, penyiasat PBB mengatakan pelanggaran tersebut mungkin merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Jurucakap PBB Rupert Colville dalam sidang berita di Geneva juga menekankan, keadaan di Myanmar, boleh menjadi satu lagi episod pembunhuan beramai-ramai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa pembersihan etnik Rohingya berterusan berlaku di negeri Rakhine di Myanmar dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya \u2018pembunuhan beramai-ramai\u2019. &#8220;Akhirnya, dunia tidak boleh membenarkan pelaku pembersihan yang kejam ini dan ramai yang mempercayai ia mungkin merupakan pembunuhan beramai-ramai, akan dihukum,&#8221; kata Andrew Gilmour pada hari Selasa Beliau berkata demikian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":63604,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":63604,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":650,"height":366,"file":"2017\/12\/kampun-Rohingya-dibakar.jpg","filesize":149179,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1513671568","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":63603,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/kampun-Rohingya-dibakar.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65816"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=65816"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65816\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":65817,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65816\/revisions\/65817"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/63604"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=65816"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=65816"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=65816"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}